TINGGALKAN LINK ANDA DI SINI (",)

Sabtu, 12 November 2011

Twinkle Twinkle Little Star

Assalammualaikum.. Salam 1 Malaysia..
Erm.. La ni cheq dok sibuk ngan program Bintang Kecil 2011 yang akan berlangsung 13 November (esok).
Sesudah berakhirnya peperiksaan akhir tahun, cikgu2 dok sibuk buat odisyen (audition) untuk pilih student yang berbakat. Tujuan Bintang Kecil ni untuk mencungkil bakat pelajar di kalangan tingkatan 1 dan tingkatan 2.
Banyak acara yang dipertandingkan antaranya pidato, pantun, nasyid, nyanyian dan tarian. Cheq diberi amanah mencungkil bakat student menari. Cheq ngan cikgu Nad pun mengerah keringat selama beberapa hari latih budak2 menari pastu adakan pertandingan untuk pilih kumpulan yang boleh buat persembahan untuk Ahad ni.
Pada 9 November maka berlangsunglah pertandingan Tarian Tradisional 1 Malaysia. 3 orang juri jemputan yang terdiri daripada cikgu2 yang berpengalaman menghakimi tarian student.. Setelah mendapat kata sepakat dari pihak juri dan guru pembimbing, beberapa kumpulan telah terpilih untuk membuat persembahan. Yang buat cheq terharunya ada 1 kumpulan ni pernah mai mengadu kat cheq kata depa nak tarik diri. Cheq bagi semangat kat depa dan cuba bantu depa apa yang termampu.. Akhirnya depa dapat tempat kedua.. Tahniah kepada yang menang.
Selepas dari pertandingan tu, cheq ngan cikgu Nad sibuk dok gilap lagi persembahan budak2 tu. Budak2 ni bagus2 semua.. Komitmen yang tinggi.. Semangat yang membara.. Memang cheq puji la depa semua ni..
Walaupun tugas cheq untuk uruskan tarian saja, tapi dok tolong2 jugak cikgu cikgi lain. Memang penat tapi ni la masa cheq nak belajaq uruskan program yang besar macam ni. 
Owh ya.. Karnival Bintang Kecil ni pun ada buka gerai untuk cungkil bakat student menguruskan perniagaan. Kelas 1A2 iaitu kelas cheq akan jual puding trifle, dadih, ais krim Malaysia ngan ayaq gas.. Good Luck untuk student cikgu.. :-)

P/S: Dek kerana kesibukan menguruskan Bintang Kecil ni, masa untuk cheq dengan buah hati agak terganggu. I'm sorry.. 

Tiada ulasan: