Pada 20 Januari 2010 YAB Perdana Menteri telah melancarkan pelan hala tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) dengan berprinsipkan 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Program Transformasi Kerajaan (GTP) dirangka untuk mengatasi segala halangan bagi mencapai Wawasan 2020. Program Transformasi Kerajaan ini memperincikan objektif, keberhasilan dan set tindakan permulaan dalam bidang yang dikenal pasti sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA). Seiring dengan itu, Kerajaan juga dalam proses untuk membentuk Model Ekonomi Baru dan juga penyediaan Rancangan Malaysia Ke-10. GTP merupakan enjin transformasi yang bermula dengan proses pencarian idea terbaik dan melangkah dengan pantas untuk melaksanakannya. Ia juga merupakan satu pelan hala tuju yang fleksibel untuk mencapai sasaran melalui initiatif-initiatif yang telah dikenalpasti. NKRA merupakan gabungan keutamaan jangka masa pendek untuk menangani keperluan rakyat. Kewujudan NKRA bukan bererti bidang lain tidak akan mendapat perhatian. Bidang-bidang lain akan diliputi di peringkat Menteri (MKRA) melalui fungsi dan tanggungjawab Kementerian masing-masing.
Enam NKRA telah diputuskan oleh Kabinet iaitu:
- Mengurangkan jenayah (Kementerian Dalam Negeri)
- Membanteras rasuah (Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri).
- Mempertingkat pencapaian pendidikan (Kementerian Pelajaran malaysia).
- Mempertingkatkan taraf kehidupan isirumah berpendapatan rendah(Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).
- Mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar(Kementerian Luar Bandar dan Wilayah).
- Memperbaiki pengangkutan awam bandar (Kementerian Pengangkutan).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan