Bermula 12 Februari 2011 saya ambil alih lagi 2 kelas Matematik Tingkatan 1. Kelas yang saya ambil alih ni agak ketinggalan kalau dibandingkan dengan kelas lain sebab guru asal mereka bersalin.
Jadi, saya agak risau kerana peperiksaan semakin hampir. Dalam hati "Sempat ka nak ajar budak² ni?".. Saya cuba memikirkan cara terbaik supaya dapat mengajar mereka 1 topik dalam masa seminggu lebih. Akhirnya, saya membuat keputusan supaya pelajar menyalin nota sebelum saya ajar dan terangkan di dalam kelas.
Alhamdulillah, kebanyakan pelajar melengkapkan nota sebelum kelas dengan menyalinnya dari blog saya. Nampaknya para pelajar lebih suka menggunakan internet untuk belajar. Cuba tengok statistik di bawah.
Klik gambar untuk melihat lebih jelas |
Jam 8 malam, 29 paparan.. Adakah bermaksud pada pukul 8 malam itu, 29 pelajar sedang menyalin nota yang saya bagi? Saya tak pasti sama ada tafsiran saya ni betul atau tidak sebab saya sebenarnya bukan tahu sangat pasal blog ni. Esok saya akan buat survey untuk dapatkan kepastian. Kepada rakan blogger, tolong jelaskan kat saya sama ada betul atau tidak tafsiran saya mengenai gambar di atas. Terima kasih (",)
2 ulasan:
Salam, cikgu. Saya dh baca post terbaru cikgu. Bila tgk kt graf tu mmg confirmlah yg pelajar tngktn 1 tgh bukak blog cikgu masa ni. Sbb, kbiasaannya murid2 akn bukak internet dlm pukul 8-10. Saya tau sbb saya pun camtu jgk.
Saya pasti klau cikgu truskan cara bg kerja rumah dlm internet, dkt sklh cikgu akan ada lebih masa utk beri nota. Cuma brgantung pd brp org yg boleh access internet.
P/S: 51 Pegasi b tu nickname saya kat blog, cikgu. Alah, yg mintak cikgu bagi nota kt dlm blog jer tu...
wslm syahir..ok thanks sebab bagi feedback..mungkin ada kelebihan dan kelemahan kalau saya bagi kerja guna internet.. (",)
bila baca komen kamu ni, gayanya macam orang dewasa..hehe..tapi cikgu suka cara kamu..
Catat Ulasan