TINGGALKAN LINK ANDA DI SINI (",)

Sabtu, 10 Disember 2011

Andainya dia masih ada..

Andainya dia masih ada..
Dialah pendengar setiaku..
Dialah yang menenangkanku..
Dialah yang memahamiku..

Andainya dia masih ada..
Dialah tempatku berbicara..
Dialah tempatku bermesra..
Dialah tempatku meluahkan rasa..

Andainya dia masih ada..
Dialah pendingin di kala hati membara..
Dialah pembakar di kala semangat bergelora..
Dialah pelindung di kala diancam petaka..

Andainya dia masih ada..
Belum lagi sempat menyusun kata-kata..
Sudahpun tahu hujung pangkalnya..

Andainya dia masih ada..
Apabila diri ini rebah dan tersungkur..
Sepantas cahaya tangannya dihulur..

Andainya dia masih ada..
Air mata gugur membasahi pipi..
Takkan dia biar kering sendiri..

Andainya dia masih ada..
Inginku dakap dia erat-erat..
Dan luahkan 'anakmu rindukanmu setiap saat'..


Tiada ulasan: