TINGGALKAN LINK ANDA DI SINI (",)

Jumaat, 15 April 2011

Mathemagic (Amazing 9)


Salam sejahtera..
Hari ni cikgu nak kongsi satu lagi Mathemagic..
Anda boleh cuba dengan rakan anda..

Baiklah.. dah bersedia?

Minta rakan anda ambil pen, kertas dan kalkulator..

Minta dia tulis nombor telefonnya.. tanpa 012/013/014/016/019.. contoh nombor telefon 012-4932791.. hanya tulis 4932791 (pastikan anda tidak tahu nombor yang rakan anda tulis)

Daripada nombor tersebut,minta rakan anda jadikan nombor itu nombor yg terkecil.. in other word.. shuffle the number..
Contoh: Dari nombor di atas bila ditukar kepada nombor terkecil akan jadi 1234799

Kemudian, minta rakan anda dapatkan hasil tolak nombor telefonnya dengan nombor terkecil tadi.. (anda masih lagi tidak tahu nombor yang rakan anda sedang kira)
Contoh:
4932791 - 1234799 = 3697992

Ok..dialog seterusnya.."Dah dapat jawapan? Bulatkan satu nombor dari jawapan tu"... "Kemudian, tambahkan nombor-nombor yang tidak dibulatkan"... (anda masih lagi tidak tahu nombor yang rakan anda sedang kira)
Contoh: 3697992..katakan nombor yang dibulatkan ialah 7.. jadi, dapatkan hasil tambah 3+6+9+9+9+2 = 38

Seterusnya, apabila rakan anda selesai mengira, tanya rakan anda hasil tambah yang dia dapat..
Contoh: 38..

Jadi, nombor yang dibulatkan ialah 7 (Gandaan 9 tolak dengan 38)

Anda boleh meneka nombor yang dibulatkan oleh rakan dengan menolak jawapan rakan anda dari gandaan 9. Contoh yang saya bagi, jawapan hasil tambah ialah 38.. Gandaan 9 selepas 38 ialah  45... Jadi, 45 - 38 = 7

SELAMAT MENCUBA

MATH IS FUN (",)

Tiada ulasan: