TINGGALKAN LINK ANDA DI SINI (",)

Ahad, 11 Disember 2011

Once Upon A Time

Sedang dok bermesej dengan encik tunang, tiba2 teringat zaman belajar kat UiTM dulu.. Dec 2003 - Jun 2008..

Disember 2003 mendaftar sebagai pelajar jurusan perakaunan bertiketkan 'Skim Pelajar Cemerlang' tajaan MARA. Arwah mak yang temankan aku sepanjang proses pendaftaran.. Seawal pukul 7.30 pagi bertolak dari rumah atok di KL.. Tiba di Kampus UiTM Seksyen 17 terus tercari-cari kalau2 ada yang kenal.. Memang takda seorang pun yang kenal memandangkan daripada 80 orang pelajar hanya aku dari MRSM PDRM.. Kebanyakan yang lain dari MRSM Langkawi, Jasin, Taiping, Serting dan Berseri. Terasa gusar di hati ini sebab tak pernah berjauhan dengan keluarga.. Sebelum ni duduk asrama pun dekat ja dengan rumah.. Siap bleh telefon mak minta hantar cucur cempedak..hehe

Semester pertama tahun 2003, pelajar2 jurusan perakaunan ditempatkan di Kampus Seksyen 17 bersama-sama pelajar pendidikan dan jugak INTEC.. Kolej Akasia menjadi tempat penginapan 5 bintang aku.. Kolej Akasia bertentang dengan Kolej Cemara yang menjadi penempatan pelajar lelaki..

Setiap petang selepas kuliah, akan berjalan-jalan di Giant yang tak jauh dari kolej. Saja nak mencuci mata.. Makan tak menjadi masalah sebab ada cafe kat dalam kolej.. Selalunya bubur nasi menjadi pilihan aku.. Bukan pilihan pun..tapi terpaksa sebenarnya.. Maklum la duit biasiswa masuk lambat. Awal-awal pengajian terpaksa guna duit mak abah.. Abah bagi berapa pun sentiasa cakap cukup.. Takmau bebabkan abah. Jadi, terpaksalah ikat pinggang sepanjang 1 sem yang pertama. Rajin jugak aku puasa sebab poket kering..

Setiap hari Selasa ada pasar malam dekat dengan kolej.. Kalau ada duit, rajin la aku berjalan pi pasar malam.. Beli Koey Teow Kerang.. Memang mantop! Tapi kalau tengok poket ada helaian biru ja, buat2 la busy study kat bilik.. Membe ajak pun aku buat taktau.. Last2 tumpang makan apa yang membe beli..

Mei 2004, masuk semester 2, kena pindah pi kampus induk. Jenuh usung beg yang besar gedabak tercari-cari mana Kolej Melati. Tempat kuliah pulak kat menara.. Dengar macam best sebab budak2 akaun nelajar kat menara.. Tapi... hahaha.. sapa yang belajar kat sana, tau la.. 

Kalau kelas pukul 8.30 pagi, seawal 7 pagi kena tunggu bas dah depan Kolej Mawar.. Memang sesak dipenuhi manusia-manusia yang dahagakan ilmu. Nak naik bas, kena ada skill.. Aku belajar skill berebut bas dari kawan aku, Salwa.. Dia ajar.. Dari jauh tengok bas tu.. try agak kat mana bas nak stop.. Yang penting pastikan berdiri depan pintu bas.. Pintu bas terbuka ja, terus tolak orang depan.. sambil kata "Weh, apa orang belakang ni tolak2"..hehehe.. Time naik bas ni la pakcik driver syok tengok sebab kebanyakannya student perempuan.. Macam2 ragam.. ada yang tertarik tudung..ada yang orangnya dah naik, beg pulak tak naik sekali sebab tercabut.. kadang2 kasut pun tercabut jugak kat tangga bas tu.. aduhai.. malu pulak bila teringat balik..

Kalau nasib kurang baik, terlepas bas.. Maka terpaksalah berjalan kaki tertonggek2 naik bukit dekat Kolej Cempaka Kenanga.. Sampai depan pintu lif menara, kena berebut lagi.. Dah la lif sangat uzur.. Selalu rosak.. Pecah peluh mengira anak tangga sampai level 11.. Walaupun penat naik tangga, tapi still bersemangat nak masuk kelas.. Macam budak2 dalam gambar ni.. hehe.. Setia menanti lecturer depan kelas..
Riz, Yan, Awa, El
Habis kelas, naik bas lagi.. Kena tengok betul2 kertas depan bas tu.. Silap2 naik bas ke Seksyen 2..  Kalau dah ke Seksyen 2 tu, terlajak pulak ke PKNS.. Macam budak2 dalam gambar ni..
El & Piyah
Best zaman belajar ni sebab syok pi kelas ja.. Jumpa kawan2.. Bleh ushar si baju merah (skrg bergelar encik tunang) ehem.. Aku ni study ikut mood jugak.. Selalunya dah nak dekat exam baru terhegeh-hegeh nak study.. Tadaaa.. ini dia meja study aku.. Amacam? Kemas kan? (kemas masa amik gambar ja)

Inilah dia orang yang 'rajin' study..serius!

Budak2 kelas aku memang best2.. Kami selalu jugak spend time sama2.. Makan pizza.. Makan satey.. Sambut birthday.. Main boling.. dan macam2 aktiviti untuk budak2 remaja.. hehehe

Buka puasa makan pizza
Makan ke posing ni..?
Ehem.. Encik Tunang berbaju pink.. hee
Azreen, Fifah, Piyah
Eric, El, Awa
Ayams Begins Programme
Mari makan ayam.. Sape baju putih tu??
Syah, Zeni, Eric
Sedapnya ABC Seksyen 2
Dapat makan satey!!
Pizza..o pizza..
Adus..tak pandai potong..
Depan SACC Mall
Kanak2 Ribena
Berlatar belakang Masjid Negeri
Kenangan yang paling manis... UiTM adalah tempat pertemuan aku dengan encik tunang.. Dulu malu-malu.. Kini.. malu tapi mahu.. I love U sayang... Penantian selama hampir 8 tahun.. Semoga perancangan kita dipermudahkan dan jodoh kita berpanjangan..


2 ulasan:

husnazahidi berkata...

sweet~ kenal dri tmpat stdy rpanyaa..hehe..
smoga bkekalan ckgu..

(",) berkata...

terima kasih husna.. (",)