TINGGALKAN LINK ANDA DI SINI (",)

Memaparkan catatan dengan label Suka Hati Aku La. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Suka Hati Aku La. Papar semua catatan

Ahad, 25 Disember 2011

Salah siapa?

Alkisahnya semalam aku nak cari fail Kelab Badminton dalam external hard disk aku.. Memandangkan PK KOKO a.k.a Skaut Maste dok ligan aku pasal Pelan Strategik dan Pelan Taktikal untuk kelab badminton. Aku memang yakin teramat yakin yang aku dah pernah buat. So, aku nak geledah hard disk kesayangan. Semua dokumen penting daripada aku dok belajaq semua ada dalam hard disk tu. Gambar-gambar kenangan silam semua tersimpan dalam 'kotak pink' tu.. Dengan penuh semangat aku buka hard disk tu.. dan..... terus menyirap darah aku! Huwaaaaa... Folder aku dah hilang!!  Sob2.. Sedih teramat sangat.. Nak marah sapa ni?? Salah siapa ni??

** Cuba menenangkan hati redha dengan setiap apa yang berlaku.. aduhai.. semua dokumen penting ada dalam hard disk tu.. sob2..

Isnin, 7 Februari 2011

Sayang kamu, kamu dan kamu semua (",)

Rindu bertandang lagi.. Tadi student aku masa praktikal (SMK Panchor Seremban) yang bernama Amirul Faiz bin Zulfakar tag aku kat status dia berbunyi 
"tadi kan tadi kan . kan ada guru pelatih baru baru kan . ade 4 orang POMPUAN (bulehlah . tak comel cam thon sblom-sblom nih) n 2 LELAKI (buleh lah . tak hot cam thon sblom-sblom nih) . HAHA . thenn , time cg kenal kenal kan diorang kt pelajar sume ! ak teringt cikgu Elhidayah Elias & cikgu prac yang lain . hurmm .rindu sama korang maaaaa . =.= ♥♥♥"


Klik untuk tumbesaran

Terharu sangat bila student masih ingat kat kita kan.. Padahal aku ajaq depa 3 bulan ja (Mac 2010-Mei 2010).. Bawah ni gambar kenangan terakhir aku dengan student SMK Panchor.. Depa yang belanja cikgu makan KFC..bukan cikgu belanja depa.. Cikgu melangkah turun ja dari kereta, dua pelajar laki buka pintu KFC tu.. Layan cikgu ni baikkk punya. Most sweet memory in my life.. Siap ada kek lagi.. Nanti aku nak godek balik hard disk aku nak cari gambar kek tu.. hehe..

Yang tengah pakai tudung pink tu cikgu eL ye..Bukan budak kecik..hehe

Kalo nak baca blog student aku, bleh klik link² di bawah..Ni antara yang aku dapat cari balik dari blog diorang.. (jenuh nak godek)

Cikgu sayang sangat ngan kamu semua.. Thanks sebab banyak bagi semangat kat cikgu sepanjang cikgu praktikal. Good Luck untuk SPM tahun ni.. Ingat pesan cikgu, Letakkan impian setinggi gunung, Timbalah ilmu seluas lautan, Always think positive (",) U can do it..

Ahad, 6 Februari 2011

Khas buat adinda Elfirdaous

Elfirdaous a.k.a Ndouh.. Umur 21 tahun.. Penuntut Kejuruteraan Petroleum di UTP.. Single but Unavailable

Dah banyak hari Ndouh (nama manja) nak makan sambal tumis. Semalam bila masak lauk lain, dia tarik muka.. Kononnya merajuk la. Hehe.. Jadi, hari ni, sebelum beliau pulang ke UTP, Acik masak sambal tumis special untuk Ndouh.. So, nanti bila dah dok hostel xdak la nak mengidam makan sambal tumis kan. Balik UTP tu belajaq rajin².. Semoga menjadi engineer yang berjaya.. wink²

Sambal tumis special untuk Ndouh


Rindu nak ghabat bas

Pagi tadi hantar adik aku kat stesen bas. Dia dah abis cuti nak balik ke USIM.. ni dia adik aku Noor Elkamel Elias.. taraaa

Elkamel Elias.. Umur 20 tahun.. Menuntut di USIM.. Kos Perakaunan Muamalat (Sori..gambar tepi saja..hehe)

Tiket pukul 9.45 pagi.. Jalan nak masuk stesen bas punya la sesak. Aku parking kat luar ja.. Terpaksa berjalan jauh sikit.. Adik aku terus menuju ke kaunter tiket untuk cek nombor bas. Dapat ja nombor bas, meluru ke bas. Tengok-tengok bas dah penuh. Inilah muka kecewa adik aku...


Lalu, dia pun dengan muka yang frust menyerang kaunter bas. Kerani kaunter bagi pulak nombor bas yang baru. Tunggu punya tunggu, tayar bas pun tak nampak lagi. Stesen bas semakin sesak. Macam-macam sumpah seranah yang aku dengar.. Orang ramai dok marah sebab bas semua penuh. Padahal dah ada nombor bas kat tiket.



Abah pulak dah tak tahan sabar, sedang memikirkan langkah yang perlu diambil. Mulanya abah cakap elok-elok dengan konduktor bas tu. Setelah bertekak beberapa lama, akhirnya abah mengarahkan adik aku naik ja bas tu. Tak payah nak tunggu bas yang tak muncul lagi tu. Orang lain pun mengikut jejak abah mengarahkan anak-anak mereka naik bas tanpa hiraukan nombor bas sebab bas tu memang nak menuju ke tempat yang sama dan tokey yang sama. Ni dia muka abah yang cengey.. Haha (maap abah)


Bila tengok suasana orang ramai naik bas, aku rindu pulak zaman aku belajar kat UiTM dulu. Syoknya ghabat bas.. Macam-macam kenangan aku naik bas dulu. Bas rosak la.. Bas accident la.. Bas lambat la.. Dan macam-macam lagi la. Kalo dah nak cuti tu, sebulan sebelum cuti aku dah tempah tiket. Sanggup tunggu depan kaunter tiket kat Shah Alam tu nak beli tiket. Sanggup ponteng kelas sebab takmau terlepas beli tiket.. hahaha.. Tapi itu sudah tinggal kenangan. Bila tengok adik-adik aku balik ke U masing-masinng, rasa macam nak study balik ja..

Petang ni nak hantar 2 orang lagi adik. Sorang nak balik UiTM Penang.. Sorang lagi nak balik UTP.. Yang belajar UTP tu hantar kat stesen bas Butterworth ja.

Sabtu, 5 Februari 2011

Perlukah meluahkan perasaan?

Tadi aku terbaca blog seorang blogger mengenai 'Perlukah meluahkan perasaan?'.. Entri tu tercetus sebab masa dia chatting, ada sorang perempuan luahkan perasaan sedih sebab perempuan ni sukakan sorang laki, tapi laki tu sudahpun berpunya. Then, ada la yang bagi pendapat itu la ini la.. Kebanyakan chatter perempuan cakap, perlu luahkan perasaan kat laki tu. Tapi chatter laki cakap tak perlu. Macam-macam perbezaan pendapat.. 

Teringat pulak masa zaman aku belajar kat U dulu.. Aku ada minat kat sorang laki. Dia budak kelas aku walaupun satu kelas, aku tak pernah berani nak bercakap dengan dia. Depan dia aku jadi kaku. Aku mula minat dia masa mula-mula masuk kelas tu. Pertama, sebab dia class rep. Pastu, aku tau yang dia terer main bola. Pastu, aku pernah ternampak dia pi surau. Bertambahlah hati ini menyukai dia.

Walaupun hati ni suka dia, aku tak berani nak luahkan. Rasa macam terhegeh-hegeh pulak kalo aku luahkan. Dah la masih belajar. Kawan-kawan rapat aku tau yang aku sukakan laki tu. Macam-macam depa cuba buat untuk bagi peluang kat aku. Paling kelakar, ada yang sanggup dapatkan nombor tepon laki tu untuk aku. Then, masa birthday aku, depa paksa laki tu SMS wish birthday kat aku. Serius, aku tak berani nak luahkan perasaan aku. Sepanjang  pengajian memang aku simpan je perasaan aku tu. Walaupun aku dah couple dengan orang lain, aku tetap ikut perkembangan dia. Sampai dah abis belajar pun aku tetap nak tau berita dia.

Itu kisah aku mengenai 'perlukah luahkan perasaan'. Bagi aku, tengok keadaan jugak kalo nak luahkan perasaan. Kalo nak luahkan perasaan, pastikan korang betul-betul bersedia. Macam aku, aku tak berani nak luahkan perasaan sebab ........ haha. Ade la :p

Khamis, 27 Januari 2011

I'm So Tired

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kpd semua blogger.. Fuhhh.. dah bersawang eLLe PunYe BLoG ni.. Maaf la memang tak sempat nak buat entri baru sebab banyak komitmen lain lagi..

Semalam (26 Jan 2011) hari yang sangat memenatkan.. Dari pukul 8 pagi sampai 6.30 petang.. 8 pagi dah bergegas ke sekolah untuk perjumpaan Kelab Badminton.. Abis ja perjumpaan, berbincang pulak ngan Cikgu Rahim berkenaan Pusat Sumber.. Balik dari sekolah, dalam kul 11 camtu baru nak mencari sarapan.. Sampai ja umah, buka FB dulu.. Pastu terus bersiap untuk ke sekolah balik.. Kul 12 mesyuarat cikgu-cikgu petang.. Abih ja mesyuarat cikgu petang, kul 1.10 bergegas pulak ke mesyuarat Panitia Math.. Ingatkan sekejap ja mesyuarat tu, rupanya ada 9 agenda.. Fuhh.. nasib baik dah tinggalkan kerja kat budak2 kelas 1A11 ngan 1A2.. 

Abis ja mesyuarat pukul 2.40 terus bergegas ke kelas 1A2 walaupun cuma ada 5 minit ja lagi sebelum abis waktu. Ajar sikit-sikit dan selesaikan urusan kelas yang belum selesai.. Hari ni budak2 1A2 agak diam.. Mungkin sebab sehari sebelum tu dah kena angin cikgu.. Haha.. Sori la, cikgu dah pesan kan, jangan buat cikgu marah.. Kan dah kena puting beliung.. keh3.. Abis ja urusan kat 1A2, berlari pulak ke library.. Bayangkan dari blok Gigih nak ke library aku dengan baju kebaya macam lipas kudung terkedek-kedek ke library.. Selesai urusan kat library terus bergegas ke kelas 1A12 pulak.. 

"Cikgu, cikgu lewat 5 minit"... Amboi.. aku kena balik.. Haha.. Masa 1st class aku dah warning budak2 jgn masuk lewat..kalo tak nanti depa hutang masa ngan aku.. Skng, aku pulak yang kena dengan depa.. Dushhh kena batang hidung.. Tapi aku bukan saja-saja nak masuk lewat.. Ada tugas yang perlu diselesaikan.. Semuanya kena selesai hari itu jugak sebab hari ni aku nak ke Gunung Jerai selama 3 hari 2 malam.. 

Abih kelas kul 4.45.. Amik nafas dulu.. duduk jap kat bilik guru.. tiba2 perut aku bernyanyi dondang sayang.. aduss.. aku tak makan lagi rupanya.. kalo abah tau, mesti kena berleter dah... "Keja tu keja jugak tapi jangan sampai tak makan. Hang tu dah la kurus.. Bertambah kurus pulak. Kalau sakit nanti cmna? Kena gastrik.. bla2".. macam tu la abah dok berleter.. Sayang jugak abah kat anak dia yang comel ni... hehe.. Nak pi kantin, dah malas nak jalan.. nasib ada buah oren atas meja.. Baru nak suap, ada beberapa student bertandang ke tempat aku.. Layan student dulu.. Itu la ini la.. pening aku ngan budak2 ni.. huhu.. Tengok2 jam dah kul 5.15.. Terus mencapai fail library dan terus terkedek-kedek cari calon pengawas pusat sumber sbb nak serah surat panggilan kursus.. Selesai ja pasal surat tu..kembali ke bilik guru.. 

Baru je duduk, budak kelas 1A4 datang hantar buku.. Huhu.. makin bertimbun buku nak kena semak.. Sedang membelek-belek buku budak, baru teringat yang laporan kehadiran pelajar aku tak buat lagi.. Dengan keayuan  kelayuan aku mencapai register dan menyiapkan laporan tersebut.. sedang mengisi borang laporan tu tiba-tiba lampu terpadam.. aikkk.. apesal gelap ni?? "Eh ada orang ka?" rupanya Cikgu Non a.k.a PK Petang yang tutup suis.. Cikgu Non ingat dah takda orang.. Aku tengok jam rupanya dah pukul 6.45.. patut la sunyi ja.. Semua orang dah balik..

Huhu.. sangat keletihan.. ingat nak terus tido ja tapi ada barang nak kena beli.. Lepas isyak je terus keluar gi Giant.. Dengan malasnya menolak troli ke sana ke sini mencari barang dapur.. Selepas bayar kat kaunter aku tolak ja troli tu.. Tiba-tiba "Adik! Ni barang adik kan?" Ya Allah camna aku bleh tertinggal pulak barang kat kaunter ni? Nampak sangat badan ni dah teramat letih.. Balik umah terus memengsankan diri... Kroooohhhh...

Sabtu, 8 Januari 2011

Sudah Berpunya ke Belum?


Assalammualaikum.. Fuhh.. Ari ni baru ada masa nak buat entri.. Sejak seminggu sebelum buka sekolah sehingga hari ni, kehidupan harian agak sibuk. Banyak benda nak kena buat.. Walaupun keja bertimbun, tapi aku sangat suka.. Menjadi seorang guru sangat best.. Very enjoy & love my job compared dengan keja aku sebelum ni..

Okay².. teruskan kepada tajuk entri kali ni.. Aku dah bosan dengan soalan ni.
- Dah ada pakwe?
- Bila nak kawin?
- Dah berpunya belum?

Pelbagai lagi soalan yang seangkatannya sering ditanya. Secara jujurnya aku pernah berpunya.. Tapi itu dulu.. masa zaman belajar kat uitm dulu.. Selepas dikecewakan, aku serik untuk bercinta. Kalau boleh dah takmau couple² ni.. buang masa. Cinta bagai nak rak, tapi belum tentu dia jodoh kita. Jadi, bagi aku kalau ada jejaka yang betul² ikhlas ngan aku ni, terus ja jumpa ayah aku. Ikat dengan ikatan yang sah.

Aku tak suka dengan perkataan 'pakwe' 'boyfriend' dan sebagainya. Ya.. memang aku ada kawan lelaki. Tapi biarlah sekadar kawan dan tak lebih dari itu. Honestly sapa yang takmau couple kan.. Biasa la dalam usia skrg ni dan bila tengok kawan² lain dah bahagia dengan pasangan masing².

Mungkin ada kenalan yang anggap aku ni 'playgirl'.. kawan ngan orang tu, kawan dengan orang ni. Tak salahkan aku nak berkawan. Baru-baru ni aku dah kecewakan seseorang.. Im so sorry.. I have no intention.. Aku dah terus terang yang aku tak boleh nak bagi komitmen dan aku tak suka nak bagi komitmen kepada hubungan yang tak diiktiraf itu yang belum pasti bagaimana kesudahannya.

Jadi, jelaslah jawapan aku untuk persoalan itu.. Aku single.. Sekian, terima kasih ^_^

p/s: hati ini terpikat dengan seseorang.. aku tak bertepuk sebelah tangan.. tapi, antara kami hanya kawan.. diulangi.. hanya kawan...

Selasa, 28 Disember 2010

Punca Laser Akhirnya Terbongkar

Akhirnya setelah disiasat ke akar umbi, pihak berkuasa telah berjaya membongkar punca laser yang dikatakan menjadi sebab kekalahan Indonesia di tangan Malaysia pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki. Patut la Indonesia takleh nak terima.. Gempar abis Bukit Jalil pada malam tersebut. Dan inilah dia puncanya... jeng jeng jeng


Ultraman datang menyelamatkan Malaysia.. keh keh keh.. Sapa la yang buat gambar ni.. hahahaha..

Apa-apa pun risau untuk perlawanan akhir kedua nanti. Apalah nasib pasukan negara kita. Mesti pihak lawan akan membalas balik. Ishh.. Sapa la yang punya keja suluh laser tu? Tak matang betul.. Rasa nak amik laser tu ketuk-ketuk kat kepala dia.. hahaha

Isnin, 27 Disember 2010

Bila Gitar Dipetik

 
Gambar ni membe aku upload kat FB. Meh aku cerita sikit pasal gambar ni.. haha.. Yang main gitar tu yang tengah tu aku.. hahaha.. Yang sebelah kiri tu Shyba dan sebelah kanan Enon.. Yang ayu kat belakang tu Aqilah dan nampak rock main drum tu Yati.. Hehehe... Nak tau camana bleh tercetusnya idea tubuhkan band ni? Mulanya aku saja syok2 belajar main gitar.. Aku saja nak perangat Yati, aku post status kat FB yang aku belajar main gitar.. Yati punya semangat, siap dah beli gitar nak belajar sama2.. Kawan2 yang lain pun turut terpengaruh.. Aku dah belajar la sikit2 kod gitar ni ngan adik bongsu aku. Tapi aku ni hangat2 tahi ayam ja.. Bukan apa.. Sakit jari ni nak belajar main gitar.. Abih kematu jari aku. Last2 aku give up. Malas la nak belajar.. Aku nak nyanyi je la.. Korang yang lain je la main gitar..Tunggu semangat ayam aku datang baru aku belajar balik petik gitar tu.. OK? hehe

Khamis, 16 Disember 2010

Mari Berjoget

Al kisahnya senior aku yang sewel suka menyakat, suruh aku cari blog dia. Tapi dia langsung x bagi hint. Cuma dia cakap, cari link kat blog kawan aku. Jenuh aku mencari.. Basah ketiak aku berlari-lari, dah penat berlari aku berjalan pulak dari blog ke blog. Perghhh sungguh jauh perjalanan itu... Akhirnya aku berjaya dalam perjalanan itu.. Keh keh keh.. Aku terus berjoget riang..



p/s: Kakmas, eL dah dapat cari la.. Apa lagi.. Belanja la Secret Recipe.. Hehe (",)

Rabu, 15 Disember 2010

Ade Aku Kisah??

Aku promote blog aku kat makcik² aku. Terharu rasanya mendapat sokongan moral.. Hihihi.. Poyo je.. Baca la sendiri perbualan tanpa suara antara aku dan makcik² aku.
Rock la makcik² aku... Thanks for support me.. Jom kita JOGET (",) 

Pelan-pelan Kayuh




Apakah persamaan gambar di atas?
Yaaa.. pandainyee.. Kayuh..
Tapi yang aku nak cakap ni takda kena mengena dengan kayuh sampan atau kayuh basikal.
Aku maksudkanpenglibatan aku yang mula seronok berblog.
Pernah dengar 'Buah cempedak di luar pagar. Amik galah tolong jolokkan. Saya budak baru belajar. Kalau salah tolong tunjukkan'
Begitulah al kisahnya. Aku ni baru belajar pasal keseronokan blog ni. Sebelum ni memang aku dah ada blog. Itu pun aku buat masa Mei 2010 disebabkan student aku, AINI SHAFIQAH yang telah memberi inspirasi (cewahhh) kat aku untuk buat blog. Tapi blog tu lebih banyak membicarakan tentang hati dan perasaan. Aku reti tulis taip ja apa aku rasa nak taip tanpa memandang ke kanan mahupun ke kiri yakni aku tak tengok pun blog orang lain.
Beberapa bulan kemudian...

Aku terbaca blog seseorang yang membuatkan aku tertarik. Lama kelamaan minat membaca blog orang semakin gile menjadi-jadi..
Jadi, masih banyak yang aku nak kena belajar pasal blog.. Masih banyak yang aku tak tau pasal blog..
Thanks buat MIRA yang telah membantu aku untuk tau apa itu 'tag' apa itu 'nuffnang'

**taq tu lau kita kena taq dari sesapa ka maksudnya blogger 2 nak kita jawab la taq tu...lebih kurg soalan cepucemas. tapi lau xjwb pon xpa, xkena jual.hak2**

**nuffnang plak kira iklan dlm blog. lau ada mn2 syarikat nk tmpg blog kita utk iklan pastu ada org len klik2 kat iklan 2 akan dikira dalam akaun nuff blogger. so akan bertambah la dwet tabung nuff si tuan punya blog.**

Dwet?? Camana nak dapat duit tu?? hehe..

BERTUKARRR LAGI (!)

Nampaknya aku membuat pertukaran lagi.. Dari rupanya macam ni...


Kepada rupanya yang macam ni...


Rasanya rupa yang baru ni lagi lawa kot.. Warna coklat nampak macam klasik la pulak kan.. Jadi, aku pilih warna biru. Jangan tanya kenapa aku pilih biru sebab punya pasal aku la sebab blog ni aku punye.. hahaha (",)

Ni aku nak pesan ni, korang nampak tak bendalah ni kat blog aku?



Nampak kan? Jadi... ringan-ringankanlah tangan korang taip kat situ.. Bagi salam pun jadilah (",)



Selasa, 14 Disember 2010

Syioknya Kawen



Korang ada tengok Buletin Utama malam ni tak?? Pasal kisah seorang remaja berusia 16 tahun merogol sepupunya berusia 11 tahun. Bermula dengan konon main kawin² dan berakhir dengan tragedi yang kurang bermoral tu.. Eeeiii.. Nak je aku tampar² budak laki tu. Sanggup dia rogol sepupu sendiri. Tengok gaya budak tu memang kurang didikan agama. Rambut macam mandi air karat.. Hishh.. Inilah akibatnya kalau ada agama tapi tidak beragama. Agama tercatit dalam MyKad 'Islam'.. Tapi.... Sangat menyedihkan. Nak salahkan siapa ni? Korang pikir la sendiri.. Taknak pikir pun takpa.. Aku tak paksa.. (",)

p/s: Masa kecik² pernah jugak main kawin². Tapi jadi watak sampingan ja.

BERTUKARRR (!)


Pada jam dan detik ini aku nak declare sesuatu.. Bukan declare yang couple² tu.. Tapi nak declare yang nama blog aku kini bertukar dari Bintang Yang Terang kepada
eLLe PunYe BLoG..
Ini disebabkan aku mendapat kritikan yang hebat dari adik aku.. hahahaha... Bintang Yang Terang?? Terang kaaa? Cisss sindiran yang tajam. Ok takpa.. Aku tukar nama blog ni. eLLe PunYe BLoG.. Tak sedap?? Lantak korang la.. Aku yang punye blog.. Bukan korang punya.
Oleh kerana nama dah kasi tukar, background pun kena kasi tukar jugak la.. Coklat.. Amacam? Tak cantik?? Huh.. Aku punya blog.. Aku punya suka la.. Ada aku suruh korang tolong buatkan?? Takda kan?? So, jangan banyak songel.. Keh keh keh..

Isnin, 13 Disember 2010

Lupa atau Tak Ingat?


Tepat jam 5.50pagi telefon bimbitku bersuara riang menyanyikan lagu yang aku sendiri tak pasti.. Tapi aku biar buat tak tau ja.. Kau nak nyanyi, nyanyi la.. Jangan bising kat telinga aku.. Lagi lama dia berlagu, lagi tinggi selimut aku menutupi muka..

ALLAHHUAKBAR..ALLAHHUAKBAR... Laungan azan berkumandang.. Akhirnya aku tewas dengan laungan yang syahdu itu. Lantas aku bergerak menuju ke bilik air...
Setelah selesai menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim, aku pun meng'iron' baju kurung. Baju kurung biru menjadi pilihanku pada hari ini. Tudung pilihanku pulak PURPLE.. Yeah.. itulah warna feveret aku sejak berusia 16 tahun. Siap meng'iron', aku bersiap² untuk menjalankan tugas di sekolah. Compact powder Silky Girl yang aku beli sudah hampir setahun tak habis-habis dipakai, disapu di muka. Secalit lipstik yang nipis dicalit di bibir.. Ringkas..
Minuman susu coklat Anlene dan biskut Munchy menjadi pilihan sarapanku. Cukup sekadar melapik perut. Dan paling tidak dilupakan satu cup INTRA setiap pagi..
Selesai sarapan, barulah aku kalut membelek fail nak tengok jadual STPM untuk pagi ni.. Tiba² mata terpandang pada helaian² kertas...

----

---

--
--
-
-
-
-
-
.

LAPORAN ORIENTASI GURU BARU

Astaghfirullahalazimmmm...macam mana boleh tak ingat ni. Laporan orientasi tak siap lagi. Cuti dah sebulan.. Tapi laporan takda perkembangan lagi. Adoyai.. Ni kes LUPA ka TAK INGAT?? Nampaknya terpaksa kuburkan angan² nak meronggeng bersama kawan²..

Ahad, 12 Disember 2010

Bintang Yang Terang

Bismillahirrahmanirrahim...
Malam yang gelap ditemani dengan titisan hujan memberikan aku ilham untuk menulis blog ini..

Sebelum ni aku dah ada blog.. Tapi blog itu teramatlah rahsia.. Hehe.. Cuma 2 orang saja yang boleh baca.. Sebab apa?? Sebab rahsia la..

Kenapa aku buat blog ni? Ermm... Kenapa ya? Sebab aku tertarik baca blog² orang lain.. Terdetik jugak nak menulis blog.. Nak jugak belajar menulis.. Kalau orang lain boleh, kenapa aku tak boleh kan.. Hehe.. Selain tu, aku nak isi masa lapang aku dengan menulis.. Lapang ke?? Cuti sekolah ni lapang la.. Dah buka sekolah nanti belum pasti..

Kenapa aku pilih tajuk 'Bintang Yang Terang'?? Sebab... blog ni lahir waktu malam.. Dan aku sangat suka tengok bintang waktu malam.. Yela.. Bintang boleh tengok waktu malam ja.. Haha.. Bila Kita melihat bintang yang terang dan bersinar, itu mengingatkan kita kepada Pencipta langit dan bumi.. Pencipta Yang Maha Agung.. Betapa indahnya ciptaan Allah.. Apabila melihat bintang di waktu malam, memberikan aku ketenangan sambil melayari kenangan² silam.. Layan perasaan la tu.. Haha

Siapa aku? Hanyalah seorang hamba Allah yang kadang² lalai dengan nikmat dunia.. Seorang hamba yang mengharapkan pengampunanNya dan keredhaanNya..

Apa lagi nak tulis dalam entri 1st ni? Erm... Takda apa lagi kot sebab nak kena tidur awal malam ni.. Esok pagi kena pi sekolah untuk jaga exam STPM.. So, Selamat Malam (",)