TINGGALKAN LINK ANDA DI SINI (",)

Rabu, 15 Disember 2010

Teratai Bunga Indah


Terdapat sebuah tasik yang saaaangat luas.
Pada suatu hari seorang gadis yang saaaaangat comel meletakkan satu pokok teratai (macam dalam gambar tu) ke dalam tasik tersebut.
Pada hari ke-2, gadis tu berjalan-jalan dengan pakwenye di tepi tasik tersebut. "E'eh baby boy, semalam baby girl letak satu je pokok teratai. Macam mana hari ni boleh ada dua?"..Pakwenye pun berkata, "Mungkin pokok tu membiak atau bercambah"
Pada hari ke-3, mereka berjalan-jalan lagi di tepi tasik tersebut (Eh, tak bosan ke dating hari²?).. "Baby boy, semalam ada dua pokok teratai. Hari ni ada empat pulak. Pelik la"..."Pokok tu bercambah la baby girl," kata pakwenye.
Pada hari ke-4, mereka berjoging pulak sebab dah bosan berjalan je. Mereka melihat pokok teratai yang semalamnya hanya ada empat kini bercambah menjadi lapan.
Pada hari ke-5, mereka berjoging lagi sebab seronok melihat pokok teratai bercambah gamaknya. Yaa.. Pokok teratai bercambah lagi dari lapan kepada enam belas. "Baby girl, baby boy dah bosan la hari-hari asyik keluar dengan baby girl. Hujung bulan ni pulak kita jumpa ya?"

Jeng..jeng..jeng... Hujung bulan (Hari ke-30)
"Tengok tu baby boy....waaaahhhh cantiknya tasik ni. Bangga baby girl sebab baby girl dah berjasa ngan tasik ni. Pokok teratai dah penuh tasik ni. Kalau baby boy bijak, pada hari ke berapa pokok teratai ni separuh dari tasik ni?".... Pakwenye menggaru kepala sambil berfikir.


*
*
*
Agak² korang la kan, pada hari ke berapa pokok teratai separuh dari tasik tu?
Cuba la fikir... (",)

*
*
*
*
*
*
Jawapannya pada hari ke-29... Gunakan pengetahuan matematik anda.
1, 2, 4, 8, 16, ....
Setiap hari, pokok tu akan bercambah 1 kali ganda.
Hari pertama, separuh dari hari ke-2
Hari ke-2, separauh dari hari ke-3.
Hari ke-3, separuh dari hari ke-4.
Jadi, hari ke-29 adalah separuh dari hari ke-30.

Pelan-pelan Kayuh




Apakah persamaan gambar di atas?
Yaaa.. pandainyee.. Kayuh..
Tapi yang aku nak cakap ni takda kena mengena dengan kayuh sampan atau kayuh basikal.
Aku maksudkanpenglibatan aku yang mula seronok berblog.
Pernah dengar 'Buah cempedak di luar pagar. Amik galah tolong jolokkan. Saya budak baru belajar. Kalau salah tolong tunjukkan'
Begitulah al kisahnya. Aku ni baru belajar pasal keseronokan blog ni. Sebelum ni memang aku dah ada blog. Itu pun aku buat masa Mei 2010 disebabkan student aku, AINI SHAFIQAH yang telah memberi inspirasi (cewahhh) kat aku untuk buat blog. Tapi blog tu lebih banyak membicarakan tentang hati dan perasaan. Aku reti tulis taip ja apa aku rasa nak taip tanpa memandang ke kanan mahupun ke kiri yakni aku tak tengok pun blog orang lain.
Beberapa bulan kemudian...

Aku terbaca blog seseorang yang membuatkan aku tertarik. Lama kelamaan minat membaca blog orang semakin gile menjadi-jadi..
Jadi, masih banyak yang aku nak kena belajar pasal blog.. Masih banyak yang aku tak tau pasal blog..
Thanks buat MIRA yang telah membantu aku untuk tau apa itu 'tag' apa itu 'nuffnang'

**taq tu lau kita kena taq dari sesapa ka maksudnya blogger 2 nak kita jawab la taq tu...lebih kurg soalan cepucemas. tapi lau xjwb pon xpa, xkena jual.hak2**

**nuffnang plak kira iklan dlm blog. lau ada mn2 syarikat nk tmpg blog kita utk iklan pastu ada org len klik2 kat iklan 2 akan dikira dalam akaun nuff blogger. so akan bertambah la dwet tabung nuff si tuan punya blog.**

Dwet?? Camana nak dapat duit tu?? hehe..

Kau Yang PERTAMA

1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2..Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3..Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.

4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.
.
5...Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6....Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8. ..Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

11. ..Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13. ..Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

14... Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA


16. ...Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

18.... Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20.... Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

22... Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

24. ....Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

25... Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
Harun Ar-Rasyid RH

26.Orang yang pertama mengadakan baitul mal :
Umar Al-Khattab RA

27... Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH

29...Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus'ab bin Umair RA

30. ... Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW

Wahai, sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku... baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah... semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.. insyallah..
** Copy & paste dari Mohd Firdaus

BERTUKARRR LAGI (!)

Nampaknya aku membuat pertukaran lagi.. Dari rupanya macam ni...


Kepada rupanya yang macam ni...


Rasanya rupa yang baru ni lagi lawa kot.. Warna coklat nampak macam klasik la pulak kan.. Jadi, aku pilih warna biru. Jangan tanya kenapa aku pilih biru sebab punya pasal aku la sebab blog ni aku punye.. hahaha (",)

Ni aku nak pesan ni, korang nampak tak bendalah ni kat blog aku?



Nampak kan? Jadi... ringan-ringankanlah tangan korang taip kat situ.. Bagi salam pun jadilah (",)



Selasa, 14 Disember 2010

Syioknya Kawen



Korang ada tengok Buletin Utama malam ni tak?? Pasal kisah seorang remaja berusia 16 tahun merogol sepupunya berusia 11 tahun. Bermula dengan konon main kawin² dan berakhir dengan tragedi yang kurang bermoral tu.. Eeeiii.. Nak je aku tampar² budak laki tu. Sanggup dia rogol sepupu sendiri. Tengok gaya budak tu memang kurang didikan agama. Rambut macam mandi air karat.. Hishh.. Inilah akibatnya kalau ada agama tapi tidak beragama. Agama tercatit dalam MyKad 'Islam'.. Tapi.... Sangat menyedihkan. Nak salahkan siapa ni? Korang pikir la sendiri.. Taknak pikir pun takpa.. Aku tak paksa.. (",)

p/s: Masa kecik² pernah jugak main kawin². Tapi jadi watak sampingan ja.

Teka Teki Yang Ntah Apa²

Soalan 1: Ada seekor kucing dikejar seekor anjing. Kucing tu berlari dan berlari sampai letih.. Sambil berlari tu, kucing tu pandang belakang. KENAPA??



Soalan 2: Mak Fafa ada 4 orang anak. Anak pertama namanya Fufu. Anak kedua namanya Fifi. Anak ketiga namanya Fofo. Apa nama anak keempat??



Soalan 3: Di depan sebuah rumah ada sebatang pokok kelapa. Pokok kelapa tu ada baaanyak buah. Tiba² buah kelapa jatuh ke tanah. KENAPA??



Soalan 4: Di tengah malam, di depan lampu, di hujung katil. APA DIA??



Soalan 5: Apa benda yang bila kita panggil, dia keluar. Bila kita tak panggil, dia masuk??



*



*



*



*



*



*



*



*



*



Jawapan:
1) sebab takda side mirror
2) Fafa
3) sebab tak jatuh atas kepala engkau
4) L
5) panggilan tepon

BERTUKARRR (!)


Pada jam dan detik ini aku nak declare sesuatu.. Bukan declare yang couple² tu.. Tapi nak declare yang nama blog aku kini bertukar dari Bintang Yang Terang kepada
eLLe PunYe BLoG..
Ini disebabkan aku mendapat kritikan yang hebat dari adik aku.. hahahaha... Bintang Yang Terang?? Terang kaaa? Cisss sindiran yang tajam. Ok takpa.. Aku tukar nama blog ni. eLLe PunYe BLoG.. Tak sedap?? Lantak korang la.. Aku yang punye blog.. Bukan korang punya.
Oleh kerana nama dah kasi tukar, background pun kena kasi tukar jugak la.. Coklat.. Amacam? Tak cantik?? Huh.. Aku punya blog.. Aku punya suka la.. Ada aku suruh korang tolong buatkan?? Takda kan?? So, jangan banyak songel.. Keh keh keh..

Student Dulu & Sekarang

Student Dulu: Abu (Nama ringkas dan senang nak ingat)
Student Sekarang: Mohammad Danial Hakim Fabulos bla².. (Nama panjang dan selalunya macam omputih. Susah nak sebut)

Student Dulu: Mak bagi RM1.. "Wah mak. Banyaknya mak. Nah lima kupang ni mak simpan dalam tabung cheq".. (Bagus..amalan menabung)
Student Sekarang: Mak bagi RM5.. "Mana cukup ni mummy. Nak makan lagi. Pastu cikgu mintak nak hias kelas lagi. Cikgu Siti mintak untuk projek Sains. Nak beli bla².." (Tampaq satgi budak ni. Banyak cakap, bak sini balik duit tu)


Student Dulu: Tak siap keja sekolah kena rotan ngan cikgu. Balik rumah, takut nak bagitau mak ayah sebab nanti bukan setakat rotan, silap haribulan mak ayah sebat guna penyapu. (Teringat pulak rotan cikgu disiplin aku dulu)
Student Sekarang: Tak siap keja sekolah kena cubit sikit. Balik rumah, entah apa yang dia mengadu kat mak ayah. Sampai mak ayah mai serang kat sekolah. (Lain kali tak payah hantar anak² belajaq kat sekolah)

Student Dulu: Sebelum cikgu masuk kelas hingaq. Bila cikgu masuk, sunyi sepi. Sangatlah sopan.. Angkat kepala pun tak berani. (Pandai betul berlakon depan cikgu)
Student Sekarang: Sebelum cikgu masuk kelas hingaq. Bila cikgu masuk, bertambah hingaq.. Siap main ligan² lagi ngan kawan. Bukan setakat angkat kepala.. Angat kaki pun dah berani skrg. (Tengok la kes² yang terpampang dalam surat khabar. Macam² ada)

Jadilah pelajar yang TERPELAJAR, bukannya pelajar yang KURANG AJAR
Jadilah pelajar yang BERADAB, bukannya pelajar yang BIADAB

Tips Jawab Exam (Penting ni buat pelajar²)

Baiklah.. Hari ni aku nak bagi tips untuk jawab exam.. Tak kira la exam apa pun.. UPSR ka.. PMR ka.. SPM ka.. atau Medsi dan Mtest sekalipun. Tips ni sangat berguna. Memang ini yang selalu cikgu aku pesan dulu.. Erm.. Korang baca la sendiri 'PESAN CIKGU' kat bawah ni (",)


Setinggi-tinggi penghargaan TERIMA KASIH buat semua cikgu² yang pernah mendidik aku. Jasamu akan sentiasa dikenang (",)

Jangan Lupa Lirik



Perkara biasa bagi pelajar² sekarang. Bila suruh menyanyi je, cakap saja lagu apa.. Dari lirik hingga penulis lirik semua depa ni tau. Tapi bila ditanya soalan pasal Sejarah ka Sains ka tergagap-gagap. Cuba tanya siapa Perdana Menteri pertama? Ada depa ni ingat? Mungkin mengambil masa beberapa saat untuk mengingat.. Tapi kalau tanya siapa yang menang Juara Lagu, sepantas kilat menjawab.. Siap nyanyi² lagi lagu yang menang tu. Tu tak sembang lagi pasal bola.. Team mana menang.. Sapa yang jaringkan gol.. Siapa yang pakai jersi no7.. Petik jari sambil kunyah koci ja depa jawab. Sekali tanya pasal subjek yang belajaq kat sekolah.... hampeh je.. Bukan semua la.. Tapi segelintir.. Segelintir pun kalo dah banyak kali gelintir tak ka banyak??


Entri ni ada kaitan dengan sorang budak yang tahun depan nak periksa UPSR. Sifir pun tak lancar.. Terkial-kial lagi.. Bila tanya 7x6 berapa.. Kena baca dari 1x6, 2x6.. Tuppp salah.. Ulang balik.. Jenuh... Nasib bukan aku cikgu dia, kalo tak dah kena sedass ngan aku.. (Huhu..takla sekejam ini).. Masa aku zaman sekolah rendah dulu, darjah 2 dah kena hafal sifir. Sebelum balik semua kena berdiri. Selagi tak boleh jawab sifir hang berdiri la dan jawabnya balik lambat. Sebelum masuk kelas, kena berdiri ramai².. Baca sifir macam SITI SIFIR dalam cerita ALONG tu. Ahaaa.. kenapa dah takda cerita ALONG tu eh?? (",)