TINGGALKAN LINK ANDA DI SINI (",)

Selasa, 14 Disember 2010

Jangan Lupa Lirik



Perkara biasa bagi pelajar² sekarang. Bila suruh menyanyi je, cakap saja lagu apa.. Dari lirik hingga penulis lirik semua depa ni tau. Tapi bila ditanya soalan pasal Sejarah ka Sains ka tergagap-gagap. Cuba tanya siapa Perdana Menteri pertama? Ada depa ni ingat? Mungkin mengambil masa beberapa saat untuk mengingat.. Tapi kalau tanya siapa yang menang Juara Lagu, sepantas kilat menjawab.. Siap nyanyi² lagi lagu yang menang tu. Tu tak sembang lagi pasal bola.. Team mana menang.. Sapa yang jaringkan gol.. Siapa yang pakai jersi no7.. Petik jari sambil kunyah koci ja depa jawab. Sekali tanya pasal subjek yang belajaq kat sekolah.... hampeh je.. Bukan semua la.. Tapi segelintir.. Segelintir pun kalo dah banyak kali gelintir tak ka banyak??


Entri ni ada kaitan dengan sorang budak yang tahun depan nak periksa UPSR. Sifir pun tak lancar.. Terkial-kial lagi.. Bila tanya 7x6 berapa.. Kena baca dari 1x6, 2x6.. Tuppp salah.. Ulang balik.. Jenuh... Nasib bukan aku cikgu dia, kalo tak dah kena sedass ngan aku.. (Huhu..takla sekejam ini).. Masa aku zaman sekolah rendah dulu, darjah 2 dah kena hafal sifir. Sebelum balik semua kena berdiri. Selagi tak boleh jawab sifir hang berdiri la dan jawabnya balik lambat. Sebelum masuk kelas, kena berdiri ramai².. Baca sifir macam SITI SIFIR dalam cerita ALONG tu. Ahaaa.. kenapa dah takda cerita ALONG tu eh?? (",)


Tiada ulasan: