TINGGALKAN LINK ANDA DI SINI (",)

Selasa, 27 September 2011

Happy Anniversary!

Mengimbau kembali detik setahun yang lalu. 27 September 2010 melapor diri di JPN Kedah dan menerima memo Penempatan Guru Baru. Hati bersorak riang apabila ditempatkan di negeri tercinta. Namun, apabila menerima memo... tertera nama sekolah 'SMK Sultan Badlishah', hati sedikit gusar. Tatkala membaca memo tersebut, lantas menelefon Abah.

Acik: Hello Assalammualaikum Abah. Acik dah dapat memo... (nada mendatar)
Abah: Wa'alaikummussalam. Hah! Dah tau daerah mana?? (suara abah terdengar begitu excited)
Acik: Dah.... Abah jangan gelak kat Acik..
Abah: Awat??? Dapat Badlishah?? (memang masin mulut Abah sebab Abah dok sebut2 aku mesti posting kat situ)
Acik: Ya....
Abah: Hahahahahaha (ketawa besar).. Alhamdulillah Tahniah!

Hari ini genap setahun aku melapor diri di sekolah yang pernah menjadi tempat aku menuntut ilmu suatu ketika dahulu. Guru-guru yang dulunya mendidik aku kini menjadi rakan sejawatan aku. Namun, rasa rendah diri masih ada dan akan sentiasa ada kerana tanpa mereka, aku takkan berada di sini.

InsyaAllah... Aku akan terus mencurah bakti dan terus bersemangat memegang profesion ini kerana Aku Guru Bitara (terngiang-ngiang lagu Aku Guru Bitara yang bait katanya menyuntik semangat).

Happy Anniversary buat semua guru-guru DPLI Batch Julai 2009 yang telah sama-sama diposting pada 27 September 2010.
Happy Anniversary buat Kak Sara, Kak Dee dan Usop. Ingat tagline kita! Apa yang penting?? TEAMWORK!! (",)

Tiada ulasan: