Student Dulu: Abu (Nama ringkas dan senang nak ingat)
Student Sekarang: Mohammad Danial Hakim Fabulos bla².. (Nama panjang dan selalunya macam omputih. Susah nak sebut)
Student Dulu: Mak bagi RM1.. "Wah mak. Banyaknya mak. Nah lima kupang ni mak simpan dalam tabung cheq".. (Bagus..amalan menabung)
Student Sekarang: Mak bagi RM5.. "Mana cukup ni mummy. Nak makan lagi. Pastu cikgu mintak nak hias kelas lagi. Cikgu Siti mintak untuk projek Sains. Nak beli bla².." (Tampaq satgi budak ni. Banyak cakap, bak sini balik duit tu)
Student Dulu: Tak siap keja sekolah kena rotan ngan cikgu. Balik rumah, takut nak bagitau mak ayah sebab nanti bukan setakat rotan, silap haribulan mak ayah sebat guna penyapu. (Teringat pulak rotan cikgu disiplin aku dulu)
Student Sekarang: Tak siap keja sekolah kena cubit sikit. Balik rumah, entah apa yang dia mengadu kat mak ayah. Sampai mak ayah mai serang kat sekolah. (Lain kali tak payah hantar anak² belajaq kat sekolah)
Student Dulu: Sebelum cikgu masuk kelas hingaq. Bila cikgu masuk, sunyi sepi. Sangatlah sopan.. Angkat kepala pun tak berani. (Pandai betul berlakon depan cikgu)
Student Sekarang: Sebelum cikgu masuk kelas hingaq. Bila cikgu masuk, bertambah hingaq.. Siap main ligan² lagi ngan kawan. Bukan setakat angkat kepala.. Angat kaki pun dah berani skrg. (Tengok la kes² yang terpampang dalam surat khabar. Macam² ada)
Jadilah pelajar yang TERPELAJAR, bukannya pelajar yang KURANG AJAR
Jadilah pelajar yang BERADAB, bukannya pelajar yang BIADAB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan