TINGGALKAN LINK ANDA DI SINI (",)

Jumaat, 3 Februari 2012

SMK Sultan Badlishah JUARA!

Pada 1 Februari sehingga 3 Februari 2012, skuad Badminton SMK Sultan Badlishah telah pun menyertai Kejohanan Badminton MSSD DKBB yang telah berlangsung di Dewan SMK Chio Min. Skuad Badminton SMKSB terdiri daripada 14 pemain iaitu 8 orang lelaki dan 6 orang perempuan. Berikut adalah senarai penyertaan SMK Sultan Badlishah:

Lelaki Bawah 18 (Perseorangan)
1) Jeeva
2) Hafiz

Lelaki Bawah 15 (Perseorangan)
1) Menooshen
2) Loh Chun Khang
3) Chua Chong Win
4) Athiseshan
5) Vishnuwaren
6) Yuvan

Perempuan Bawah 18 (Perseorangan)
1) Thirisyinie
2) Gaayathry

Perempuan Bawah 15 (Perseorangan)
1) Siti Khadijah
2) Teoh Jie Ee
3) Lim Shu Yi

Lelaki Bawah 18 (Bergu)
1) Jeeva/Hafiz

Lelaki Bawah 15 (Bergu)
1) Menooshen/Yuvan
2) Loh Chun Khang/Chua Chong Win
3) Athiseshan/Vishnuwaren

Perempuan Bawah 18
1) Thirisyinie/Gaayathry

Perempuan Bawah 15
1) Khadijah/Teoh Jie Ee
2) Lim Shu Yi/Liau Khang Yi

Pada hari pertama (1 Feb), acara perseorangan telah berlangsung dan seramai 6 orang pemain layak ke pusingan suku akhir (3 Feb). Berikut adalah pemain yang melayakkan diri ke pusingan suku akhir:
1) Menooshen (L15)
2) Loh Chun Khang (L15)
3) Khadijah (P15)
4) Thirisyinie (P18)
5) Gaayathry (P18)
6) Jeeva (L18)

Pada hari kedua (2 Feb), acara bergu telah berlangsung. Skuad Badminton SMKSB menunjukkan prestasi cemerlang dengan mengutip 1 emas (P18-Thirisyinie/Gaayathry), 1 perak (L15-Menooshen/Yuvan) dan 3 gangsa (L15-Loh Chun Khang/Chua Chong Win, P15-Khadijah/Teoh Jie Ee, L18-Jeeva/Hafiz).

Pada hari ketiga (3 Feb) merupakan perlawanan suku akhir sehingga akhir untuk acara perseorangan. Sekali lagi Skuad Badminton SMKSB menunjukkan prestasi yang mengagumkan apabila berjaya merangkul 2 emas (L18-Jeeva, L15-Menooshen), 1 perak (P18-Thirisyinie) dan 1 gangsa (P18-Gaayathry). Ianya sekaligus melayakkan Skuad Badminton SMKSB bergelar Juara Keseluruhan bagi Kejohanan Badminton MSSD DKBB pada tahun ini.

Tahniah dan syabas buat semua pemain. Terima kasih kepada guru dan ibu bapa yang turut memberi sokongan padu sepanjang kejohanan ini berlangsung. Semoga Skuad SMKSB terus cemerlang!