TINGGALKAN LINK ANDA DI SINI (",)

Sabtu, 29 Januari 2011

3 hari 2 malam di Gunung Jerai (Part 2)


PERKHEMAHAN KEPIMPINAN DI GUNUNG JERAI Anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Sultan Badlishah

28 JANUARI 2011
Para pelajar bangun seawal 5 pagi untuk bersiap menunaikan solat Subuh secara berjemaah dengan para fasilitator. Guru-guru menyediakan sarapan untuk para pelajar. Menu sarapan pada pagi ini adalah nasi lemak. Berselera para pelajar menjamu selera sehingga nasi lemak tidak mencukupi. Guru-guru terpaksa memasak nasi goreng untuk para fasilitator. Selesai makan pagi, para pelajar dibawa oleh pihak Perhutanan untuk jungle tracking. Mereka diperkenalkan dengan pelbagai tumbuhan dalam hutan sepanjang aktiviti ini.

Setelah selesai aktiviti jungle tracking, para pelajar menjamah makan tengah hari. Pada jam 1 petang, semua pelajar lelaki dibawa turun dengan menaiki van untuk menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan. Pelajar perempuan pula berkumpul dengan fasilitator untuk tazkirah sebelum menunaikan solat Zohor.

Selesai solat Zohor, para pelajar berkumpul untuk aktiviti yang seterusnya yang telah dirancang oleh pihak PERHILITAN. Selepas aktiviti itu, para pelajar diberi masa untuk berehat sebelum meneruskan aktiviti seterusnya. Pelajar diberi makan cucur jagung untuk makan petang. Selesai solat Asar, para pelajar berkumpul untuk aktiviti yang diberi nama 'Gua'. Semua pelajar perlu menutup mata dan mengikut arahan para fasilitator. Para pelajar tidak tahu ke mana mereka dibawa. Fasilitator memberitahu para pelajar bahawa mereka akan dibawa ke sebuah gua. Para pelajar perlu berpandukan tali yang telah diikat sehingga sampai ke destinasi. Aktiviti ini memupuk semangat keberanian dalam diri setiap pelajar. Mereka perlu meredah hutan dengan mata yang tertutup, menyusur di bawah titi dan merangkak di dalam 'gua jadian'.

Selepas solat Maghrib, para pelajar seperti biasa diberi tazkirah oleh pihak PERHILITAN sementara menunggu waktu Isyak. Selepas solat Isyak, para pelajar diberi masa untuk makan malam. Kemudian, pihak PERHILITAN memberi ceramah mengenai jabatan PERHILITAN. Tepat jam 11 malam, aktiviti 'Jasa Bonda' iaitu aktiviti untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang besarnya jasa ibu bapa. Alunan muzik dan video yang dipaparkan bukan sahaja menyentuh perasaan pelajar malahan para guru turut menitiskan air mata. Apabila muzik ditamatkan, guru-guru memeluk para pelajar untuk menenangkan mereka. Aktiviti malam ini berakhir pada jam 12.15 malam. Sebelum pelajar masuk tidur ke khemah masing-masing, pelajar diberi minum malam.

2 ulasan:

ijatnuar87 berkata...

wah..sronoknyer...hehehe...

Elhidayah Elias berkata...

seronok sampai rasa xmau balik..hehe