TINGGALKAN LINK ANDA DI SINI (",)

Isnin, 21 November 2011

Raja Udara & Raja Rimba

megah garuda terbang di angkasa,
garang rimau penghulu rimba,
siapa pun menang siapa pun juara,
kita bangsa berkongsi budaya.

anak rimau mengaum ganas,
garuda muda menerkam pantas,
kalah bukan beerti tewas,
menang bangga berkalung emas.

raja udara dan raja rimba,
berjuang berentap sesama saudara,
sama hebat sama satria,
sedikit keringat penentu juara...



Hasil Nukilan: Elridzuan Elias

2 ulasan:

Elridzuan Elias berkata...

berakhir sudah pertarungan saudara,
rimau mengaum garuda merana,
semangat juang sang rimau puncanya,
juga berharap kuasa Penciptanya...

Elridzuan Elias berkata...

berakhir sudah pertarungan saudara,
rimau mengaum garuda merana,
semangat juang sang rimau puncanya,
juga berharap kuasa Penciptanya...