TINGGALKAN LINK ANDA DI SINI (",)

Memaparkan catatan dengan label Cikgu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cikgu. Papar semua catatan

Isnin, 21 Mac 2011

Guru Generasi ke Generasi

Kanan (Baju Merah) : Cikgu Elias.. Abahku
Kiri (Baju Hijau) : Cikgu Sulaiman

Sabtu, 19 Mac 2011

ANALISIS PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER 1

Berikut adalah analisis keputusan Peperiksaan Pertengah Semester 1/2011 bagi kelas yang cikgu ajar (1A1, 1A2, 1A4, 1A5 & 1A10). 

Gred mengikut kelas

A - 75 hingga 100
B - 60 hingga 74
C - 50 hingga 59
D - 40 hingga 49
E - 0 hingga 39
TH - Tidak Hadir

Bilangan pelajar mendapat A mengikut kelas

Bilangan pelajar mendapat B mengikut kelas

Bilangan pelajar mendapat C mengikut kelas

Analisis keseluruhan

Tahniah kepada semua pelajar yang telah mendapat keputusan yang cemerlang. Jangan berpuas hati dengan apa yang telah kamu dapat kerana masih banyak lagi cabaran yang akan datang. Tingkatkan usaha untuk lebih cemerlang. 

Kepada pelajar yang tidak mendapat keputusan yang baik, lipat gandakan usaha untuk mengecapi kecemerlangan. Ingatlah bahawa, TIADA YANG MUSTAHIL dan JANGAN PUTUS ASA.

Ahad, 6 Mac 2011

Good Luck

All the best buat semua pelajar SMK Sultan Badlishah yang sedang menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester 1/2011..

Daun palas buah duku..
Jangan malas baca buku..

Pak Samad sedang mengaji..
Selamat membuat ulang kaji..

GOOD LUCK!

Isnin, 21 Februari 2011

Hormat guru anda

Apakah perbezaan antara pelajar cemerlang dengan pelajar kurang cemerlang? Pada pandangan saya, bezanya ialah “Hormat kepada Guru“.

Berdasarkan pemerhatian saya, pelajar cemerlang sangat menghormati guru mereka. Perkara paling mudah untuk menunjukkan rasa hormat kepada guru ialah dengan mendengar dengan teliti semasa guru bercakap. Fokuskan tumpuan anda kepada apa yang guru sedang katakan. Jangan mencelah selagi guru belum habiskan kata-katanya. Sekiranya ingin mencelah, minta izin terlebih dahulu.
Walaupun kadangkala anda tidak faham apa yang guru anda katakan, bersabar dan teruskan mendengar dengan teliti. kemudian, tanya guru anda apa yang anda masih kurang faham. Kadang-kala guru tidak melayan soalan anda kerana mengejar masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Jadi, anda tanya guru anda di luar waktu kelas. Guru selalunya akan merasakan anda amat bersungguh-sungguh dalam pelajaran jika anda bertanya tentang pelajaran di luar waktu kelas. Jadi, mereka akan lebih mesra melayan soalan anda.
Jika anda masih kurang jelas mengapa hormat kepada guru itu penting, bayangkan anda hendak mengajar dua adik atau sesiapa yang lebih muda daripada anda. Adik yang pertama sentiasa mendengar penerangan anda dengan teliti. Dia fokuskan perhatian kepada anda dan bercakap dengan anda dengan nada yang sopan.
Adik kedua pula tidak pernah fokus kepada anda. Kadangkala bila anda menerangkan sesuatu kepadanya, dia akan lihat ke arah lain, bermain dengan pensel, atau sibuk makan gula-gula. Kemudian, dia bising bila tak faham cara anda mengajar. Dia juga kadangkala bercakap kasar dan memberikan komen yang menyakitkan hati.
Soalan saya, adik yang manakah akan anda ajar dengan bersungguh-sungguh? Senang untuk menjawab soalan ini bukan? Jadi, jika pelajar yang tidak fokus, biadap dan suka membuat bising di dalam kelas tidak dipedulikan oleh guru, adakah itu pelik? Fikirkan…..

Adab bersama guru


Di dalam Islam kedudukan guru adalah amat tinggi. Guru merupakan pembimbing dan penasihat umat. Jika tiada guru maka manusia akan menjadi haiwan lantaran tidak ada pengajaran dan bimbingan. Oleh kerana itu Islam sangat mengambil berat tentang guru. Sesiapa yang memuliakan guru bererti ia memuliakan Rasul, sesiapa yang memuliakan Rasul bererti memuliakan Allah dan sesiapa memuliakan Allah syurgalah tempat kediamannya. Sebaliknya jika seseorang menderhakai guru bererti ia menderhakai Rasul. Barang siapa yang menderhakai Rasul bererti ia memurkai Allah. Sesiapa yang memurkai Allah maka nerakalah tempatnya. Oleh kerana itu seorang pelajar mestilah memelihara adab-adab bersama guru. 


Adab-adabnya antara lain adalah seperti berikut:

1.      Memberi salam dan sentiasa hormat kepada guru. 
2.      Duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang. 
3.      Jika ingin bertanya minta izin terlebih dahulu. 
4.      Cari masa yang sesuai untuk bertanya. 
5.      Sentiasa menampakkan sikap menerima pendapat guru. 
6.      Hindari daripada menyinggung perasaan guru. 
7.      Memberi bantuan kepada guru apa yang dapat dibantu. 
8.      Lakukanlah apa yang paling disenangi oleh guru. 
9.      Bercakap dengan baik dengan guru, dengan menggunakan bahasa yang baik. 
10.  Tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan guru.

Dalam penulisan agung “Ihya’ `Ulum al-Din” karangan Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali, beliau telah membuat satu garis panduan adab pelajar dalam menuntut ilmu. Dalam penulisannya, beliau telah mengenalpasti 10 panduan yang boleh dijadikan asas pedoman kepada para pelajar. Asas-asas ini perlu dihayati dan dicernakan dalam diri para pelajar dalam usaha mereka menuntut ilmu sama ada di peringkat rendah atau di peringkat pengajian tinggi.

Pertama, menjauhi perkara-perkara yang boleh merosakkan akhlak yang murni, kerana ilmu amat mudah mendekati orang yang baik budi pekertinya dan jiwa yang sentiasa bersih dan tenang. Sekiranya, hati seseorang itu dicemari dengan elemen-elemen yang negatif yang boleh merosakkan kemurnian hati dan jiwa menyebabkan pelajar tersebut sukar untuk menguasai ilmu. Ini kerana secara prinsipnya, ilmu itu bersifat suci. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang musyriq itu najis” (at-Taubah:28).

Istilah najis yang dijelaskan oleh al-Quran merupakan simbolik yang mengertikan sifat kotor tersebut mesti dijauhi dan dihindari disebabkan sifat tersebut boleh merosakkan manusia.

Kedua, para pelajar disarankan tidak terlalu terikat dengan hal-hal keduniaan yang berkecenderungan melalaikan fikiran daripada menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran. Unsur-unsur ini boleh menyebabkan pelajar tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya sebagai pelajar yang hakiki dan memalingkan fikirannya dalam usaha menuntut ilmu. Hal ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran yang bermaksud:

“Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua organ hati dalam rongganya” (al-Ahzab:4).

Oleh yang demikian, sekiranya fikiran para pelajar dipengaruhi oleh elemen-elemen yang boleh mencemari mentalitinya menyukarkan untuk mengetahui hakikat ilmu. Menurut Imam al-Ghazali, “Seseorang itu tidak dapat menguasai ilmu secara sebahagian, melainkan ia memberi perhatian dan tumpuan yang sepenuhnya”. Beliau memberi perumpamaan terhadap pemikiran yang dipengaruhi oleh hal-hal yang tidak berkait dengan ilmu seperti air yang mengalir dari sungai kecil, sebahagiannya diserap oleh tanah dan sebahagian lagi diserap oleh udara sehingga tidak ada lagi yang sampai ke ladang.

Ketiga, para pelajar tidak boleh bersikap angkuh dan bongkak terhadap golongan intelektual dan guru. Adalah menjadi kewajipan pelajar untuk menyerahkan segala urusan berkaitan ilmu dan mematuhi serta menghormati guru seperti orang sakit yang mematuhi arahan dan nasihat doktor. Para pelajar dituntut bersifat rendah diri, baik sangka dan setia kepada guru serta sedia menawarkan perkhidmatan kepadanya. Oleh yang demikian, pelajar tidak boleh bersikap sombong dengan guru seperti tidak mengambil manfaat ilmu yang disampaikannya dengan alasan antaranya, beranggapan guru tersebut tidak mempunyai kelayakan akademik yang tinggi. Sikap seperti ini menunjukkan kebodohan dan kedangkalan pemikiran yang ada dalam diri seseorang pelajar. Sebaliknya, para pelajar seharusnya merasa terhutang budi terhadap guru yang mencurahkan ilmu yang memandunya ke arah kebenaran.

Keempat, orang yang bersifat tekun dalam menuntut ilmu pada tahap awalnya perlu mengelakkan diri mendengar perselisihan dan perbezaan pendapat di kalangan manusia sama ada yang melibatkan ilmu keduniaan atau ilmu akhirat. Secara rasionalnya, ia boleh mengelirukan pemikirannya terhadap disiplin ilmu yang baru dipelajarinya dan membantutkan usahanya untuk membuat penyelidikan yang mendalam. Namun begitu, bagi seseorang yang telah menguasai sesuatu bidang disiplin ilmu secara mahir dan mendalam tidak menjadi halangan untuk mengkaji perbezaan pendapat tentang sesuatu perkara. Ini kerana, perbezaan pendapat tentang sesuatu perkara merupakan salah satu daripada metodologi medan penyelidikan ilmu.

Kelima, seseorang pelajar tidak boleh meninggalkan sesuatu disiplin ilmu yang terpuji melainkan ia telah mempertimbangkan dengan sebaik mungkin. Sekiranya faktor usia mengizinkan untuk menuntut ilmu, ia harus mengambil peluang untuk meningkatkan kepakarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Sebaliknya jika faktor usia menjadi kekangan terhadap usaha menimba ilmu pengetahuan maka seseorang itu perlu mengetahui perkara asas dan penting dalam ilmu yang dikuasainya berdasarkan kemampuannya.

Keenam, tidak memaksa untuk menguasai semua disiplin ilmu secara sekaligus. Tindakan yang bijak ialah dengan menguasai sesuatu bidang ilmu itu mengikut tahap dan tingkatan ilmu berdasarkan kemampuan dan keupayaan yang ada pada diri seseorang. Kompetensi yang ada pada manusia adalah terbatas oleh pelbagai faktor dari aspek pengalaman, realiti semasa, kepakaran dan keupayaan mentaliti seseorang.


Ketujuh, seseorang tidak boleh mencampuradukkan sesuatu cabang ilmu sebelum menguasai dan memahami dengan mahir cabang ilmu yang sebelumnya. Ini kerana tertib dalam ilmu adalah tersusun dan berkait rapat antara satu sama lain. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang pelajar memahami sesuatu ilmu dengan tertib dan tersusun maka ia dapat menguasai sesuatu konsep ilmu dengan baik. Pemahaman manusia tentang konsep ilmu akan lebih sempurna dan konsisten jika setiap cabang ilmu dihadam dan dicernakan mengikut tahap-tahap dan fasa yang tersusun dan terancang.

Kelapan, seseorang pelajar perlu mengetahui hakikat dan objektif sesuatu disiplin ilmu yang dipelajari. Ia bertujuan untuk menilai sesuatu kepentingan ilmu dan faedahnya kepada para pelajar supaya ilmu tersebut dapat diaplikasi dalam kehidupan dan memberi manfaat kepada masyarakat. Matlamat utama ilmu yang dipelajari itu tidak bertentangan dengan syariat dan membawa kemudharatan kepada umat manusia.

Kesembilan, para pelajar perlu bersikap ikhlas dalam menuntut ilmu. Kepentingan nilai ikhlas bertujuan untuk membersihkan jiwa seseorang yang bersifat riak dan takabur sesama manusia. Hakikatnya, manusia yang berilmu memiliki jiwa yang bersih dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Meskipun manusia dituntut menguasai ilmu-ilmu agama, namun ilmu-ilmu yang berkaitan dengan keduniaan tidak boleh diabaikan, kerana ia sebahagian daripada fardhu kifayah. Dalam era globalisasi ini, ilmu yang dikategorikan sebagai fardhu kifayah sangat penting bagi masyarakat Islam kerana ia dianggap sebagai satu kemaslahatan ( keperluan ) yang perlu dikuasai oleh umat Islam. Sekiranya manusia mengabaikan bidang disiplin ilmu ini menyebabkan umat Islam ketinggalan dalam zaman yang serba canggih. Dalam al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud:
“ Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (al-Mujadalah:11)


Kesepuluh, setiap pelajar perlu mengetahui perkaitan ilmu yang dipelajari bertujuan supaya mengutamakan keperluan ilmu yang perlu didahulukan daripada ilmu yang berbentuk sampingan. Keutamaan ilmu ini penting kerana ia dapat mengukuhkan pemahaman pelajar tentang sesuatu perkara. Di samping itu, ia menjadi asas utama untuk mempelajari disiplin ilmu yang lain disebabkan ia mempunyai kesinambungan di antara satu cabang ilmu dengan disiplin ilmu yang lain.

Berdasarkan garis panduan yang telah diberikan oleh Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali dalam kitabnya “Ihya’ `Ulum al-Din” diharapkan dapat memberi pedoman yang berfaedah kepada mereka yang bergelar pelajar. Mutiara kata-kata yang dicurahkan oleh ulama’ silam perlu diambil perhatian dan diamalkan oleh individu yang bergelar pelajar, agar ilmu yang dipelajari diberkati oleh Allah dan dapat memberi faedah besar kepada umat sejagat. 


AKHLAK yang CEMERLANG melahirkan PELAJAR yang CEMERLANG
Jadilah PELAJAR yang TERPELAJAR..bukan PELAJAR yang KURANG AJAR..
Jadilah PELAJAR yang BERADAB..bukan PELAJAR yang BIADAB

Khamis, 17 Februari 2011

Cara Belajar Matematik

PERTAMA
Kalau nak kuasai sesuatu subjek, perkara pertama anda perlu lakukan ialah kena SUKA mata pelajaran tu. Habis, kalau kita dah memang tak suka macam mana? Caranya, mula-mula buat-buat macam anda sukakan subjek tu. Maksudnya anda cuba untuk sukakan subjek tu. Kemudian, mula buat latihan sedikit demi sedikit. Tak perlu terus mula dengan latihan yang banyak untuk mengelakkan anda stress. Bila dah stress, anda akan kata "susahnya math ni"..


KEDUA
Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Semakin banyak latihan anda buat, anda akan jadi semakin cekap.


KETIGA
Matematik adalah mata pelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu, maksud cikgu, cuba latih menjawab dengan secepat mungkin.

KEEMPAT
Anda perlu HAFAL SIFIR!
Cikgu tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Alah cikgu..pakai kalkulator ja.. Tapi, tahu tak, kalau anda membiasakan diri menggunakan kalkulator, ianya akan melemahkan kecekapan mengira.
Maksud cikgu, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 6 x 6 dan berapa 12 x 9. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada calculator, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.
KELIMA
Anda perlu ada azam dan kemahuan untuk jadi hebat dalam subjek matematik. Jika anda kisah tidak kisah, sukar untuk anda kuasai subjek ini. 

Credit to Cg Rosmah

Isnin, 14 Februari 2011

(2.6) Multiples

 
*******************************************************

 
 

Ahad, 13 Februari 2011

(2.5) Prime Factor

Previous lesson we learn what is factor and how to determine factors of a given number. A factor of a given number is the number that can be divided with the given number exactly.

Based on the factors of given number, we can determine the prime factors of the given number.
But, did you know what is prime factor?


By using this method, you have to list out all the factors of 28.
Based on the factors that you obtained, determine which number is the prime number.
2 and 7 are prime number.
Therefore, it means that 2 and 7 are the PRIME FACTORS of 28.

Beside that, you can use algorithm method whereby you use prime number as the divisor.
The rule is, you have to divide the given number with the smallest prime number (exact division) until you get 1.


NOTE:
28 divide with 2 (smallest prime number) you will get 14.
Then, 14 divide with 2 = 7
7 divide with 7 because 7(divisor) is the smallest prime number that can be divided to obtain exact division.
Derive your calculation until you get 1.


In order to determine whether a prime number is a prime factor of a given number, just divide the given number with the given prime number. If there is exact division, then it is a prime factor of the given number.


But, if you did not get exact division (you get remainder), then it is not a prime factor of the given number.


 ~  MATH is EASY  ~

Jumaat, 11 Februari 2011

Sumber Inspirasi

Kenal tak siapa insan yang hensem di atas ni? Tak kenal? Mai aku nak kenalkan kepada semua..
Beliau adalah guru kelas aku masa aku darjah 6 (6 Anggerik tahun 1998) semasa aku menuntut di SK Sungai Ular. Nama beliau ialah Hj. Alias bin Hj. Saad. Sekarang beliau merupakan PK Pentadbiran di SK Junjung.
Ditakdirkan aku dapat contact semula dengan guru yang pernah berjasa pada aku. Guru yang pernah memberi semangat kepada aku untuk terus maju. Guru yang pernah mencungkil bakat aku. Guru yang pernah mengajar aku untuk menjadi insan yang berjaya. Sedikit sebanyak beliau juga telah menjadi sebahagian dalan sejarah hidup aku.

Siang tadi aku berchatting dengan beliau. Sempat juga aku berkongsi cerita dengan beliau. Mulanya aku ingat beliau dah lupa aku. Maklum la aku ni dulu seorang pelajar yang agak diam (betul ka??hehe). 

Apa yang aku nak kongsi bersama dalam entri kali ni ialah tentang kata-kata beliau yang telah menyuntik semangat aku untuk menjadi seorang pendidik.



Terima kasih cikgu. Jasa cikgu sentiasa saya kenang. Kata-kata cikgu sentiasa saya ingat. Tanpa cikgu, saya tidak mungkin akan bergelar pendidik sekarang ini. (",)

(2.4) Factors


********************************************************




Note that the number will be repeated. Thus, stop at 4 X 7.

 

(2.3) Prime Numbers





How to memorize all the prime numbers?
What you can do is do a list of prime numbers and make it as poem or a song. 
There are many ways to memorize it.
Math is fun (",)

(2.1) Number Patterns & Sequences





Sabtu, 29 Januari 2011

3 hari 2 malam di Gunung Jerai (Part 2)


PERKHEMAHAN KEPIMPINAN DI GUNUNG JERAI Anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Sultan Badlishah

28 JANUARI 2011
Para pelajar bangun seawal 5 pagi untuk bersiap menunaikan solat Subuh secara berjemaah dengan para fasilitator. Guru-guru menyediakan sarapan untuk para pelajar. Menu sarapan pada pagi ini adalah nasi lemak. Berselera para pelajar menjamu selera sehingga nasi lemak tidak mencukupi. Guru-guru terpaksa memasak nasi goreng untuk para fasilitator. Selesai makan pagi, para pelajar dibawa oleh pihak Perhutanan untuk jungle tracking. Mereka diperkenalkan dengan pelbagai tumbuhan dalam hutan sepanjang aktiviti ini.

Setelah selesai aktiviti jungle tracking, para pelajar menjamah makan tengah hari. Pada jam 1 petang, semua pelajar lelaki dibawa turun dengan menaiki van untuk menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan. Pelajar perempuan pula berkumpul dengan fasilitator untuk tazkirah sebelum menunaikan solat Zohor.

Selesai solat Zohor, para pelajar berkumpul untuk aktiviti yang seterusnya yang telah dirancang oleh pihak PERHILITAN. Selepas aktiviti itu, para pelajar diberi masa untuk berehat sebelum meneruskan aktiviti seterusnya. Pelajar diberi makan cucur jagung untuk makan petang. Selesai solat Asar, para pelajar berkumpul untuk aktiviti yang diberi nama 'Gua'. Semua pelajar perlu menutup mata dan mengikut arahan para fasilitator. Para pelajar tidak tahu ke mana mereka dibawa. Fasilitator memberitahu para pelajar bahawa mereka akan dibawa ke sebuah gua. Para pelajar perlu berpandukan tali yang telah diikat sehingga sampai ke destinasi. Aktiviti ini memupuk semangat keberanian dalam diri setiap pelajar. Mereka perlu meredah hutan dengan mata yang tertutup, menyusur di bawah titi dan merangkak di dalam 'gua jadian'.

Selepas solat Maghrib, para pelajar seperti biasa diberi tazkirah oleh pihak PERHILITAN sementara menunggu waktu Isyak. Selepas solat Isyak, para pelajar diberi masa untuk makan malam. Kemudian, pihak PERHILITAN memberi ceramah mengenai jabatan PERHILITAN. Tepat jam 11 malam, aktiviti 'Jasa Bonda' iaitu aktiviti untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang besarnya jasa ibu bapa. Alunan muzik dan video yang dipaparkan bukan sahaja menyentuh perasaan pelajar malahan para guru turut menitiskan air mata. Apabila muzik ditamatkan, guru-guru memeluk para pelajar untuk menenangkan mereka. Aktiviti malam ini berakhir pada jam 12.15 malam. Sebelum pelajar masuk tidur ke khemah masing-masing, pelajar diberi minum malam.

Jumaat, 28 Januari 2011

3 hari 2 malam di Gunung Jerai (Part 1)


PERKHEMAHAN KEPIMPINAN DI GUNUNG JERAI Anjuran Unit Biimbingan & Kaunseling SMK Sultan Badlishah

27 Januari 2011
Seramai 30 orang pelajar yang terdiri daripada 21 perempuan dan 9 lelaki mengikuti program ini. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Sultan Badlishah untuk memupuk semangat kepimpinan khususnya untuk pengawas sekolah, pengawas asrama dan pengawas pusat sumber. Program ini diiring oleh 5 guru perempuan dan 2 guru lelaki.

Kami bertolak dari sekolah pada jam 12.45 tengah hari dengan menaiki bas sekolah. Kami tiba di kaki Gunung Jerai pada jam 2.15 petang. Semua pelajar dan guru menunaikan solat Zohor terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke tapak perkhemahan. 4 orang guru menaiki van untuk menuju ke tapak perkhemahan. Manakala semua pelajar diiring oleh 2 guru lelaki dan seorang guru perempuan berjalan kaki sejauh lebih 10 km menuju ke tapak perkhemahan tersebut. Barang-barang seperti beg pakaian dan juga makanan dibawa oleh sebuah lagi van yang disewa khas.

Dengan cuaca yang dingin, mengurangkan rasa penat yang melancarkan perjalanan untuk mendaki gunung tersebut. Pada mulanya pelajar berjalan dalam satu kumpulan yang besar. Namun, setelah suku perjalanan, terdapat sekolompok pelajar yang kepenatan. Oleh itu, kumpulan yang besar itu berpecah untuk meneruskan perjalanan. Guru perempuan mengiringi kelompok pertama meneruskan perjalanan. Kelompok di belakang dikawal oleh guru lelaki.

Hujan yang turun tidak mematahkan semangat kami untuk terus menyahut cabaran pendakian itu. Alhamdulillah, kelompok pertama tiba di tapak perkhemahan awal dari masa yang dijangkakan. Kami mengambil masa 2 jam 15 minit untuk tiba di tapak perkhemahan.

Kami membersihkan diri dan menunaikan solat Asar sebelum diberi arahan untuk mendirikan khemah. Guru-guru yang tiba lebih awal menyiapkan makanan untuk para pelajar.

Segala aktiviti untuk pelajar diserahkan sepenuhnya kepada pihak PERHILITAN untuk menguruskan dan melaksanakan aktiviti bagi memupuk semangat kepimpinan dalam diri pelajar.

Malam pertama sangat sejuk dengan angin yang sesekali menyapa dan hujan yang turun mencurah bumi. Sarung kaki dan pakaian tebal tidak memberi kesan untuk memanaskan badan. 

Selasa, 28 Disember 2010

Mathemagic (Line Calculation)

Hari ni cikgu nak kongsi cara membuat pengiraan darab kalau katakan takde kalkulator. Ada yang menggunakan bentuk lazim buat pengiraan daraab yang melibatkan nombor yang lebih dari 10 kan? Tapi kalau anda tak ingat sifir macamana? Jangan risau sebab matematik ni boleh guna macam-macam cara. Ni cikgu kongsi cara pengiraan menggunakan garisan. Teknik ni bukan cikgu yang cipta, tapi cikgu dapat dari seminar yang pernah cikgu hadir sebelum ni. Jadi, tak salahkan kita berkongsi ilmu..


Contoh: 23 X 13 = ?


Langkah 1:
Buat garisan menyerong bagi mewakili nombor-nombor tersebut. (rujuk gambar)
Langkah 2:
Silangkan kesemua garisan tersebut. (Rujuk gambar)
Langkah 3:
Tandakan titik-titik persilangan tersebut. (Rujuk gambar) 
Langkah 4:
Kira titik-titik persilangan tersebut. (Rujuk gambar)
Jadi, 23 X 13 = 299


Mudah kan? Kalau katakan anda kira titik-titik di setiap bahagian 10 atau lebih dari 10, pindahkan ke kiri.
Selamat mencuba (",)

Isnin, 27 Disember 2010

Uji Minda

Ni adalah permainan yang menguji minda. Selalu kalo aku takda idea nak buat apa dalam kelas relief, aku akan buat permainan macam ni la. Budak-budak memang suka la.. Siap berlumba-lumba lagi nak dapatkan jawapan walaupun aku hanya tawarkan RM1 je kepada sesapa yang boleh jawab. Ok.. mari kita berkongsi untuk permainan yang menguji minda ini..

Di atas ni, ada 8 kotak semuanya.. Sila isi angka antara 1 hingga 8 di setiap kotak dengan syarat nombor berturutan tak boleh bersebelahan dan nombor tak boleh berulang



Terangkan kepada student macam mana nak selesaikan permainan ni dan bagi masa untuk mereka selesaikan.


Korang pun mesti la cuba dulu sebelum nak uji kat student tu.. Kalo tak, korang taktau camana nak explain kat student.


Dan jawapannya ialah seperti di bawah:
*


*


*


*


*


*


*


*