TINGGALKAN LINK ANDA DI SINI (",)

Ahad, 29 Mei 2011

Sajak Buat Dirimu

sehingga bila harus menunggu?
sehinga embun kering di hujung waktu?
atau sehingga kelopak yang mekar menjadi layu?
atau sehingga awanan dibawa angin lalu?
aku akan terus menunggu dan menunggu
tanpa rasa sesal dan jemu
hampir sedekad aku menunggu
diri ini setia menantimu
tapi janganlah engkau terus membisu
mengundang resah di hatiku
luahkan isi hatimu
agar aku tahu apa yang terbuku
bukan harta dan pangkat menjadi ukuranku
tapi ketulusan hati pilihanku
dan juga pegangan teguh agamamu
kerana engkau bakal menjadi imamku
tidak ku pinta mahar beribu
cukup sekadar kitab Allah hadiah darimu
andai ibu bapa telah restu
apa lagi yang engkau tunggu
janganlah menyiksa jiwaku
yang sentiasa rindu padamu
perasaan ini bukanlah pintaku
tapi ia datang menghuni hatiku
aku tahu engkau juga begitu
andai masa yang engkau perlu
ambillah seberapa lama yang engkau mahu
aku tidak mahu mendesakmu
kerana ia bukan prinsipku
apa yang aku mahu engkau tahu
aku sayang dan cintakan dirimu
setulus ikhlas dari hatiku

3 ulasan:

Dorris Angel berkata...

penantian suatu yang mendera perasaan....

Dorris Angel berkata...

follow u oredi ^_^ hrp dpt singgah di http://jejak-jejakkecil.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

[url=http://discounts24.co.uk/]fake watches[/url]

watches copy
chanel outlet woodbury
louis vuitton outlet
nordstrom summer dresses
who sells the best replica watches

http://aaawatches24.co.uk/