Ya Allah.. Hati ini gelisah memikirkan tugasan yang digalas.. Adakah aku mampu memikul amanah ini? Resah.. Gelisah.. Curiga dengan diri sendiri..
Di saat ini aku benar-benar merindui insan itu.. Dulu, dialah menjadi tempat untuk aku meluahkan rasa hati.. Dialah yang akan menasihati dan menenangkan hati ini. Dialah yang tidak putus-putus memberikan semangat kepadaku. Bila aku ceritakan kegelisahan dan curiga dengan kemampuan diri, dia sentiasa memberikan kata-kata semangat supaya terus yakin dengan diri sendiri.. Selalu berkata "U can do it. Mom always with U"... Huhu.. Sekarang? Pada siapa harus aku mengadu? Siapa yang akan terus-terusan memberi kata-kata semangat itu? Really miss u mom..
Kadang kala aku tewas... Air mata akan mengalir dan terus mengalir... Itu yang aku mampu lakukan selain daripada berdoa memohon diberi kekuatan.. Aku harapkan air mata ini akan bertukar memberi kekuatan kepada aku..
2 ulasan:
Salam,
sedih juga baca nukilan cikgu apatah lagi DIA dah tiada di sisi. sesungguhnya perjuangan dalam kehidupan ini memang banyak duri ranjaunya. Anggaplah tugasan disekolah itu sebagai satu amanah dan cabaran untuk kita mengerudi pengalaman yang akan mendewasakan kita.Nak tak nak kita kena tempuhi ... dan ianya bermula dari langkah yang pertama. Insyaalah saya percaya cikgu mampu lakukan. dan kalau kita ikhlas allah akan balasnya dengan keajaipan yang tak tersangka. Usah dirisau kalau yang pergi itu pasti ada rahmatnya.... percayalah.... kuatkan semangat ok....
terima kasih cikgu kerana memberi sokongan..insyaAllah segala tugas yg dipikul ini membuatkan diri lebih matang dan byk perkara dapat dipelajari.. :)
Catat Ulasan