TINGGALKAN LINK ANDA DI SINI (",)

Khamis, 12 Mei 2011

Kursus 1Murid 1Sukan (Badminton)

Nama Kursus : 1Murid 1Sukan (Badminton)
Anjuran          : JPN Kedah
Peringkat       : Daerah Kulim Bandar Baharu
Tempat          : SMK Taman Kenari, Kulim
Tarikh            : 10 Mei - 12 Mei 2011

Jadual kursus

Mini Game (Asas Badminton)

Mini Game (Asas Badminton)

Net play

Net play

Servis Backhand

Wakil PPD

Mini Game (Servis)

Mini Game (Net play)

Demonstrasi dari Cikgu Amir dan Cikgu Hamdi

Mini Game (Drive)

Peserta kursus 1M1S

Ustazah Idah dan Cikgu Amir (Teknik Lob)

Pengurusan perlawanan dan undian

Contoh jadual perlawanan (Liga)

Cikgu Amir (PK Kokurikulum SMK Taman Kenari)


  
Encik Hamdi (JU dari SK Taman Rakyat, Alor Setar)
  
Tayangan teknik asas

LDK - Menyusun jadual perlawanan

Sumber Gambar: Cikgu Ani Bawok
SMK Taman Kenari, Kulim

Selasa, 10 Mei 2011

Ya Allah..Permudahkanlah

Hati Hawa tidak tenteram. Dia berasa gundah setiap kali memikirkan hubungannya dengan Adam. Hawa bimbang sekiranya hubungannya dengan Adam tidak dirahmati dan dimurkai Allah. Namun, hati wanita ini tidak teguh untuk melawan godaan. Kadang kala air mata berlinang setiap kali dihimpit perasaan ini.

Hawa dan Adam kini sedang dibuai rasa kasih dan sayang. Walaupun berjauhan, hubungan mereka semakin hari semakin dekat. Mereka hanya berhubung melalui SMS, Facebook dan YM. Pernah hanya 2 kali berhubung melalui perbualan telefon. Itupun kerana Adam terlalu risau akan Hawa.

Hawa telah lama memendam rasa kasihnya terhadap Adam. Mereka rakan sekuliah semasa sama-sama menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi sejak Disember 2003. Namun, hanya rakan-rakan karibnya yang tahu bagaimana dia menyukai Adam dalam diam. Adam bukanlah lelaki yang suka bergaul dengan perempuan. Adam seorang yang serius dan diam di dalam kelas. Hawa tahu, dia tidak mungkin memiliki hati Adam sehingga dia sanggup menerima kehadiran lelaki lain dalam hidupnya. Akan tetapi, hubungan yang dibina dengan lelaki lain tidak bertahan lama. Hawa cuba menutup hatinya untuk menerima cinta lelaki kerana dia tidak mahu terluka lagi.

Pernah beberapa kali ada teruna yang cuba mendekati Hawa. Namun, hati Hawa mudah berubah. Mulanya Hawa cuba menerima lelaki itu tetapi setelah beberapa lama berkawan, Hawa merasakan kekurangan dalam diri lelaki itu.

Siapa sangka setelah hampir 8 tahun, Adam muncul dalam hidupnya. Adam, jejaka yang sangat Hawa sayangi. Hawa sendiri tidak tahu mengapa dia terlalu menyayangi lelaki ini. Mungkin kerana peribadi yang Adam miliki. Adam memiliki 10 ciri yang Hawa idamkan bagi lelaki yang bakal menjadi imam dalam keluarganya. Betapa gembiranya Hawa apabila Adam meluahkan rasa hatinya. 

Adam dan Hawa sentiasa menjaga perhubungan mereka. Tidak mahu tersasar dari landasan yang ditetapkan dalam Islam. Pada mulanya Hawa ingin merahsiakan hubungan mereka kerana selagi belum ada ikatan yang sah, dia tidak mahu menyebarkannya. Tetapi, rakan-rakan mereka cepat menghidu hubungan mereka. Pelbagai dugaan yang Hawa hadapi. Pelbagai asakan daripada rakan-rakan membuatkan Hawa memujuk Adam untuk memberitahu hubungan mereka kepada rakan-rakan secara terang-terangan.

Adam menurut permintaan Hawa kerana tidak mahu Hawa merajuk. Adam tahu hati Hawa sangat sensitif. Adam sedaya upaya menjaga hati bidadarinya. Kerap juga permintaan Hawa ditolak dengan berhemah. Dugaan bagi pasangan yang bercinta. Rasa ingin berjumpa meluap-luap. Adam dan Hawa merasa perkara yang sama. Diburu rasa rindu. Hati wanita yang kalah dengan godaan syaitan laknatullah. Kadang-kadang Hawa meminta untuk berjumpa. Adam menolak. Katanya tidak perlu rasanya mereka berjumpa. Kadang-kadang Hawa ingin berbual melalui telefon. Adam menolak. Adam tidak mahu mereka hanyut dengan godaan musuh manusia. Hawa faham mengapa Adam bertindak sedemikian.

Mereka perlu menjaga perhubungan mereka sebaik mungkin. Pernah rakan Hawa menasihatkan Hawa supaya menjaga hubungan yang terbina itu kerana zuriat yang bakal dilahirkan nanti sedikit sebanyak dipengaruhi dengan sikap ibu bapanya. Oleh itu, jika inginkan zuriat yang soleh dan solehah, dari awal lagi ibu dan bapa perlu menjaga hubungan mereka.

Setelah beberapa lama, Adam menyatakan hasratnya ingin memperisterikan Hawa tetapi masih lagi mencari masa yang sesuai untuk mempertemukan keluarga kedua-dua pihak. Adam berharap Hawa memahaminya. Pernah Adam meluahkan rasa gelisahnya memikirkan langkah dalam merancang masa depan mereka. Rakan sekerja Adam memperingatkan Adam bahawa urusan perkahwinan sekurang-kurangnya memakan belanja RM20 ribu. Hawa menjadi gundah. Hawa memberitahu Adam yang Hawa tidak mengidamkan majlis yang besar dan mewah. Hawa hanya ingin mengadakan majlis yang sederhana. Hawa ada berbincang dengan ibu dan bapanya. Ternyata ibu bapa Hawa juga setuju sekiranya ingin melangsungkan perkahwinan biarlah mudah dan sederhana.

Hati Hawa dihimpit rasa gelisah. Tidak tahu bagaimana ingin diluahkan kepada Adam. Hawa tidak mahu membuat Adam rasa tertekan dan tidak mahu terus-terusan mengasak Adam untuk mempercepatkan perancangan mereka. Hawa buntu. Apa yang perlu dilakukan? Semakin hari, rasa kasih, sayang, cinta dan rindu semakin mendalam. Adakah Hawa mampu menahan dugaan ini?

"Ya Allah Ya Tuhanku.. Andainya Adam jodohku, permudahkanlah.. Dan sekiranya Adam bukan jodohku, jauhkanlah perasaan ini dari hatiku."

Jumaat, 6 Mei 2011

Nasi Ayam


Bahan-bahan:
Nasi
1/2 ekor ayam
3 cawan beras
2 camca mentega
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkeh
1 inci kulit kayu manis
1 batang serai

Sup
1 ulas bawang besar
2 biji ubi kentang
1 sup bunjut
daun sup

Sos kicap
10 biji cabai melaka
1 ulas bawang putih
kicap

Sos tomato
1 biji tomato
2 biji cabai hidup
1 ulas bawang putih
sedikit gula

Cara memasak:
Nasi
- Rebus ayam dengan 4-5 cawan air (rebus hingga mendidih untuk dapatkan air rebusan ayam)
- Panaskan periuk dan masukkan mentega.
- Tumis bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan serai.
- Masukkan 3 setengah cawan air rebusan ayam (untuk 3 cawan beras) * Air mesti lebih dari beras
- Masukkan beras dan kacau. Kemudian masukkan garam secukup rasa.
NOTE! Kacau nasi setelah air mulai kering

Ayam Goreng Kicap
- Keluarkan ayam dari air rebusan.
- Perap ayam dengan sos tiram dan kicap.
- Goreng ayam yang telah diperap. (Tidak perlu goreng lama kerana ayam telahpun direbus)

Sup
- Lebihan air rebusan dan ayam digunakan untuk memasak sup.
- Tambahkan air jika perlu.
- Masukkan bawang besar yang telah dihiris bulat.
- Masukkan sup bunjut dan ubi kentang.
- Apabila kentang mulai empuk, masukkan daun sup dan garam secukup rasa.

Sos Kicap
- Tumbuk cabai melaka dan bawang putih.
- Gaul bersama kicap.

Sos Tomato
- Kisarkan tomato, cabai besar dan bawang putih.
- Masukkan gula secukup rasa.

Khamis, 28 April 2011

Sambal Kentang

Iwan, resepi ni pun mudah dan murah.. Selamat memasak ^_^


Bahan A
1/2 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
10 biji cabai kering

Bahan B
1/2 ulas bawang besar (dihiris bulat)
2 biji ubi kentang (potong 4 atau 6)
Serbuk kunyit
Sosej
Cabai hidup (hiasan)


Cara memasak:
1 - Goreng sosej
   - Goreng ubi kentang yang telah diletak sedikit garam dan kunyit

2 - Tumis Bahan A yang telah dikisar sehingga cabai masak (bertukar warna)
   - Masukkan bawang besar yang telah dihiris bulat
   - Masukkan garam dan gula secukup rasa
   - Masukkan sosej dan ubi kentang yang telah digoreng

Masak Pindang

Adinda Elridzuan, ni resepi kuah pindang.. Simple & sedap.. Resepi arwah mama ^_^
Selamat mencuba! Satu ja acik nak pesan, serai tu pastikan yang betul.. Jangan salah pulak.. :p


2 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang purtih (dihiris)
4-5 biji cabai melaka (belah panjang² atau tumbuk kasar)
Asam keping
Serai
Ikan
Kunyit hidup / serbuk kunyit
Tomato / Bendi
 

Cara memasak: (Tak perlu tumis)
- Masukkan air dalam periuk
- Masukkan bawang merah, bawah putih, cabai melaka, asam keping, kunyit hidup (dikisar) atau serbuk kunyit serai serta ikan.
- Masukkan tomato atau bendi
- Masukkan garam secukup rasa

Andainya Lelaki Tahu

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

Sumber: Link

Rabu, 27 April 2011

Asam Pedas

Resepi ni khas untuk adinda Elridzuan. Selamat mencuba!
Acik siap letak gambar lagi..kot2 x kenal belacan tu macam mana.. :-p

Bahan A
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cabai kering
Belacan




Bahan B
Daun kesum
Asam keping
Bendi
Tomato
Ikan



Cara memasak:
- Panaskan minyak
- Tumis Bahan A (dikisar) sehingga cabai masak... (pecah minyak)
- Masukkan daun kesum
- Masukkan air dan asam keping
- Masukkan ikan
- Masukkan masukkan garam secukup rasa
- Masukkan bendi dan tomato

Isnin, 25 April 2011

SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..

Sumber: Link


Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

Ahad, 24 April 2011

Teks Ucapan MC - Anti Dadah

Assalammualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

                Bungan mawar si bunga rampai,
                Harum mekar menghiasai taman,
                Wakil AADK sudahlah sampai,
                Selamat datang kami ucapkan.

Yang berusaha En. ......................................, En. ........................................, Penolong Kanan Petang Tuan Haji Zainol Abidin bin Lebai Hassan, Penyelia Tingkatan 1 Pn Rozita bt Abdul Latif, Penyelia Tingkatan 2 Pn Norashikin bt Harun, barisan guru-guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat kita berkumpul pada hari ini untuk sama-sama mendengar perkongsian dan ceramah ‘Kesedaran Bahaya Dadah’ dari wakil Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan doa yang akan dibaca oleh ................................................ Dipersilakan.

***
Amin.. amin ya rabbal alamin.
Seterusnya para hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat.

***
Untuk makluman para guru dan pelajar-pelajar, AADK merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu memulihkan penagih dadah, mencegah masyarakat dari terlibat dengan dadah serta membanteras pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Pihak AADK ada menyediakan pameran berkaitan dadah di ......................................... Para guru dan pelajar bolehlah berkunjung ke pameran yang telah disediakan selepas majlis ini.

Pada hari ini kita amat bertuah kerana dapat mendengar perkongsian kisah En. ................................... Beliau merupakan bekas penagih dadah yang kini Alhamdulillah telahpun pulih. Tanpa membuang masa, saya dengan sukacitanya menjemput En. .................................. untuk berkongsi kisah beliau. Dipersilakan.

***
Terima kasih En. ............................................. Semoga para pelajar dapat mengambil iktibar dari perkongsian En. ................................... Ulasan

Seterusnya, saya ingin menjemput En. ................................................. iaitu ................................. untuk menyampaikan ceramah ‘Kesedaran Bahaya Dadah’. Tuan dengan segala hormatnya dipersilakan.

***
Terima kasih En. ................................... Ulasan

Bagi melengkapkan majlis kita pada hari ini, saya ingin menjemput ............................................... untuk mengetuai bacaan ikrar Anti Dadah. Para pelajar diminta berdiri.

***
Terima kasih ....................................
Seterusnya, saya mempersilakan ...................................... untuk mendeklamasikan sajak Anti Dadah.

***
Terima kasih ...................................

Sebagai tanda penghargaan kepada pihak AADK, saya ingin mempersilakan PK Petang Tn Haji Zainol Abidin bin Lebai Hassan untuk menyampaikan cenderahati kepada penceramah kita.

Dipersilakan En .................................... untuk menerima cenderahati daripada kami.
Seterusnya dipersilakan En ..................................

Terima kasih Tn Haji Zainol.

Dengan penyampaian cenderahati itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini.

                Kalau ada jarum yang patah,
                Jangan disimpan di dalam peti,
                Majlis kita selesailah sudah,
                Jumpa lagi di lain kali.

                Tuan puteri pergi ke Rasah,
                Pulang semula di sebelah pagi,
Yang baik itu datangnya dari Allah,
                Yang buruk itu dari kelemahan sendiri.

Akhir kata, saya memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang saya mengendalikan majlis ini. Saya sudahi majlis dengan w.b.t wassalamualaikum warahmatullah hi wabaratuh. Dengan ini majlis bersurai.