TINGGALKAN LINK ANDA DI SINI (",)

Sabtu, 18 Disember 2010

Tip Ujian (Sebelum, Semasa, Selepas)


Assalammualaikum. Hari ni cikgu nak kongsi tentang tips ujian. Sebelum ni cikgu ada post entri pasal tips ni jugak. Tapi kali ni, cikgu nak kongsi tips yang cikgu amalkan semasa zaman cikgu belajar dulu.. Dari sekolah rendah sehinggalah ke universiti.

  • Sebelum Ujian
    • Pastikan membuat ulangkaji. Seboleh-bolehnya cuba buat soalan-soalan dan latihan yang pernah cikgu bagi. Tapi, pastikan dah baca la setiap topik. Cuba baca dan faham.. BUKAN baca dan hafal. Ingat tu..
    • Kalau subjek yang melibatkan pengiraan, WAJIB buat banyak latihan.
    • Untuk subjek yang perlu membaca, sebaik-baiknya baca dan kemudian tulis balik apa yang dah dibaca. Contoh subjek Sejarah. Tulis balik tu bukan dalam ayat yang penuh. Sebaliknya, dalam bentuk peta minda. Catatkan makumat-maklumat penting tu dalam bentuk peta minda.
    • Buat nota ringkas.. Ini penting sebab sehari sebelum exam, boleh refer balik.. Takkan nak baca satu buku tu dalam masa sehari kan..
    • Sebelum masuk dewan, jangan baca lagi nota dan buku.. Cukup.. Kalau baca, nanti gelabah sebab kita akan rasa macam tak ingat apa yang kita dah baca sebelum ni. Sebelum masuk dewan ni kita perlu bertenang. Selawat berulang kali supaya dapat menenangkan diri.
    • Opss..yang paling penting, minta mak ayah doakan kita sama. Doa ibu bapa selalunya dimakbulkan.
  • Semasa Ujian
    • Duduk saja di kerusi, terus baca ayat Kursi dan al-Fatihah serta ayat penerang hati.
    • Dapat ja kertas, jangan gelabah. Tengok sekali imbas setiap soalan supaya kita boleh agak, soalan mana yang kita boleh buat dulu.
    • Jawab soalan yang mudah dahulu. Soalan yang susah dikemudiankan.
    • Siap menjawab semua soalan, semak balik setiap jawapan yang dah ditulis mana nak tau kalau-kalau ada tertinggal atau salah ejaan.
    • Kalau katakan tiba-tiba blank, jangan gelabah.. Tarik nafas dan berselawat.. InsyaAllah kita akan ingat balik apa yang kita ulang kaji sebelum ni.
    • Kalau siap awal dan exam belum tamat, jangan sekali-kali keluar awal. Tapi, semak berulang kali jawapan yang dah ditulis. Mana nak tau, tiba-tiba Allah nak gerakkan hati kita.. Eh..salah ni. Sepatutnya macam ni..
  • Selepas Ujian
    • Tak perlu berbincang dengan kawan untuk exam yang lepas. Kalau salah pun, bukannya boleh betulkan lagi. Tak pasal-pasal mempengaruhi emosi kita untuk paper yang akan datang.
Terpulang kepada pelajar-pelajar nak ikut atau tidak. Mungkin ada cara lain lagi yang berkesan. Walau apa pun, jangan lupa BERDOA.. Itu yang paling penting (",)

Tiada ulasan: