TINGGALKAN LINK ANDA DI SINI (",)

Rabu, 15 Disember 2010

Teratai Bunga Indah


Terdapat sebuah tasik yang saaaangat luas.
Pada suatu hari seorang gadis yang saaaaangat comel meletakkan satu pokok teratai (macam dalam gambar tu) ke dalam tasik tersebut.
Pada hari ke-2, gadis tu berjalan-jalan dengan pakwenye di tepi tasik tersebut. "E'eh baby boy, semalam baby girl letak satu je pokok teratai. Macam mana hari ni boleh ada dua?"..Pakwenye pun berkata, "Mungkin pokok tu membiak atau bercambah"
Pada hari ke-3, mereka berjalan-jalan lagi di tepi tasik tersebut (Eh, tak bosan ke dating hari²?).. "Baby boy, semalam ada dua pokok teratai. Hari ni ada empat pulak. Pelik la"..."Pokok tu bercambah la baby girl," kata pakwenye.
Pada hari ke-4, mereka berjoging pulak sebab dah bosan berjalan je. Mereka melihat pokok teratai yang semalamnya hanya ada empat kini bercambah menjadi lapan.
Pada hari ke-5, mereka berjoging lagi sebab seronok melihat pokok teratai bercambah gamaknya. Yaa.. Pokok teratai bercambah lagi dari lapan kepada enam belas. "Baby girl, baby boy dah bosan la hari-hari asyik keluar dengan baby girl. Hujung bulan ni pulak kita jumpa ya?"

Jeng..jeng..jeng... Hujung bulan (Hari ke-30)
"Tengok tu baby boy....waaaahhhh cantiknya tasik ni. Bangga baby girl sebab baby girl dah berjasa ngan tasik ni. Pokok teratai dah penuh tasik ni. Kalau baby boy bijak, pada hari ke berapa pokok teratai ni separuh dari tasik ni?".... Pakwenye menggaru kepala sambil berfikir.


*
*
*
Agak² korang la kan, pada hari ke berapa pokok teratai separuh dari tasik tu?
Cuba la fikir... (",)

*
*
*
*
*
*
Jawapannya pada hari ke-29... Gunakan pengetahuan matematik anda.
1, 2, 4, 8, 16, ....
Setiap hari, pokok tu akan bercambah 1 kali ganda.
Hari pertama, separuh dari hari ke-2
Hari ke-2, separauh dari hari ke-3.
Hari ke-3, separuh dari hari ke-4.
Jadi, hari ke-29 adalah separuh dari hari ke-30.

Tiada ulasan: