TINGGALKAN LINK ANDA DI SINI (",)

Sabtu, 17 Mac 2012

Keputusan Ujian Pertengahan Penggal 1

MATEMATIK





KELAS 4SC3


BIL NO KP MARKAH GRED
1 961207016126 100 A+
2 961122075792 98 A+
3 960304025660 98 A+
4 960826075497 94 A+
5 960815026120 94 A+
6 960702075751 88 A
7 961207085746 88 A
8 961211075567 88 A
9 961031075906 86 A
10 960310265046 86 A
11 K758466 84 A
12 960120025295 84 A
13 960618075636 82 A
14 960421075595 82 A
15 960112075786 78 A-
16 960624075624 72 B+
17 960811026182 70 B+
18 960514016906 70 B+
19 960526025498 70 B+
20 960628065140 68 B
21 960217075096 66 B
22 960404025094 66 B
23 960502075183 60 C+
24 960718435379 58 C
25 960927075496 50 C
26 960903075344 48 D
27 961023075295 46 D
28 960422075431 42 E
29 960327025268 32 G

KELAS 4SC6
BIL NOKP MARKAH GRED
1 960317026611 100 A+
2 960814075158 96 A+
3 960812025800 90 A+
4 960707075072 88 A
5 960811105710 86 A
6 960204075011 86 A
7 960802075038 86 A
8 960527075198 84 A
9 960605565142 82 A
10 961211025148 82 A
11 960328025278 82 A
12 960427025572 80 A
13 960604075520 78 A-
14 960805026194 76 A-
15 960915075544 76 A-
16 960407026279 70 B+
17 960207025159 64 C+
18 960619025817 60 C+
19 960902075342 58 C
20 960610086306 56 C
21 960731875010 54 C
22 960604075328 52 C
23 960924025792 48 D
24 960128026233 44 E
25 960108075097 38 G

Khamis, 15 Mac 2012

Sahabat Selamanya ^_^

Selamat Pengantin Baru buat sahabatku Amezah bt Ahamed

Seorang lagi sahabatku bergelar isteri.. Amezah telah selamat diijab kabulkan pada 13 Mac 2012 dan majlis persandingan adalah pada 15 Mac 2012. Hampir 10 tahun tidak bersua, akhirnya dengan izin Allah kami dipertemukan pada majlis perkahwinannya. Amezah adalah sahabat baikku semasa di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 di SMK Sultan Badlishah. Kami sama-sama belajar di kelas 1A6-3A6. Suka duka dikongsi bersama. Adat dalam perhubungan, semestinya ada asam garamnya. Sejak aku keluar ke MRSM PDRM dan Amezah pula ke MRSM Transkrian, memang tidak pernah bersua melainkan di laman sosial. 

Teringat kembali kenangan lalu. Kami rapat 4 orang sejak di Tingkatan 1.. Aku, Amezah, Shida dan Yati. Selalunya Amezah akan menjadi ketua dalam apa-apa hal. Banyak perkara yang kami lakukan bersama. Suka duka dikongsi bersama. Pernah suatu ketika aku dilantik menjadi Pengawas sekolah. Dengan keadaan ekonomi keluarga yang tidak seberapa, aku tidak mampu membeli kasut hitam sehingga aku membuat keputusan untuk meletakkan kiwi pada kasut sekolah yang lama. Kasut yang putih bertukar menjadi hitam. Apabila sahabat-sahabat aku tahu, mereka bertiga mengumpul duit untuk aku beli kasut yang baru. Aku tidak gamak untuk menerima kerana kami masing-masing berlatar belakangkan dari keluarga yang susah. Setelah bercerita kepada arwah emak, petang itu emak belikan kasut hitam kepadaku. Itulah antara kenangan yang tidak pernah aku lupa. Erti persahabatan di mana susah dan senang bersama. 

Pulang dari majlis kenduri, aku bersama-sama Yati dan Shaiba keluar bersama-sama. Menyingkap kembali memori lama zaman persekolahan. Seronok apabila terkenangkan kembali ragam masing-masing dulu. Aku yang terlalu sensitif dan mudah merajuk. Yati yang kasar dan outspoken. Shida yang tegas tetapi lembut. Amezah pula banyak bercakap dan penyayang.

Terima kasih sahabat-sahabatku yang banyak membantu dan sentiasa ada dalam waktu susah dan senangku. Sahabat yang mengenaliku dari zaman persekolahan lebih memahami kerana kami sama-sama melalui susah suatu ketika dahulu. Terharu dengan semangat dan nasihat diberi. Aku sayang hampa semua ^_^

Rabu, 14 Mac 2012

Deactivated

 
Facebook atau lebih dikenali dengan singkatan FB merupakan laman sosial yang banyak memberi kebaikan dan tidak kurang juga keburukan.. FB sering menjadi medan untuk meluahkan perasaan.. Suka duka dikongsi di FB.. Namun, kadang kala apa yang orang baca dan tafsirkan tidak sama dengan apa yang kita hendak sampaikan.. Pengajarannya, andainya ingin meluahkan perasaan, yang paling dekat dengan kita ialah Allah.. Dia Maha Mendengar dan Maha Memahami.. Jadi, mulai hari ini saya deactivate akaun FB saya.. Harap maklum..

 

Jumaat, 3 Februari 2012

SMK Sultan Badlishah JUARA!

Pada 1 Februari sehingga 3 Februari 2012, skuad Badminton SMK Sultan Badlishah telah pun menyertai Kejohanan Badminton MSSD DKBB yang telah berlangsung di Dewan SMK Chio Min. Skuad Badminton SMKSB terdiri daripada 14 pemain iaitu 8 orang lelaki dan 6 orang perempuan. Berikut adalah senarai penyertaan SMK Sultan Badlishah:

Lelaki Bawah 18 (Perseorangan)
1) Jeeva
2) Hafiz

Lelaki Bawah 15 (Perseorangan)
1) Menooshen
2) Loh Chun Khang
3) Chua Chong Win
4) Athiseshan
5) Vishnuwaren
6) Yuvan

Perempuan Bawah 18 (Perseorangan)
1) Thirisyinie
2) Gaayathry

Perempuan Bawah 15 (Perseorangan)
1) Siti Khadijah
2) Teoh Jie Ee
3) Lim Shu Yi

Lelaki Bawah 18 (Bergu)
1) Jeeva/Hafiz

Lelaki Bawah 15 (Bergu)
1) Menooshen/Yuvan
2) Loh Chun Khang/Chua Chong Win
3) Athiseshan/Vishnuwaren

Perempuan Bawah 18
1) Thirisyinie/Gaayathry

Perempuan Bawah 15
1) Khadijah/Teoh Jie Ee
2) Lim Shu Yi/Liau Khang Yi

Pada hari pertama (1 Feb), acara perseorangan telah berlangsung dan seramai 6 orang pemain layak ke pusingan suku akhir (3 Feb). Berikut adalah pemain yang melayakkan diri ke pusingan suku akhir:
1) Menooshen (L15)
2) Loh Chun Khang (L15)
3) Khadijah (P15)
4) Thirisyinie (P18)
5) Gaayathry (P18)
6) Jeeva (L18)

Pada hari kedua (2 Feb), acara bergu telah berlangsung. Skuad Badminton SMKSB menunjukkan prestasi cemerlang dengan mengutip 1 emas (P18-Thirisyinie/Gaayathry), 1 perak (L15-Menooshen/Yuvan) dan 3 gangsa (L15-Loh Chun Khang/Chua Chong Win, P15-Khadijah/Teoh Jie Ee, L18-Jeeva/Hafiz).

Pada hari ketiga (3 Feb) merupakan perlawanan suku akhir sehingga akhir untuk acara perseorangan. Sekali lagi Skuad Badminton SMKSB menunjukkan prestasi yang mengagumkan apabila berjaya merangkul 2 emas (L18-Jeeva, L15-Menooshen), 1 perak (P18-Thirisyinie) dan 1 gangsa (P18-Gaayathry). Ianya sekaligus melayakkan Skuad Badminton SMKSB bergelar Juara Keseluruhan bagi Kejohanan Badminton MSSD DKBB pada tahun ini.

Tahniah dan syabas buat semua pemain. Terima kasih kepada guru dan ibu bapa yang turut memberi sokongan padu sepanjang kejohanan ini berlangsung. Semoga Skuad SMKSB terus cemerlang!
















Ahad, 29 Januari 2012

I wanna cry..but I cant cry..because..I HAVE TO BE STRONG!

Bebanan yang berat ini akan ringan andainya dikongsi bersama..Sangatlah sedih apabila satu persatu menarik diri tatkala menerima bebanan ini..Memang benar bahawa rakan waktu susah sukar dicari..Please..Please..Please..Dont give up! Just remember the golden rules..
Dugaan demi dugaan..Allah beri untuk menguji hambaNya..Be strong..





Rabu, 28 Disember 2011

Mampukah Aku??

Ya Allah.. Hati ini gelisah memikirkan tugasan yang digalas.. Adakah aku mampu memikul amanah ini? Resah.. Gelisah.. Curiga dengan diri sendiri..

Di saat ini aku benar-benar merindui insan itu.. Dulu, dialah menjadi tempat untuk aku meluahkan rasa hati.. Dialah yang akan menasihati dan menenangkan hati ini. Dialah yang tidak putus-putus memberikan semangat kepadaku. Bila aku ceritakan kegelisahan dan curiga dengan kemampuan diri, dia sentiasa memberikan kata-kata semangat supaya terus yakin dengan diri sendiri.. Selalu berkata "U can do it. Mom always with U"... Huhu.. Sekarang? Pada siapa harus aku mengadu? Siapa yang akan terus-terusan memberi kata-kata semangat itu? Really miss u mom..

Kadang kala aku tewas... Air mata akan mengalir dan terus mengalir... Itu yang aku mampu lakukan selain daripada berdoa memohon diberi kekuatan.. Aku harapkan air mata ini akan bertukar memberi kekuatan kepada aku..

Ahad, 25 Disember 2011

Salah siapa?

Alkisahnya semalam aku nak cari fail Kelab Badminton dalam external hard disk aku.. Memandangkan PK KOKO a.k.a Skaut Maste dok ligan aku pasal Pelan Strategik dan Pelan Taktikal untuk kelab badminton. Aku memang yakin teramat yakin yang aku dah pernah buat. So, aku nak geledah hard disk kesayangan. Semua dokumen penting daripada aku dok belajaq semua ada dalam hard disk tu. Gambar-gambar kenangan silam semua tersimpan dalam 'kotak pink' tu.. Dengan penuh semangat aku buka hard disk tu.. dan..... terus menyirap darah aku! Huwaaaaa... Folder aku dah hilang!!  Sob2.. Sedih teramat sangat.. Nak marah sapa ni?? Salah siapa ni??

** Cuba menenangkan hati redha dengan setiap apa yang berlaku.. aduhai.. semua dokumen penting ada dalam hard disk tu.. sob2..

Khamis, 22 Disember 2011

Hang dapat berapa A?

Hari ni pelbagai ragam kita boleh tengok
Ada yang melompat keriangan...

Ada yang menjerit sepuas hati...

Ada yang menangis gembira...

Dan macam-macam lagi la..

Apa-apa pun tahniah kepada pelajar-pelajar SMK Sultan Badlishah kerana telah mengharumkan nama sekolah dengan mencatatkan 192 orang atau 73.28% mendapat straight A's

TAHNIAH!!