TINGGALKAN LINK ANDA DI SINI (",)

Tuan Punye Blog

Siapa aku sebelum bergelar guru? Aku bersyukur kerana mak dan abah berjaya mendidik aku dan adik beradik aku menjadi insan yang berjaya pada masa ni. Kalau diingatkan kembali kehidupan kami yang susah suatu ketika dahulu, siapa sangka kehidupan kami semakin hari semakin berubah.

Keluargaku (1991)

Siapa aku sebelum bergelar guru? Siapa aku suatu ketika dahulu? Aku hanyalah anak kepada pasangan guru biasa yang mengusahakan sekolah swasta. Bila disebut sekolah swasta, ramai menganggap 'loaded'. Tapi hakikatnya, sekolah yang mak dan abah usahakan ini, tidak seberapa. Tambahan pula, di kawasan daerah yang kurang maju suatu ketika dahulu. Boleh dikatakan kami kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Betapa susahnya mak dan abah nak membesarkan kami 7 beradik. Tak cukup dengan pendapatan sekolah, mak berniaga. Macam² mak buat. Kesian tengok mak. Awal² pagi mak dah bangun masak nasi lemak. Masa sekolah rendah, waktu pagi ke sekolah, beg aku berat dengan nasi lemak yang kawan² order. Dengan upah jualan nasi lemak itulah duit belanja aku. Nasib baik kawan² prihatin dengan kesusahan hidup aku. Cikgu² pun ada jugak yang membeli. Tapi cikgu pesan, jangan sampai orang kantin dapat tahu. 

Pakaian sekolah dan keperluan sekolah aku agak daif. Susah nak mendapat baju baru dan kasut baru. Selagi ianya boleh dipakai, aku akan pakai. Tak pernah merengek kat mak nak baju baru. Biarpun warna putih dah kekuningan, selagi ia masih boleh dipakai, aku akan pakai. Dari tahun 1993 hingga tahun 1998, aku bersekolah di SK Sungai Ular. Sebuah sekolah kampung. Aku aktif dalam kelas. Walaupun aku agak pemalu, tapi mungkin inilah anugerah yang dikurniakan olehNya untuk aku. Aku sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksan. Sentiasa mendapat top3 dalam kelas. Masa sekolah rendah dulu, sentiasa bersaing dengan Hanzalah dan Fuad. Selalu membandingkan markah exam kami. Aku sentiasa dilantik menjadi ketua dalam aktiviti kelas dan sekolah. Antara jawatan yang aku pegang masa sekolah dulu ialah ketua darjah, penolong ketua pengawas pusat sumber, pengerusi PBSM dan lain². 

Aku jugak aktif dalam aktiviti sekolah. Aku pernah mewakili sekolah dalam tarian, nasyid, buku skrap sains, pameran Bahasa Inggeris dan banyak lagi. Kejayaan demi kejayaan aku kecapi semasa sekolah rendah. Walaupun sibuk tolong mak jual kuih di waktu petang, aku tak lupa mengulangkaji pelajaran. Mak selalu pesan.. Belajar rajin². Kita ni susah. Jangan biar orang hina kita. Setiap petang aku akan bonceng basikal dengan abang menjual kuih di kawasan taman kenari. Kadang² ada jugak mulut² jahat yang menghina kami. Berair mata mak bila kami balik cerita kat mak. Tapi mak sangat penyabar. Itulah kekuatan mak.

Pernah suatu ketika dulu, kami terpaksa mengikat perut. Beras tinggal sikit. Mak tak biarkan anak² kelaparan. Dengan beras yang sedikit itu, mak jadikan ia bubur nasi. Berselera kami makan dengan ikan masin. Makanan yang kami jamah tak pernah mewah tapi cukup sekadar melapik perut dan memberi tenaga.

Jual Nasi Lemak

Kemiskinan hidup bukanlah penghalang untuk mencipta kejayaan. Aku berpegang kuat dengan falsafah 'Tiada yang mustahil'. Alhamdulillah.. Aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR pada tahun 1998. Walaupun hanya mendapat 4A 1B, ia cukup memberi kebanggaan kepada mak dan abah. Seterusnya aku melangkah ke sekolah menengah. Bersekolah di sekolah terbaik di Kulim dan antara terbaik di Kedah. SMK Sultan Badlishah.

Pada awal tahun 1999 mendaftar di sekolah tersebut dan ditempatkan di kelas 1A6. Kehidupan di sekolah menengah lebih mencabar. Bersekolah di sekolah yang majoritinya orang² yang berada dan jugak pintar. Kadang² terasa rendah diri. Namun, ianya tetap tidak meruntuhkan semangat aku untuk terus mencipta kejayaan. Sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan berdamping dengan rakan yang setaraf ngan aku. Tak berani nak berkawan dengan kawan² yang berada. Aku rapat dengan Shamsida, Yati dan Amezah. Namun, antara mereka bertiga, aku paling rapat dengan Shamsida. Segala masalah aku, sentiasa aku kongsi dengannya. Mungkin disebabkan kami senasib. Dari keluarga yang susah dan adik beradik yang ramai. 

Pertengahan tahun semasa di tingkatan 1, aku dicalonkan sebagai pengawas sekolah. Terkejut jugak tiba² nama ada dalam senarai calon. Siapa sangka pelajar yang pendiam macam aku ni boleh dicalonkan sebagai pengawas sekolah. Mungkin sebab aku rajin tolong cikgu² dan ada cikgu yang mencadangkan nama aku. Setelah menjalani tapisan, temuduga dan latihan, akhirnya aku dilantik sebagai pengawas sekolah. 

Masuk Tingkatan 2, pakaian sekolah aku bertukar warna. Dari putih menjadi biru. Seperti biasa, mak dan abah tak dapat menyediakan keperluan yang cukup untuk aku. Mak tak mampu membeli kasut hitam untuk aku. Waktu tu, aku mendapat idea untuk menjadikan kasut putih aku menjadi hitam. Tahu macam mana aku buat? Aku amik kiwi kasut abah dan aku kiwi kasut sekolah aku. Kan senang.. Dah jadi warna hitam. Aku ingat kawan² tak perasan. 

Suatu hari, tiba² Shida, Yati dan Amezah hulurkan duit kat aku. Pelik jugak tiba² kawan bagi duit. Bukan sikit..tapi RM20 kalau tak salah. Diorang cakap duit tu buat beli kasut hitam. Diorang perasan yang kasut aku tu, aku kiwi. Sebak aku bila kawan² prihatin dengan aku. Tapi maruah keluarga tetap dijaga. Aku menolak pertolongan kawan² aku dan aku ceritakan kepada mak. Petang tu, terus mak belikan kasut hitam kat aku. 

Masa sekolah menengah, agak susah aku nak jual nasi lemak sebab kebanyakan kawan² bawak bekal sendiri. Yang selalu order nasi lemak dengan aku cuma kawan² rapat macam Shida, Yati, Syima, Fairuz, Syaiba, Qilah dan Joanne. Jadi, aku fikirkan strategi lain untuk mencari duit belanja. Setiap petang selepas sekolah aku akan beli kacang tanah untuk digoreng. Aku bungkuskan dalam plastik kecil dan jual kat kawan². Jualan kacang goreng mendapat sambutan dan kemudian aku pelbagaikan jualan aku. Aku jual kerepek dan jugak asam. Sangat mendapat sambutan. Sehinggakan kawan dari kelas lain pun ada beli ngan aku. Aku jual sorok². Maklum la aku kan pengawas. Mana boleh jual kat sekolah. Nasib kawan² pandai rahsiakan.

Selepas mendapat keputusan percubaan PMR (8A), Shida ajak aku temankan dia beli borang untuk masuk MRSM. Jadi, aku temankan. Kemudian dia paksa aku beli borang tu sekali. Untuk tak menghampakan kawan, aku beli ja. Kami sama² isi borang dan sama² menduduki peperiksaan untuk kemasukan ke MRSM. Waktu tu aku tak tau kenapa orang beriya² nak masuk MRSM dan aku tak berangan pun nak masuk MRSM. 

Mungkin rezeki aku, selepas mendapat keputusan PMR (7A 1B) aku ditawarkan melanjutkan pelajaran ke MRSM PDRM Kulim. Berita tu sedikit pun tak menggembirakan aku sebab aku tak teringin pun nak masuk MRSM. Tapi melihat terpancarnya kegembiraan di wajah kedua² insan yang aku sayang, membuatkan aku berfikir banyak kali. Aku sayang nak tinggalkan Badlishah. Kat sini ramai kawan. Dan aku jugak takmau berpisah dengan Shida. Shida nasihatkan aku terima tawaran tu. Dia kata bukan semua orang bertuah dapat masuk MRSM. Dengan berat hati, aku terima tawaran tu.

Pengawas Sekolah

Rakan Kelas 3A6

Pada awal Februari 2002, aku mendaftar di MRSM PDRM Kulim. Aku ditempatkan di kelas 4 Arrazi. Kelas akaun. Hanya dua orang perempuan dan 13 lelaki untuk intake pertama. Bayangkan macam mana aku nak sesuaikan diri dalam kelas yang ramai lelaki. Selama di Badlishah aku jarang bergaul dengan lelaki. Nak bercakap ngan lelaki pun aku malu. Aku menjadi sangat pendiam. Seorang lagi perempuan kelas tu, Ainul, student lama. Dia dari Tingkatan 1 lagi dah bersekolah di situ. Perangai dia pun agak kasar. Jadi agak sukar untuk aku membiasakan diri. Aku lebih banyak dia dari bercakap. Aku lebih suka buat hal aku sendiri. Sepatah kawan² sekelas tanya, sepatah aku jawab. Malas nak layan diorang. Diorang selalu buli aku. Kadang² aku rasa macam aku dah salah buat pilihan masuk MRSM ni. Tapi mak dan kawan² Badlishah sentiasa bagi semangat kat aku. Selalu kalau aku nangis dalam kelas, Rasyid yang akan hulurkan tisu kat aku dan pujuk aku. 

Ada satu hari tu, aku dah tak boleh bersabar. Budak² kelas aku ni semakin melampau. Suatu malam masa prep, tin biskut yang kosong diorang letak dalam beg aku. Meja aku pulak diorang letak luar kelas. Bila aku marah, suruh diorang letak balik meja aku dalam kelas, diorang lagi suka nak kacau aku. Budak kelas lain pulak masuk campur dan bawak meja aku ke tandas lelaki. Aku mengamuk dalam kelas dan keluar dari kelas. Malam tu aku study kat foyer dengan Faezah. Kalau warden nampak kami tak prep dalam kelas, memang kena tangkap. Tapi nak buat camana. Duduk kelas pun menyakitkan hati. 

Keesokan hari, awal pagi sebelum morning call, aku masuk kelas nak bersihkan kelas. Aku tengok meja aku dah ada balik di tempat asal. Dan ada surat kat meja aku. Aku baca surat tu. Kelakar pulak. Budak² lelaki minta maaf kat aku. Sedang aku baca surat tu, diorang masuk kelas dan minta maaf. Diorang explain kenapa diorang buli aku. Diorang kata diorang dah tak tau nak buat macam mana supaya aku bercakap. Diorang kata aku ni pendiam sangat. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Akhirnya, kami semua berbaik dan rapat. Aku sentiasa jadi mentor kepada diorang. Sebarang masalah dalam pelajaran, diorang akan rujuk aku. Aku sentiasa mendapat nombor 1 dalam kelas tu dan aku top10 dalam maktab. Banyak yang aku belajar sepanjang aku belajar di MRSM ni. November 2003 aku menduduki SPM dan aku mendapat 5A1 3A2 1B3. Alhamdulillah.. Sekali lagi kejayaan aku cipta untuk mak dan abah.

Rakan Kelas 5 Arrazi

Bersama rakan Unit 6 dan Kindian

Graduasi Tingkatan 5 MRSM PDRM

Disember 2003, aku ditawarkan melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam dalam jurusan Perakaunan. Aku sentiasa mendapat 3.5 ke atas setiap semester dan mendapat anugerah dekan. Cuma di semester akhir diploma, keputusan aku jatuh sebab waktu tu mak dan abah ada masalah sehingga hampir² berpisah. Semester akhir ijazah pulak aku terlalu leka bercinta sehingga pelajaran aku merosot. Namun, aku bersyukur kerana aku dapat menamatkan pengajian aku dengan Kelas Dua Tinggi. Semasa di UiTM juga aku aktif dengan persatuan silat dan dilantik menjadi Biro Persilatan. Banyak tenaga dan masa aku korbankan untuk persatuan. Aku sentiasa menyertai demo dan pertandingan silat.


Sahabat UiTM Shah Alam

Rakan Silat Cekak Hanafi UiTM

Rakan Silat Cekak Hanafi UiTM

Konvo Diploma Perakaunan

Konvo Ijazah Perakaunan



Sebelum peperiksaan akhir sem untuk final semester ijazah, aku mencuba nasib memohon kerja di sebuah audit firm di Bukit Mertajam. Alhamdulillah rezeki aku, sesudah aku habis exam, company telefon dan suruh datang temuduga. Aku tamat pengajian pertengahan Mei 2008 dan mula bekerja di OKN-Max Corporate Services (PG) Sdn Bhd pada awal Jun 2008. 

Cabaran bekerja di company yang pemiliknya kaum Cina. Pekerja Melayu hanya 2 orang iaitu aku dan seorang kakak receptionist. Waktu untuk sembahyang agak sukar sebab bos tak benarkan sembahyang dalam ofis. Selalunya lunch hour akan terkejar² nak makan dan solat Zohor. Solat Asar kadang² terlepas sebab habis kerja lewat. 

Akhirnya aku buat keputusan untuk berhenti dan cari kerja lain. Abah nasihatkan aku supaya memohon sebangai guru sandaran di PPD. Semasa masih bekerja di OKN-Max aku, pohon GSTT dan dipanggil untuk temuduga. 2 Februari 2009 aku temuduga di PPD dan 5 Februari mendapat panggilan untuk lapor diri di PPD pada 7 Februari. Aku berhenti kerja di OKN-Max dengan notis yang tak sampai 24 jam. Mulanya bos tak mau lepaskan aku dan berjanji akan naikkan gaji aku. Selepas aku jelaskan bukan masalah gaji tapi masalah untuk aku tunaikan solat, bos dah tak boleh pujuk aku. Aku terpaksa membayar pampasan 1 bulan gaji kepada company sebab berhenti tanpa notis sebulan.

Pada 7 Februari 2009, aku melapor diri di PPD Kulim dan ditugaskan di SMK Taman Selasih. Pada mulanya aku diberi tanggungjawab mengajar subjek Matematik dan PJK. Sebulan lepas tu, setelah PK Pentadbiran meneliti sijil aku, aku diarahkan mengajar Sains dan juga Matematik. Walaupun sukar untuk mengajar subjek tersebut kerana perlu mengajar dalam bahasa inggeris, aku sahut ia sebagai cabaran. Suatu hari, ketua panitia Sains panggil aku dan tanya boleh tak mengajar Fizik, aku terpaksa menolak sebab aku tak berapa yakin.  Keputusan pelajar meningkat sepanjang aku mengajar mereka. Alhamdulillah. Ini semua kurniaan Allah. Aku cuma berusaha membantu pelajar² aku. GSTT tak dapat menjamin masa depan. Jadi, aku memohon DPLI dan aku bersyukur kerana urusan aku dipermudahkan.

Bersama pelajar SMK Taman Selasih

Cenderamata darpada Panitia Matematik SMK Taman Selasih

Pada 2 Julai 2009, aku mendaftar di UPSI dalam jurusan DPLI Perdagangan/Keusahawanan. Setelah hampir 7 bulan di Tanjung Malim, aku membuat latihan mengajar di SMK Panchor Seremban. Aku sangat² bersyukur kerana mendapat pelajar yang sentiasa memberi kerjasama sepanjang aku menjalani latihan mengajar di sana. Kenangan di SMK Pachor akan sentiasa terpahat di hati aku. Setiap kali dipantau oleh pensyarah dan guru pembimbing, aku sentiasa mendapat pujian dan komen yang membina dari mereka. Pensyarah pernah kata "one day u will be a great teacher".. Aku mendapat keputusan yang cemerlang dan menamatkan DPLI dengan CGPA 3.85.. Alhamdulillah..

Jamuan perpisahan dengan pelajar SMK Panchor

Pelajar 4PA SMK Panchor

27 September 2010 aku melapor diri di JPN Kedah. Aku bersyukur kerana telah membuat keputusan yang tepat dalam hidup aku. 27 September 2010 aku menjadi guru secara rasmi. Dan aku bertekad akan memberi sepenuh tenaga dan komitmen untuk mendidik anak bangsa. Aku dilahirkan dari darah daging pendidik. Darah yang mengalir dalam diri aku adalah darah pendidik. Jadi, aku bangga menjadi anak kepada pendidik dan aku bangga menjadi pendidik. Ganjaran gaji bukan pengukur tetapi balasan dan ganjaran untuk bekalan di akhirat yang diutamakan.

28 September 2010 aku melapor diri di SMK Sultan Badlishah iaitu sebuah sekolah di mana aku pernah menuntut ilmu suatu ketika dahulu. Kini, aku berbakti untuk sekolah yang pernah menjadi saksi jatuh bangunnya aku suatu ketika dahulu. Ini semua ketentuan Allah.

AKU GURU BITARA ^_^