TINGGALKAN LINK ANDA DI SINI (",)

Khamis, 17 Februari 2011

Cara Belajar Matematik

PERTAMA
Kalau nak kuasai sesuatu subjek, perkara pertama anda perlu lakukan ialah kena SUKA mata pelajaran tu. Habis, kalau kita dah memang tak suka macam mana? Caranya, mula-mula buat-buat macam anda sukakan subjek tu. Maksudnya anda cuba untuk sukakan subjek tu. Kemudian, mula buat latihan sedikit demi sedikit. Tak perlu terus mula dengan latihan yang banyak untuk mengelakkan anda stress. Bila dah stress, anda akan kata "susahnya math ni"..


KEDUA
Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Semakin banyak latihan anda buat, anda akan jadi semakin cekap.


KETIGA
Matematik adalah mata pelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu, maksud cikgu, cuba latih menjawab dengan secepat mungkin.

KEEMPAT
Anda perlu HAFAL SIFIR!
Cikgu tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Alah cikgu..pakai kalkulator ja.. Tapi, tahu tak, kalau anda membiasakan diri menggunakan kalkulator, ianya akan melemahkan kecekapan mengira.
Maksud cikgu, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 6 x 6 dan berapa 12 x 9. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada calculator, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.
KELIMA
Anda perlu ada azam dan kemahuan untuk jadi hebat dalam subjek matematik. Jika anda kisah tidak kisah, sukar untuk anda kuasai subjek ini. 

Credit to Cg Rosmah

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

agk mmbntu..thks..:)