Sewaktu menjalankan rutin harianku iaitu melayari mukabuku atau lebih dikenali sebagai facebook, aku tiba² terpandang statement seorang gadis berusia 16 tahun yang berbunyi 'If teachers are so smart , why they keep ask us questions?' Wahhh.. Tersangatlah terpukul dengan kata² sebegitu. Mana taknya.. Aku kan salah seorang dari golongan yang bergelar pendidik.
Jadi, terus saja aku memberi komen membalas statement yang menikam hatiku itu.. Dia speaking.. Aku pun speaking la jugak walaupun english aku ni tak setanding Adibah Noor.. Tau apa yang aku balas? Ini dia.. 'That's a teacher..without asking, student will learn nothing..question will let the student to generate their ideas and make them think critically..thats the way of great learning.'
Betul tak apa yang aku cakap? Kalau la cikgu tak tanya soalan kat student, student tu tak akan berfikir. Kalau sentiasa mengharap cikgu yang menyuap semuanya, macam mana nak melahirkan insan yang cemerlang, gemilang, terbilang? Dengan berfikir itulah cara pembelajaran yang terbaik. Berfikir secara kritis dan kreatif itulah dapat melahirkan insan yang cerdik pandai dan itulah dinamakan BELAJAR bukannya MENDENGAR semata-mata. Cikgu boleh ajar je semua dari A sampai Z. Tapi, adakah itu pembelajaran yang efektif?? Zaman sekarang sudah berubah. Jadi, corak pengajaran dan pembelajaran juga berubah seiring dengan arus pemodenan. Haishh.. Tengok!! Kan aku dah berleter ni. Pssttt.. Perempuan tak elok berleter.. Haha.. Ok.. Zasss.. Fikir²kan (",)
1 ulasan:
Betul tu
Catat Ulasan