Adakah fikir, berfikir, memikir dan pemikiran itu sama maksudnya? Adakah berfikir tu berlaku secara spontan?? Kalo korang nak tau, sebenarnya berfikir jugak ada peringkat²nya..
- MINAT
- PERHATIAN
- CADANGAN
- JUSTIFIKASI
- KESIMPULAN
- UJI
Pertama (MINAT) : Aku tengok jam dah pukul 2.18 dan aku berfikir yang aku dah lewat nak jumpa kawan. Aku janji nak jumpa pukul 2.30 petang. (Camana la boleh terlajak tidur pulak ni)
Kedua (PERHATIAN) : Macam mana nak sampai nak sampai library tepat jam 2.30 petang ni?? Kereta adik aku guna. Yang ada cuma motor kapcai. Aku ni start motor pun tak pandai.
Ketiga (CADANGAN) : Naik basikal? Naik bas? Tepon je kawan tu datang amik?
Keempat (JUSTIFIKASI) : Kalau naik basikal, nanti naik bukit jenuh nak kayuh. Kalau naik bas, sejam satu belum tentu nak lalu depan umah ni. Tepon kawan tu datang amik? Ishh.. Kang dia melenting pulak.
Kelima (KESIMPULAN) : Pertimbangan terakhir tepon kawan tu bagitau tak dapat pergi. Keh keh keh
Keenam (UJI) : Ring..ring..ring.. "Hello bhai.. Gua tak dapat jumpa lu la petang ni. Tiba-tiba perut gua ni memulas-mulas ja. Masuk kali ni dah 13 kali gua masuk tandas. Pruutttt.. Hah, lu dengar tu. Gua minta maap la. Gua nak sambung ativiti pelaburan gua ni"
Situasi di atas ni takda kena mengena ngan aku. Ni aku bagi contoh saja. Dari situasi di atas ni, bermakna pemikiran atau berfikir tu bukan suatu aktiviti spontan. Tapi, berfikir tu melibatkan proses kognitif yang terancang, bermatlamat, berperingkat-peringkat dan mempunyai kawalan yang digunakan leh seseorang untuk menjustifikasikan sesuatu perkara (Chaffee,2000). Berfikir ni melibatkan pemikiran yang kritis dan kreatif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan