TINGGALKAN LINK ANDA DI SINI (",)

Cerita eLLe

KENANGAN BERSAMA RAKAN² UPSI





























_____________________________________________


RINDU SAMA KAMU BAH.. (",)



Tengok gambar atas ni... Dari kiri Cikgu Zainab, Ustazah Muriza, Cikgu Rozita, Cikgu Elhidayah dan Cikgu Annisah... Kami berempat ni housemate masa praktikal kat Seremban dulu (kecuali Kak Rozita)

Syukur kepada Allah kerana mempertemukan kami. Antara mereka semua, orang pertama yang aku kenal ialah Kak Nisa. Aku sayang sangat kat Kak Nisa. Dia seorang yang sangat penyabar. Dia banyak bagi pengajaran kat aku. Aku ni jenis yang agak cepat marah. Kesian dia setiap kali buat assignment ada ja nak kena 'fire' ngan aku. Mana taknya... Kak Nisa ni cepat gelabah. Semuanya nak harapkan aku. Mula-mula memang tension dgn sikap diorang, tapi lama-lama aku cuba muhasabah diri sendiri.. Kita tak boleh ubah orang lain, tapi kita boleh cuba untuk faham orang lain. El minta maaf ye kak sebab selama ni banyak sangat mengguris hati akak. Teringat lagi masa kita ada konflik tu.. Kalau la kita tak luahkan, mesti dah lama persahabatan ni putus. Terharu eL dengar akak luahkan perasaan akak masa tu.. Pastu akak peluk eL... Nangis sama-sama masa tu.. Tak malu betul nangis tepi kedai tu. Pelik je orang tengok kita nangis... Hehe... Akak dah banyak ajar eL tentang erti persahabatan.

My Greatest Sis

Zai dengan Muni mulanya aku tak berapa kenal. Kenal diorang sebab kawan kepada Kak Nisa. Mula kenal dengan lebih rapat sejak duduk serumah masa praktikal. Aku ngan Kak Nisa praktikal satu sekolah. Zai sekolah lain. Muni pun sekolah lain. Banyak jugak memori kami bersama walaupun cuma berkesempatan tinggal sekali selama 3 bulan. Antara diorang semua, aku yang paling rajin masak (cewah...puji diri sendiri). Diorang rajin jugak masak...tapi masak magie la.. hehe... Maklum la rumah sewa kami takda peti ais nak simpan barang-barang mentah. Hujung minggu baru la boleh masak best² sikit... Gambar bawah ni salah satu menu kami di hujung minggu. Licin bila makan sekali... Ermmm..sedapnya ikan bakar cicah air asam. Jenuh aku ngan Zai tawaf pasar tani tu cari daun pisang nak masak ikan bakar. Nak beli sehelai mana ada orang nak jual..hehe. Last² aku belasah ja bakar dalam kuali. Kalau masing-masing malas nak masak, kuar berempat gi kedai makan. Restoran yang selalu menjadi pilihan kami, Johan Tom Yam.


Menu Orang Bujang

Masa duduk Seremban tu konon nak bergambar kat area Seremban.. Nak pi sana la.. Nak pi sini la.. Last² tak pi jugak sebab selalu ja poket kering. tempat yang kami selalu pi kalau bukan Terminal One, kami akan pi Giant Senawang.


Ada satu malam ni nak tengok final Kedah lawan N9. Rumah kami takda TV jadi, pi tengok bola kat kedai makan. Masa 1st half tengok kat Johan Tom Yam. 2nd half tengok kat kedai lain sebab abis ja 1st half kami pi Giant beli barang. Bila dah beli barang, masing² dah takda duit. Kelakar je masa tu. Kak Nisa bawak keluar duit yang ada dalam poket.. "Aku ada 70sen ni ja ba...apa aku boleh minum?" hahaha... Antara diorang, aku yang paling kaya sebab aku ada RM10 dalam poket masa tu. Belasah je pi kedai makan...bola punya pasal. Masa tu, Zai tak minum.. Kak Nisa order ais kosong... Aku order sirap limau.. Muni order milo ais.. "Kayanya kau Muni minum milo ais" hehe... Macam tak best pulak kalau minum je.. Muni tanya nak makan tak? Kami pun order kentang goreng kongsi 4 orang. "Ni siapa mau bayar?"..."Eh..eL kan ada. Cuba kau cek tengok purse kau eL kot² ada lagi duit"...Aku pun korek² purse tengok² ada lagi sekeping duit merah...hahaha.. Si Zai ni diam² snap gambar masa aku korek purse tu.. Malu je..


Mencari Duit

Aku ada 70sen ja bah

Ais kosong, Milo Ais, Sirap Limau


Rindu kat korang semua... Bila la agaknya boleh makan sama-sama lagi? Masing-masing dah posting.. Walaupun jauh di mata tapi tetap dekat di hati ^_^