TINGGALKAN LINK ANDA DI SINI (",)

Ahad, 12 Disember 2010

Bintang Yang Terang

Bismillahirrahmanirrahim...
Malam yang gelap ditemani dengan titisan hujan memberikan aku ilham untuk menulis blog ini..

Sebelum ni aku dah ada blog.. Tapi blog itu teramatlah rahsia.. Hehe.. Cuma 2 orang saja yang boleh baca.. Sebab apa?? Sebab rahsia la..

Kenapa aku buat blog ni? Ermm... Kenapa ya? Sebab aku tertarik baca blog² orang lain.. Terdetik jugak nak menulis blog.. Nak jugak belajar menulis.. Kalau orang lain boleh, kenapa aku tak boleh kan.. Hehe.. Selain tu, aku nak isi masa lapang aku dengan menulis.. Lapang ke?? Cuti sekolah ni lapang la.. Dah buka sekolah nanti belum pasti..

Kenapa aku pilih tajuk 'Bintang Yang Terang'?? Sebab... blog ni lahir waktu malam.. Dan aku sangat suka tengok bintang waktu malam.. Yela.. Bintang boleh tengok waktu malam ja.. Haha.. Bila Kita melihat bintang yang terang dan bersinar, itu mengingatkan kita kepada Pencipta langit dan bumi.. Pencipta Yang Maha Agung.. Betapa indahnya ciptaan Allah.. Apabila melihat bintang di waktu malam, memberikan aku ketenangan sambil melayari kenangan² silam.. Layan perasaan la tu.. Haha

Siapa aku? Hanyalah seorang hamba Allah yang kadang² lalai dengan nikmat dunia.. Seorang hamba yang mengharapkan pengampunanNya dan keredhaanNya..

Apa lagi nak tulis dalam entri 1st ni? Erm... Takda apa lagi kot sebab nak kena tidur awal malam ni.. Esok pagi kena pi sekolah untuk jaga exam STPM.. So, Selamat Malam (",)

Tiada ulasan: