TINGGALKAN LINK ANDA DI SINI (",)

Isnin, 13 Disember 2010

Lupa atau Tak Ingat?


Tepat jam 5.50pagi telefon bimbitku bersuara riang menyanyikan lagu yang aku sendiri tak pasti.. Tapi aku biar buat tak tau ja.. Kau nak nyanyi, nyanyi la.. Jangan bising kat telinga aku.. Lagi lama dia berlagu, lagi tinggi selimut aku menutupi muka..

ALLAHHUAKBAR..ALLAHHUAKBAR... Laungan azan berkumandang.. Akhirnya aku tewas dengan laungan yang syahdu itu. Lantas aku bergerak menuju ke bilik air...
Setelah selesai menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim, aku pun meng'iron' baju kurung. Baju kurung biru menjadi pilihanku pada hari ini. Tudung pilihanku pulak PURPLE.. Yeah.. itulah warna feveret aku sejak berusia 16 tahun. Siap meng'iron', aku bersiap² untuk menjalankan tugas di sekolah. Compact powder Silky Girl yang aku beli sudah hampir setahun tak habis-habis dipakai, disapu di muka. Secalit lipstik yang nipis dicalit di bibir.. Ringkas..
Minuman susu coklat Anlene dan biskut Munchy menjadi pilihan sarapanku. Cukup sekadar melapik perut. Dan paling tidak dilupakan satu cup INTRA setiap pagi..
Selesai sarapan, barulah aku kalut membelek fail nak tengok jadual STPM untuk pagi ni.. Tiba² mata terpandang pada helaian² kertas...

----

---

--
--
-
-
-
-
-
.

LAPORAN ORIENTASI GURU BARU

Astaghfirullahalazimmmm...macam mana boleh tak ingat ni. Laporan orientasi tak siap lagi. Cuti dah sebulan.. Tapi laporan takda perkembangan lagi. Adoyai.. Ni kes LUPA ka TAK INGAT?? Nampaknya terpaksa kuburkan angan² nak meronggeng bersama kawan²..

Tiada ulasan: