Lahirmu bukan seperti yang lain,
Tempat nyaman laluan sang angin,
Lambang sifat engkau penyaing,
Juga dikau berpekerti asing.Kau bermula dengan payah,
Tunjuk ajar ibu dan ayah,
Perit jerih payah dan susah,
Sebelum mampu kau terbang gagah.Usia kini merubah segala,
Engkau juara engkaulah wira,
Kadang terlupa kau seketika,
Megahmu itu hanyalah sekejap cuma.Kau terbang tinggi gagah,
Mengepak meluncur penuh megah,
Menerkam musuh kuku terasah,
Memburu mangsa matamu cerah.Kini pabila sayapmu patah,
Baru kau sedar siapa yang gagah,
Milik siapa bangga dan megah,
Peringatan dari Yang Maha Pemurah.Untuk kau fikir renung dan tilik,
Siapa Pemilik siapa dimilik,
Dari kecil rasanya sakit,
Belum lagi beratnya perit.Harus kau sedar harus kau ingat,
Sayap dan leher sangatlah dekat,
Dia ingin kau sentiasa beringat,
Sebelum kaku otot dan urat.Bangun semula wahai sang helang,
Bangun gagah pahlawan terbilang,
Wiramu itu bukannya calang,
Perkasamu guna untuk berperang.Terbanglah semula helang perwira,
Perguna segala keringat tenaga,
Berteras nama Yang Maha Perkasa.Patah sayapmu berganti tabah,
Patah sayapmu bersulam ibadah,
Tiada sia pada musibah,
Kekallah gagah sang hamba Allah. *Hasil nukilan adinda Noor Elridzuan Elias. Mengisahkan tentang dirinya yang baru ditimpa musibah. Bahu kirinya patah selepas terjatuh dari motor. Semoga adinda terus tabah dan dilindungi Allah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan