TINGGALKAN LINK ANDA DI SINI (",)

Selasa, 28 Disember 2010

Saya Blogger Kedah


Walaupun aku dah tau aku terlepas dari tarikh yang ditetapkan, aku tetap nak buat entri ni.. Hahaha.. Ade aku kisah? Nape admin BPM limit sehari je untuk post entri tu? Huhu.. Sedih tau.. Sob sob.. Baru baca pagi tadi.. Baru tau yang ada Sahabat Blog ikut negeri ni.. Wahai admin BPM.. Tolonglah jangan abaikan entri aku ni.. Huwaaa... Nak nangis pastu lari laju2.. Hehehe.... Ketahui maklumat lanjut? KLIK SINI (Blog Pilihan Malaysia)




Siapa nama?
~ Nama dalam IC dan surat beranak Noor Elhidayah bt Elias.. Tapi kawan2 panggil eL.. 


Status?
~ Bujang tapi dah ada anak.. anak tekak.. anak mata.. keh keh keh


Cara hubungi?
~ Jerit kuat2 kat Blackberry aku kat sidebar tu..


Daerah?
~ Erm.. selatan Kedah.. tau kan?? Daerah yang sedang berkembang dan akan terus berkembang.. 


Tempat tinggal?
~ Mesti la tinggal dalam rumah.. takkan nak duduk dalam gua kan?? hehehe.. Nak bagitau latitud mana longitud mana nanti jenuh nak cari peta pulak kan..


Apa yang menarik kat tempat ni?
~ Erm... aku pun tak pasti apa yang menarik kat sini. Yang aku tau tempat aku ni cukup selesa sebab lengkap segala kemudahan.. Owh.. ada kot.. Kulim Hi Tech.. (oppsss dah tau kan daerah mana).. Sini banyak jugak pelancong asing.. keh keh keh.. Pekerja asing banyak kat Hi Tech tu.. almaklum la kan tempat mencari rezeki



Mathemagic (Line Calculation)

Hari ni cikgu nak kongsi cara membuat pengiraan darab kalau katakan takde kalkulator. Ada yang menggunakan bentuk lazim buat pengiraan daraab yang melibatkan nombor yang lebih dari 10 kan? Tapi kalau anda tak ingat sifir macamana? Jangan risau sebab matematik ni boleh guna macam-macam cara. Ni cikgu kongsi cara pengiraan menggunakan garisan. Teknik ni bukan cikgu yang cipta, tapi cikgu dapat dari seminar yang pernah cikgu hadir sebelum ni. Jadi, tak salahkan kita berkongsi ilmu..


Contoh: 23 X 13 = ?


Langkah 1:
Buat garisan menyerong bagi mewakili nombor-nombor tersebut. (rujuk gambar)
Langkah 2:
Silangkan kesemua garisan tersebut. (Rujuk gambar)
Langkah 3:
Tandakan titik-titik persilangan tersebut. (Rujuk gambar) 
Langkah 4:
Kira titik-titik persilangan tersebut. (Rujuk gambar)
Jadi, 23 X 13 = 299


Mudah kan? Kalau katakan anda kira titik-titik di setiap bahagian 10 atau lebih dari 10, pindahkan ke kiri.
Selamat mencuba (",)

Punca Laser Akhirnya Terbongkar

Akhirnya setelah disiasat ke akar umbi, pihak berkuasa telah berjaya membongkar punca laser yang dikatakan menjadi sebab kekalahan Indonesia di tangan Malaysia pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki. Patut la Indonesia takleh nak terima.. Gempar abis Bukit Jalil pada malam tersebut. Dan inilah dia puncanya... jeng jeng jeng


Ultraman datang menyelamatkan Malaysia.. keh keh keh.. Sapa la yang buat gambar ni.. hahahaha..

Apa-apa pun risau untuk perlawanan akhir kedua nanti. Apalah nasib pasukan negara kita. Mesti pihak lawan akan membalas balik. Ishh.. Sapa la yang punya keja suluh laser tu? Tak matang betul.. Rasa nak amik laser tu ketuk-ketuk kat kepala dia.. hahaha

Isnin, 27 Disember 2010

Bila Gitar Dipetik

 
Gambar ni membe aku upload kat FB. Meh aku cerita sikit pasal gambar ni.. haha.. Yang main gitar tu yang tengah tu aku.. hahaha.. Yang sebelah kiri tu Shyba dan sebelah kanan Enon.. Yang ayu kat belakang tu Aqilah dan nampak rock main drum tu Yati.. Hehehe... Nak tau camana bleh tercetusnya idea tubuhkan band ni? Mulanya aku saja syok2 belajar main gitar.. Aku saja nak perangat Yati, aku post status kat FB yang aku belajar main gitar.. Yati punya semangat, siap dah beli gitar nak belajar sama2.. Kawan2 yang lain pun turut terpengaruh.. Aku dah belajar la sikit2 kod gitar ni ngan adik bongsu aku. Tapi aku ni hangat2 tahi ayam ja.. Bukan apa.. Sakit jari ni nak belajar main gitar.. Abih kematu jari aku. Last2 aku give up. Malas la nak belajar.. Aku nak nyanyi je la.. Korang yang lain je la main gitar..Tunggu semangat ayam aku datang baru aku belajar balik petik gitar tu.. OK? hehe

Uji Minda

Ni adalah permainan yang menguji minda. Selalu kalo aku takda idea nak buat apa dalam kelas relief, aku akan buat permainan macam ni la. Budak-budak memang suka la.. Siap berlumba-lumba lagi nak dapatkan jawapan walaupun aku hanya tawarkan RM1 je kepada sesapa yang boleh jawab. Ok.. mari kita berkongsi untuk permainan yang menguji minda ini..

Di atas ni, ada 8 kotak semuanya.. Sila isi angka antara 1 hingga 8 di setiap kotak dengan syarat nombor berturutan tak boleh bersebelahan dan nombor tak boleh berulang



Terangkan kepada student macam mana nak selesaikan permainan ni dan bagi masa untuk mereka selesaikan.


Korang pun mesti la cuba dulu sebelum nak uji kat student tu.. Kalo tak, korang taktau camana nak explain kat student.


Dan jawapannya ialah seperti di bawah:
*


*


*


*


*


*


*


*

Mathemagic (",)



1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321


***************************************************************************************
1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

Ahad, 26 Disember 2010

500 BLOG!


Boleh ke aku nak join 500 blog ni? Macam menarik.. hehe.. utk maklumat lanjut boleh KLIK SINI

Ok baiklah.. Ni serba sedikit tentang diri aku...

Nama penuh Noor Elhidayah bt Elias. Dilahirkan di Selama, Perak.. Dan dibesarkan di Kulim, Kedah..

PMR di SMK Sultan Badlishah tahun 2001.. SPM di MRSM PDRM tahun 2003..
Pastu sambung study kat UiTM Shah Alam untuk Diploma dan Degree Perakaunan.
Pernah bekerja di audit firm selama 7 bulan dan kemudian berkhidmat sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) selama 5 bulan..

Kemudian, sambung DPLI di UPSI.. Dan sekarang sudahpun posting di negeri sendiri dan yang paling menarik mengajar di SMK Sultan Badlishah iaitu sekolah tempat aku menuntut ilmu dulu.. Pengetua masih pengetua yang dulu, dan ramai lagi cikgu2 aku kat situ. Erm.. tu la serba sedikit pasal aku..

Kenapa aku jadi blogger? Sebab mula2 aku minat baca blog orang dan sejak pertengahan Disember (esok genap 2 minggu) aku buat blog ni sebab nak cuba menulis. Dalam masa yang sama untuk mengisi masa lapang..

Sekian... (",)

Sabtu, 25 Disember 2010

Pemburu dan seekor buaya yang tidak berdosa



Pada suatu hari, ada seekor seorang pemburu ingin memburu buaya di sebatang sungai yang menjadi tempat penginapan para buaya. Dipendekkan cerita, pemburu itu menembak seekor buaya betina yang sedang bertenggek di tepi sungai tersebut. Pemburu itu berjoget-joget kerana telah berjaya menumpaskan buaya itu hanya dengan satu tembakan. Dia pun meluru ke arah buaya betina yang sedang nyawa-nyawa ikan. Lalu, dibelahnya perut buaya tersebut. Tiba-tiba, alangkah terkejutnya pemburu itu kerana mendapati dalam perut buaya itu ada anak buaya yang turut menjadi mangsa kekejamannya. Pemburu itu terfikir... yang mana mati dulu? Mak buaya atau anak buaya??
*
*
*
*
*
*
Kalau korang bijak, yang mana mati dulu? Mak buaya atau anak buaya?
*
*
*
*
*
*
*
*
Jawapannya: Tak perlu la fikir yang mana mati dulu sebab buaya tak beranak.. Buaya kan reptilia.. Haiwan reptilia bertelur. Mana mungkin ada anak dalam perut mak buaya tu (",)

Jumaat, 24 Disember 2010

Mengingati Mati Cara Terbaik Manusia Nasihat Diri Sendiri


Keseronokan hidup di dunia akan tergugat dengan datangnya Izrail yang mencabut roh dari jasad dan berakhirlah segala kenangan mengenai si polan yang dikasihi. Mati membuktikan kepada manusia bahawa sebenarnya ia tidak pernah memiliki sesuatu pun. Mati juga membangunkan kita daripada angan-angan yang panjang mengenai nikmat hidup yang tidak bererti tanpa sifat berkekalan.

Dunia adalah permainan dan kehidupan sebenarnya bermula di akhirat, konsep percaya kepada alam barzakh iaitu hari kebangkitan yang mampu meneydarkan manusia untuk bertanggungjawab dalam menjalani kehidupan. Mustahil bagi manusia mengetahui empat hal ghaib; kelahiran dan kematian, rezeki, amal dan kesudahan hidupnya sama ada celaka atau bahagia yang terpatri di luh mahfu. Empat rahsia itu tersimpan di bank data ciptaan Allah Yang Maha Mengetahui dengan pengetahuan yang tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia biasa kerana manusia dicipta dengan akal fikiran yang terbatas.

Penerokaan akalnya tak akan dapat menjawab persoalan bilakah kelahiran dan kematian berlaku, supaya ketakutan dan pengharapan kepada Allah sentiasa hadir pada nalurinya yang paling tajam. Supaya kekuatan iradah menerusi elemen akal, jasmani, dan rohani terus bergelojak menyahut seruan Yang Maha Mencipta memandangkan adalah dunia tempat bermujahadah untuk memenangi akhirat. Ini semua bagi menghasilkan kesedaran bahawa kita semua akan mati sebaagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud : Perbanyakkanlah olehmu mengingati mati adalah sebaik-baik kecerdasan dan kebijaksanaan seseorang. Apabila kegembiraan mencurah-curah dari hati, bolehkah kita selitkan peringatan mengenai mati, apabila cita-cita tercapai, kemewahan dikecapi, kebahagiaan tidak sudah-sudah, adakah kita ingat esok kita mati dan semua akan musnah? Berhasilkah kita menasihati diri sendiri pada saat kelalaian dan lupa daratan?

Sungguh susah kerana kita cenderung kepada tarikan cinta dunia dan takut mati. Takut mati yang diamalkan oleh kebanyakan manusia akhir zaman ialah tidak bersedia menghadapi kematian dengan persediaan amal salih, leka dengan dosa dan kekotoran yang terpalit pada siri. Menunda taubat dan menyangka masih banyak kesempatan untuk peluang terakhir padahal setiap hari berlalu tanah di perkuburan memanggil, bahkan mengancam manusia yang degil. Rasulullah SAW bersabda : Bahawasanya tidak berlalu satu hati ke atas kubur melainkan kubur berkata (kepada manusia) : Akulah rumah pengasingan, akulah rumah persendirian, akulah rumah tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat. Dan apabila dikuburkan orang yang bermaksiat dan orang yang kafir maka kubur berkata kepadanya : Tidak ada ucapan selamat datang bagimu, sesungguhnya engkau adalah orang yang paling kubenci yang berjalan di atasku. Pada hari ini segala urusanmu telah diserahkan kepadaku maka engkau akan lihat betapa aku akan membalas perbuatanmu. Lalu kubur itu menghimpitnya sehingga berselisih tualng-tulang rusuknya. (Hadis riwayat al-Tirmizi). Saat itu penilaian terhadap diri bermula tetapi penyesalan tak merubah apapun, hanya kesedran betapa ruginya meremehkan nilai sesuatu amal hatta bersedekah dengan sepotong kurma yang boleh menyelamatkan dari api nerakan. Pada masa itu akan terkenang kita peluang yang tak direbut, saat leka dengan hiburan, kemalasan dan menunda ibadat yang menjadi kebiasaan. Maka menangislah mata-mata yang tak pernah takut. Menggigil sekujur badan yang akan menanggung sakah lakunya sendiri.

Tidak pernah dalam satu hari pun kecuali pada hari itu ia berasa begitu menyesal dan berputus asa dengan keadaannya, malangnya peluang kedua sudah tiada lagi. Sebelum kedatangan maut, adakah kita mempunyai impian saat akhir kehidupan seperti merancang untuk menikmati kematian dengan tenteram, meninggalkan orang tersayang dengan reda dan paling penting kerinduan untuk bertemu dengan Allah, sesungguhnya Allah pun tidak suka bertemu dengannya. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). Pertemuan itu adalah pertemuan paling istimewa dengan panggilan istimewa nafs muthmainnah (jiwa yang tenang) dan ajakan yang mulia (kembalilah kepada Rabbmu) bahkan pelawaan yang amat berharga (masuklah ke dalam syurga-Ku) (Surah al-Fajr) Itulah impian hamba Allah mengenai kematian kerana bagi mereka bahagia bukan hanya ketika masih hidup bahkan di saat akhir pun mesti dilalui dengan perasaan bahagia dan reda.

Betapa ruginya mereka yang terperosok masuk ke dalam lubang yang digali syaitan padahal perjalan panjang yang dilaluinya sebelum ini dapat dengan mudah dilaluinya tetapi di penghujung jalan mereka terperangkap. Rasulullah SAW bersabda bermaksud : Maka demi Allah tiada Tuhan selain-Nya. Sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan amal ahli syurga tidak ada jarak antaranya dengan syurga melainkan sehasta, kemudian terdahulu ketentuan yang tertulis lalu ia mengerjakan amalan ahli neraka maka masuklah ia ke dalamnya (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). Pastikan kita melalui kematian dengan persediaan rapi, amal yang cukup, sebutan dan kenangan yang baik kerana impian kita semua adalah husnul khatimah.

INTIPATI : 
  • Tujuan Allah SWT mematikan manusia.
  • Menilai sejauh mana keikhlasan dan kebaikan amalan yang kita kerjakan semasa hidup di dunia ini kerana ada setengah kita yang melakukan sesuatu amalan itu semata-mata untuk kepentingan diri sendiri. 
  • Membuktikan bahawa Allah SWT berkuasa mematikan manusia dan makhluk yang lain tanpa mengira rupa bangsa, pangkat, tempat, masa dan ketika.
  • Menyedarkan manusia dari lalai dan lupakan Allah serta hari kiamat lantaran kerana segala kesenangan dan kemewahan yang melimpah ruah.
  • Menggalakkan kita agar sentiasa berbuat sebanyak mungkin amal kebajikan dan menjauhi kejahatan.
  • Menyedarkan kita bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara sedangkan kehidupan di akhirat adalah lebih baik dan kekal.


Hukum Memakai Tudung (Hijab)



Dari segi Bahasa Arab, kalimah ‘hijab’ membawa makna ‘halangan’. Hijab dinamakan demikian kerana ia menghalang wajah wanita daripada dipandang orang lain.
Dari segi syarak pula, hijab ialah pakaian yang diperintahkan kepada wanita memakainya untuk menutup anggota-anggota yang wajib ditutup dari sudut syarak.Hukum Memakai Hijab
Ulama bersepakat tentang diwajibkan memakai hijab ke atas setiap wanita muslimah yang telah mukallaf. Dalil kewajipan ini adalah seperti berikut:
1. Firman Allah Taala:
يأيها النبي قل لأزواجك وبناتك ونساء المؤمنين يدنين عليهن من جلابيبهن
Maksudnya: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin supaya melabuhkan ke atas mereka daripada jilbab-jilbab mereka.” (surah Al-Ahzab:59)

2. Firman Allah Taala:
وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن ويحفظن فروجهن ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها
Maksudnya: “Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman supaya mereka menundukkan daripada pandangan mereka, menjaga kemaluan-kemaluan mereka, dan jangan mereka mendedahkan perhiasan mereka kecuali apa yang zahir daripadanya.” (surah Al-Nuur 31)

Subhanallah. Pada masa kini terdapat pelbagai fesyen tudung yang boleh dipakai oleh wanita muslim.  Fesyen tudung sekarang yang mudah dipakai tanpa memerlukan kerongsang dipinkan sana sini juga turut mendorong kanak-kanak untuk memakainya. Alhamdulillah kerana ianya dapat mendidik anak-anak dari kecil lagi untuk menutup aurat.

Dalam keseronokan kita menggayakan fesyen tudung yang pelbagai, terfikirkah kita bagaimana cara pemakaian tudung yang dituntut dalama agama kita? Mari sama-sama kita renungkan..


Untuk apa kita bertudung ?
Setiap kali kita bertudung, bangkitkan persoalan dalam diri kita : Untuk apa kita bertudung ? Untuk kelihatan cantik ? Untuk dipuja-puji ? Atau untuk mentaati perintah Allah ? Jika yang terdetik dalam hati kita bertudung itu semata-mata hanya untuk selain Allah, maka bertudung itu bukan lagi sebagai ibadah yang mampu membawa kita ke syurga Allah, bahkan tudung yang cantik itu mungkin sekali membawa kita ke jurang neraka yang paling dalam. Mengapa tidak, dengan tudung yang bergaya, anda mampu menggoda pandangan lelaki yang memandangmu, membayangi setiap inci tubuhmu dan mungkin bakal meratah tubuhmu tanpa ikatan yang sah. Nauzubillah himinzalik.

Ciri-ciri keselamatan tudung ?
Jika topi keledar berfungsi untuk melindungi kepala penunggang dan pembonceng jika berlaku kemalangan, maka tudung juga berfungsi untuk melindungi bahagian tubuh wanita agar tidak dilihat lelaki ajnabi sehingga membawa kepada bencana yang bakal merosakkan tamadun manusia. Yang bakal menentukan keselamatan hidup di dunia hingga akhirat. Sedarlah sahabatku bahawa peranan tudung sangat besar untuk menjaga kepentingan kita. Jadi pastikan piawaian tudung melepasi tahap yang telah ditentukan oleh Al-Quran dan As-Sunah.

Tidak jarang
Adakah kain jarang mampu menghalang pandangan lelaki dari melihat apa yang kita sembunyikan ? Tentu tidak ! Jadi pastikan kain tudung kita cukup tebal untuk tujuan perlindungan. Minta bantuan orang lain untuk melihat tahap ketebalan kain tudung setelah anda memakainya. Jika pemerhati masih dapat melihat bayangan leher anda di sebalik tudung, maka tudung itu tidak mampu menjamin keselamatan diri dan kehormatan anda. Carilah kain yang lebih tebal dan selamat.

Menutup rambut
Rambut adalah mahkota wanita, jadi simpanlah rambut anda untuk tontonan mereka yang benar-benar berhak ke atas anda dengan akad yang sah. Ia bukan barang murahan yang dijual di kaki lima. Maka pastikan rambut anda terlindung rapi di sebalik tudung. Jika anda merasa bangga mempertontonkan jambul atau rambut yang disangka indah itu, sebaiknya anda kembali menyoal diri : banggakah aku bila orang dapat menyaksikan rambutku dibakar dengan api kelak ? Cukuplah syurga menjadi impian dan neraka menjadi pengajaran buat kita wahai sahabatku .

Menutup dada
Bab menutup dada agak mencabar dalam memilih tudung yang bersepah di pasaran. Jika anda sudah akil baligh, maka elakkan memakai tudung yang dipin ke belakang leher di hadapan lelaki ajnabi. Jika tudung tersebut menutup bahagian dada hadapan, mintalah pemerhati untuk memastikan tudung anda turut menutup bahagian tepi dada anda. Kenapa ia penting untuk anda ? Kerana dada adalah tempat pertama yang dipandang oleh mata lelaki. Jika anda ingin selamat, maka pastikan tudung anda juga mampu memberi tahap keselamatan yang tinggi untuk bahagian ini.

Menarik atau tidak
Seronoknya kalau dapat memakai tudung yang menarik. Betul tu ! Tapi simpanlah tudung sebegitu untuk dipakai di rumah dan bukan di hadapan lelaki ajnabi. Tudung yang menarik mampu menarik lebih banyak mata lelaki untuk memandang anda, dan tentu ia juga tidak selamat untuk anda. Jadi jangan memancing lelaki untuk bertindak lebih jauh tanpa ikatan yang sah (nikah). Pilihlah tudung yang kurang menarik perhatian umum yang mampu menjaga keselamatan diri dan kehormatan anda.

Bila sebenarnya kita bertudung ?
Bertudunglah dengan sebaiknya apabila wujudnya lelaki ajnabi atau perempuan bukan Islam yang mampu melihatmu. Ia tidak sekadar di jalanan, bahkan kuatkanlah dirimu untuk bertudung saat mereka wujud di dalam rumah dan tempat tinggalmu. Alah bisa tegal biasa. Yang kita perlu ikuti bukan kebiasaan ramai tapi kebenaran yang mampu membawa kita menemui Allah dengan jiwa yang aman. 

Tahukah anda ?
Jika kita memperbetulkan niat bertudung kerana Allah dan memakai tudung selamat yang mengikut syariat maka kita bukan sekadar menjadi hamba yang taat pada perintah Allah serta menjauhi laranganNya, tapi bertudung tersebut menjadi ibadah bahkan dakwah untuk mereka yang melihatnya. Subhanallah. Berubahlah sahabatku sebelum terlambat.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka meperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"



Sabtu, 18 Disember 2010

Tip Ujian (Sebelum, Semasa, Selepas)


Assalammualaikum. Hari ni cikgu nak kongsi tentang tips ujian. Sebelum ni cikgu ada post entri pasal tips ni jugak. Tapi kali ni, cikgu nak kongsi tips yang cikgu amalkan semasa zaman cikgu belajar dulu.. Dari sekolah rendah sehinggalah ke universiti.

  • Sebelum Ujian
    • Pastikan membuat ulangkaji. Seboleh-bolehnya cuba buat soalan-soalan dan latihan yang pernah cikgu bagi. Tapi, pastikan dah baca la setiap topik. Cuba baca dan faham.. BUKAN baca dan hafal. Ingat tu..
    • Kalau subjek yang melibatkan pengiraan, WAJIB buat banyak latihan.
    • Untuk subjek yang perlu membaca, sebaik-baiknya baca dan kemudian tulis balik apa yang dah dibaca. Contoh subjek Sejarah. Tulis balik tu bukan dalam ayat yang penuh. Sebaliknya, dalam bentuk peta minda. Catatkan makumat-maklumat penting tu dalam bentuk peta minda.
    • Buat nota ringkas.. Ini penting sebab sehari sebelum exam, boleh refer balik.. Takkan nak baca satu buku tu dalam masa sehari kan..
    • Sebelum masuk dewan, jangan baca lagi nota dan buku.. Cukup.. Kalau baca, nanti gelabah sebab kita akan rasa macam tak ingat apa yang kita dah baca sebelum ni. Sebelum masuk dewan ni kita perlu bertenang. Selawat berulang kali supaya dapat menenangkan diri.
    • Opss..yang paling penting, minta mak ayah doakan kita sama. Doa ibu bapa selalunya dimakbulkan.
  • Semasa Ujian
    • Duduk saja di kerusi, terus baca ayat Kursi dan al-Fatihah serta ayat penerang hati.
    • Dapat ja kertas, jangan gelabah. Tengok sekali imbas setiap soalan supaya kita boleh agak, soalan mana yang kita boleh buat dulu.
    • Jawab soalan yang mudah dahulu. Soalan yang susah dikemudiankan.
    • Siap menjawab semua soalan, semak balik setiap jawapan yang dah ditulis mana nak tau kalau-kalau ada tertinggal atau salah ejaan.
    • Kalau katakan tiba-tiba blank, jangan gelabah.. Tarik nafas dan berselawat.. InsyaAllah kita akan ingat balik apa yang kita ulang kaji sebelum ni.
    • Kalau siap awal dan exam belum tamat, jangan sekali-kali keluar awal. Tapi, semak berulang kali jawapan yang dah ditulis. Mana nak tau, tiba-tiba Allah nak gerakkan hati kita.. Eh..salah ni. Sepatutnya macam ni..
  • Selepas Ujian
    • Tak perlu berbincang dengan kawan untuk exam yang lepas. Kalau salah pun, bukannya boleh betulkan lagi. Tak pasal-pasal mempengaruhi emosi kita untuk paper yang akan datang.
Terpulang kepada pelajar-pelajar nak ikut atau tidak. Mungkin ada cara lain lagi yang berkesan. Walau apa pun, jangan lupa BERDOA.. Itu yang paling penting (",)

Jumaat, 17 Disember 2010

Contest Aku dan Generasiku



Cikgu-cikgu sekalian.. Ni ada contest khas untuk cikgu-cikgu dari CIKGU IEQA..
Macam menarik je. Cikgu eLLe pun nak join la. Tak kisah pun menang ke tak.. Saja suka-suka mengisi masa cuti sekolah ni..
Cikgu-cikgu yang lain nak join boleh klik sini


Syarat-syarat pertandingan:
  • Jadi Follower blog ieqa. (DONE)
  • Copy banner di atas dan letakkan pada entry dan sidebar blog anda serta link kan ke entry ini. *tak nak letak kat sidebar pon tak pe. Tapi wajib letak kat entry ok*  (DONE)
  • Buat satu entry tentang contest ini . Tajuk: Contest Aku dan Generasiku. (DONE)
  • Upload gambar anda bersama-sama anak didik/murid anda. [tak kisah bilangan murid tu. Sorang pun boleh ok] (DONE)
  • Tuliskan pada caption: (DONE)
1) Anda cikgu dari sekolah / IPG / IPT mana.
2) Cerita tentang gambar yang dipertaruhkan. Contoh: "gambar ni diambil masa buat praktikal / PBS di................." haa, paham tak?? hehe
  • Akhir sekali, tinggalkan link entry anda pada komen. (Jap lagi baru nak buat) 

OK.. ni la gambar yang Cikgu eLLe pilih untuk contest ni...


OPSSS... Takde cikgu ehhh... SILAP... hehe.. yang bawah ni.. Amacam? Cikgu dan anak murid yang ayu lagi cute (",)
    Ni gambar Cikgu eLLe ngan girls 1 Bestari waktu Cikgu eLLe jadi guru sandaran (sekarang dah tak bersandar dah) pada tahun 2009. Gambar ni diambil semasa hari terakhir Cikgu eLLe di SMK TAMAN SELASIH, Kulim sebelum Cikgu eLLe melanjutkan pelajaran di UPSI (DPLI) iaitu pada 28 Jun 2009

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.



1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Biarku Menjadi Lilin


Biarku menjadi lilin,
Memberikan cahaya,
Terangi sekeliling,
Dengan diri terbakar,
Tak siapa yang sedar,
Di saat kegelapan,
Rela aku berkorban,
Demi satu harapan...

Biar masa berlari,
Dan kau terus mendaki,
Aku tenang disini,
Dengan sabar menanti,
Tanpa dendam dan benci,
Andainya kau terjatuh,
Terluka dan tersungkur,
Ku rawat biar sembuh...

Aku takkan bertanya,
Apakah nanti balasannya,
Setiap pengorbanan,
Setiap pemberian,
Demi satu ikatan...

Keikhlasan di hati,
Walaupun sering kau ragui,
Pada suatu masa dan suatu ketika,
Akan ketara jua...

Biarku menjadi lilin,
Memberikan cahaya,
Saat kau kesepian,
Saat kau kegelapan,
Ku rela menerangkan,
Aku senang begini,
Dapat terus berbakti,
Dengan cara sendiri...

Wayne Rooney Hebat Atau Anda Hebat?



Anda rasa, kaki kanan anda sehebat Wayne Rooney? Boleh menggelecek dan mengawal bola di kaki seperti Christiano Ronaldo?


Jom cuba permainan mudah ni! Buat dalam masa dua saat, tengok hasilnya..


OK.. Sekarang duduk atas kerusi seperti menghadap komputer.. Cepat duduk! Hehe


Kemudian, angat kaki kanan anda dan ayun buat pusingan jam..


Teruskan dengan ayunan kaki. Sekarang, secara serentak, angkat tangan kanan anda, seolah-olah membuat angka '6', seperti membancuh kopi..


Apa dah jadi?? Perasan tak, kaki anda beralih melawan pusingan jam? Keh keh keh..


*Permainan ni menguji kecekapan minda dan fizikal secara serentak. Belum tentu Wayne Rooney boleh buat tau (",)

Khamis, 16 Disember 2010

Assalammualaikum

Baiklah pembaca-pembaca sekalian. Kali ni aku nak share tentang adab memberi salam. Aku post entri sebab aku baru je ditegur oleh seseorang kat FB yang berbunyi macam ni "Cekom cekgu"... Huisshh.. Perlu ke aku jawab salam macam ni? Terus aku tak reply. Rasanya dah banyak kali tegur budak tu "Lain kali bagi salam betul²".. Ni yang kat bawah ni aku copy & paste ja untuk perkongsian bersama pasal memberi salam...


Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh


Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”


dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”


Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.


Jawab salam yang betul ialah ;


“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;          
 “WAALAI KUM SALAM”


Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata


Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer


Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti    ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!


Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.


Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.


Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.


Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..


Sekian, semoga ada manfaatnya

Mari Berjoget

Al kisahnya senior aku yang sewel suka menyakat, suruh aku cari blog dia. Tapi dia langsung x bagi hint. Cuma dia cakap, cari link kat blog kawan aku. Jenuh aku mencari.. Basah ketiak aku berlari-lari, dah penat berlari aku berjalan pulak dari blog ke blog. Perghhh sungguh jauh perjalanan itu... Akhirnya aku berjaya dalam perjalanan itu.. Keh keh keh.. Aku terus berjoget riang..



p/s: Kakmas, eL dah dapat cari la.. Apa lagi.. Belanja la Secret Recipe.. Hehe (",)

Rabu, 15 Disember 2010

Ade Aku Kisah??

Aku promote blog aku kat makcik² aku. Terharu rasanya mendapat sokongan moral.. Hihihi.. Poyo je.. Baca la sendiri perbualan tanpa suara antara aku dan makcik² aku.
Rock la makcik² aku... Thanks for support me.. Jom kita JOGET (",) 

Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!


Wargghhhh ni first time aku kena TAG setelah beberapa jam aku tau apa itu TAG.. Keh keh keh.. Terkejut aku. Gelabah katak bila tengok nama aku kena tag dengan MUMMY FARA haha..

Ni pasal Mama Kembar 3 Buat Giveaway. Menatang apa pulak dah giveaway ni?? Haha.. Tapi apa pun berterima kasih kat MUMMY FARA sebab tag aku. Hari ini dalam sejarah.. Aku kena tag.. Rasa nak joget-joget pulak.. Hehe.. Kalao korang nak tau pasal mama kemabar giveaway tu boleh klik je kat gambar tu.Owh ya...hadiahya  barangan Victoria's Secret & Telekung Travel (ditaja olehItsy Bitsy Secrets Jom pakat-pakat join.. hehe

Aku nak try tag orang jugak la.. Aku nak tag orang² berikut:

Fikir, Berfikir, Memikir dan Pemikiran




Adakah fikir, berfikir, memikir dan pemikiran itu sama maksudnya? Adakah berfikir tu berlaku secara spontan?? Kalo korang nak tau, sebenarnya berfikir jugak ada peringkat²nya..
  1. MINAT
  2. PERHATIAN
  3. CADANGAN
  4. JUSTIFIKASI
  5. KESIMPULAN
  6. UJI
Contohnya macam ni la...
Pertama (MINAT) : Aku tengok jam dah pukul 2.18 dan aku berfikir yang aku dah lewat nak jumpa kawan. Aku janji nak jumpa pukul 2.30 petang. (Camana la boleh terlajak tidur pulak ni)
Kedua (PERHATIAN) : Macam mana nak sampai nak sampai library tepat jam 2.30 petang ni?? Kereta adik aku guna. Yang ada cuma motor kapcai. Aku ni start motor pun tak pandai.
Ketiga (CADANGAN) : Naik basikal? Naik bas? Tepon je kawan tu datang amik?
Keempat (JUSTIFIKASI) : Kalau naik basikal, nanti naik bukit jenuh nak kayuh. Kalau naik bas, sejam satu belum tentu nak lalu depan umah ni. Tepon kawan tu datang amik? Ishh.. Kang dia melenting pulak.
Kelima (KESIMPULAN) : Pertimbangan terakhir tepon kawan tu bagitau tak dapat pergi. Keh keh keh
Keenam (UJI) : Ring..ring..ring.. "Hello bhai.. Gua tak dapat jumpa lu la petang ni. Tiba-tiba perut gua ni memulas-mulas ja. Masuk kali ni dah 13 kali gua masuk tandas. Pruutttt.. Hah, lu dengar tu. Gua minta maap la. Gua nak sambung ativiti pelaburan gua ni"

Situasi di atas ni takda kena mengena ngan aku. Ni aku bagi contoh saja. Dari situasi di atas ni, bermakna pemikiran atau berfikir tu bukan suatu aktiviti spontan. Tapi, berfikir tu melibatkan proses kognitif yang terancang, bermatlamat, berperingkat-peringkat dan mempunyai kawalan yang digunakan leh seseorang untuk menjustifikasikan sesuatu perkara (Chaffee,2000). Berfikir ni melibatkan pemikiran yang kritis dan kreatif.