TINGGALKAN LINK ANDA DI SINI (",)

Sabtu, 5 Februari 2011

Guru Cemerlang

“Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” - Buku Terma Rujukan Konsep Guru Cemerlang


Pengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar Dan Pegawai Pendidikan. 



Jawatan-jawatan yang dinyatakan di atas merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam bidang perguruan. Kenaikan pangkat dalam bidang perguruan cenderung untuk menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah. 



Secara tidak langsung, bidang perguruan kehilangan guru-guru yang pakar dan berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan pangkat. 



Menyedari hakikat tersebut, kenaikan pangkat Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik bagi Guru Gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah.



Objektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang

  • Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.
  • Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
  • Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain.
  • Meningkatkan motivasi guru.
  • Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang.
  • Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.
  • Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.
  • Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track), Khas Untuk Penyandang (KUP).

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) PENDIDIKAN

Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
1. Sub-NKRA Prasekolah
7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan:

  1. Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasokolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
  2. Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
  3. Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan
  4. Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
  5. Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan pedalaman
  6. Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah.
  7. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan

2. Sub-NKRA Literasi dan Numerasi

NKRA – Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012
*Kanak-kanak berkeperluan khas – didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

3. Sub-NKRA Sekolah Berprestasi Tinggi

3.1 Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik

Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan)

3.2 Menghasilkan pelajar yang cemerlang

Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang

3.3 Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem

Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut.

4. Sub-NKRA Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah

Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah di Malaysia:

NKRA


Pada 20 Januari 2010 YAB Perdana Menteri telah melancarkan pelan hala tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) dengan berprinsipkan 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Program Transformasi Kerajaan (GTP) dirangka untuk mengatasi segala halangan bagi mencapai Wawasan 2020.  Program Transformasi Kerajaan ini memperincikan objektif, keberhasilan dan set tindakan permulaan dalam bidang yang dikenal pasti sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA). Seiring dengan itu, Kerajaan juga dalam proses untuk membentuk Model Ekonomi Baru dan juga penyediaan Rancangan Malaysia Ke-10. GTP merupakan enjin transformasi yang bermula dengan proses pencarian idea terbaik dan melangkah dengan pantas untuk melaksanakannya. Ia  juga merupakan satu pelan hala tuju yang fleksibel untuk mencapai sasaran melalui initiatif-initiatif yang telah dikenalpasti. NKRA merupakan gabungan keutamaan jangka masa pendek untuk menangani keperluan rakyat. Kewujudan NKRA bukan bererti bidang lain tidak akan mendapat perhatian. Bidang-bidang lain akan diliputi di peringkat Menteri (MKRA) melalui fungsi dan tanggungjawab Kementerian masing-masing.  

Enam NKRA  telah diputuskan oleh Kabinet iaitu:
  1. Mengurangkan jenayah (Kementerian Dalam Negeri)
  2. Membanteras rasuah (Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri).
  3. Mempertingkat pencapaian pendidikan (Kementerian Pelajaran malaysia).
  4. Mempertingkatkan taraf kehidupan isirumah berpendapatan rendah(Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).
  5. Mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar(Kementerian Luar Bandar dan Wilayah). 
  6. Memperbaiki pengangkutan awam bandar (Kementerian Pengangkutan). 
Demi mencapai NKRA, kerajaan akan memberi keutamaan dari segi perhatian pemimpin, pengagihan kewangan dan mendapatkan khidmat pegawai yang berbakat. Di samping itu, segala input dan maklumbalas dari peringkat akar umbi, sektor swasta dan lain-lain akan diperolehi dan diberikan perhatian dan tindakan yang sewajarnya.

Perlukah meluahkan perasaan?

Tadi aku terbaca blog seorang blogger mengenai 'Perlukah meluahkan perasaan?'.. Entri tu tercetus sebab masa dia chatting, ada sorang perempuan luahkan perasaan sedih sebab perempuan ni sukakan sorang laki, tapi laki tu sudahpun berpunya. Then, ada la yang bagi pendapat itu la ini la.. Kebanyakan chatter perempuan cakap, perlu luahkan perasaan kat laki tu. Tapi chatter laki cakap tak perlu. Macam-macam perbezaan pendapat.. 

Teringat pulak masa zaman aku belajar kat U dulu.. Aku ada minat kat sorang laki. Dia budak kelas aku walaupun satu kelas, aku tak pernah berani nak bercakap dengan dia. Depan dia aku jadi kaku. Aku mula minat dia masa mula-mula masuk kelas tu. Pertama, sebab dia class rep. Pastu, aku tau yang dia terer main bola. Pastu, aku pernah ternampak dia pi surau. Bertambahlah hati ini menyukai dia.

Walaupun hati ni suka dia, aku tak berani nak luahkan. Rasa macam terhegeh-hegeh pulak kalo aku luahkan. Dah la masih belajar. Kawan-kawan rapat aku tau yang aku sukakan laki tu. Macam-macam depa cuba buat untuk bagi peluang kat aku. Paling kelakar, ada yang sanggup dapatkan nombor tepon laki tu untuk aku. Then, masa birthday aku, depa paksa laki tu SMS wish birthday kat aku. Serius, aku tak berani nak luahkan perasaan aku. Sepanjang  pengajian memang aku simpan je perasaan aku tu. Walaupun aku dah couple dengan orang lain, aku tetap ikut perkembangan dia. Sampai dah abis belajar pun aku tetap nak tau berita dia.

Itu kisah aku mengenai 'perlukah luahkan perasaan'. Bagi aku, tengok keadaan jugak kalo nak luahkan perasaan. Kalo nak luahkan perasaan, pastikan korang betul-betul bersedia. Macam aku, aku tak berani nak luahkan perasaan sebab ........ haha. Ade la :p

Jumaat, 4 Februari 2011

Nasihat Imam Ghazali

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah swt bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat
kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari
esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan
ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Imam Ghazali: Apa yang paling berat didunia ini?

Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali
didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan
dunia, kita tinggalkan solat

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati
dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Beringat-ingatlah semua.....

Rabu, 2 Februari 2011

Bengkel Pengurusan Pusat Sumber (GSTT 2011)

Pada 1 Februari 2011, seramai 6 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) telah melapor diri di SMK Sultan Badlishah. Bahagian Pusat Sumber Al-Hikmah diberi amanah oleh pihak pentadbiran untuk membuat kursus untuk semua GSTT yang baru melapor diri. 

Oleh itu, pada 2 Februari 2011, Guru Pusat Sumber & Media (Cg Rahim) dan juga Guru Perpustakaan (Cg Elhidayah) telah membuat satu kursus untuk mereka. Kursus bermula pada jam 8.00 pagi. Sesi pertama, kami berkenalan antara satu sama lain. Kemudian, Cg Rahim memberi sedikit taklimat mengenai sekolah, budaya sekolah dan beberapa perkara tentang sekolah. Cg Elhidayah pula memberi sedikit taklimat mengenai pengurusan pusat sumber sekolah. 

Seterusnya, selepas minum pagi, semua GSTT membuat beberapa kerja pengurusan pusat sumber dengan dibantu oleh Cg Rahim dan Cg Elhidayah. Kursus ini tamat pada jam 3.00 petang.

Pengurusan buku pusat sumber 
Pengurusan dokumentasi pusat sumber

Tekun menjalankan tugasan

Orientasi Penggunaan Pusat Sumber Sekolah

         Anjuran: Pusat Sumber Al-Hikmah
Tempat: Perpustakaan Al-Hikmah
Tarikh: 9 Januari 2011
         Masa: 3.30 petang - 6.30 petang
  
 1.0              Pengenalan

Pusat sumber merupakan pemangkin pembudayaan ilmu yang menawarkan pelbagai perkhidmatan berbentuk pendidikan untuk warga sekolah. Matlamat Pusat  Sumber Al-Hikmah adalah untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek dan sahsiah. Fokus utama Pusat Sumber Al-Hikmah adalah kepada budaya ilmu iaitu pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu, taklimat ini membolehkan pelajar-pelajar mengenali dengan lebih dekat pusat sumber di sekolah ini.

2.0               Objektif

a.       Memperkenalkan pusat sumber kepada pelajar-pelajar baru tingkatan satu.
b.      Menggalakkan pelajar menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran dan tidak bergantung kepada buku teks semata-mata.
c.       Membantu pelajar-pelajar mencapai kecemerlangan pendidikan dengan menggunakan segala sumber dan teknologi yang terdapat di pusat sumber secara berkesan.
d.      Memupuk tabiat belajar secara sendiri dan berkumpulan dengan cara membaca, menyelidik, mengulangkaji pelajaran melalui pencarian maklumat secara sistematik.

3.0               Sasaran

Sasaran taklimat ini adalah kepada peserta daripada kalangan pelajar Tingkatan Satu yang masih baru dengan sistem pusat sumber di sekolah ini.

4.0               Penceramah

En. Abdul Rahim B. Ali    ( Guru Perpustakaan dan Media )
Cik Noor Elhidayah Bt. Elias ( Guru Perpustakaan )

5.0               Pelaksanaan
Tarikh         : 9 Januari 2011
Hari            : Ahad
Masa          : 3.30-4.30 petang ( 1A1, 1A2, 1A3, dan 1A4 )
                    4.30-5.30 petang ( 1A5, 1A6, 1A7, dan 1A8 )
                    5.30-6.30 petang ( 1A9, 1A10, 1A11, 1A12 )
Tempat       : Perpusatakaan Al-Hikmah

    Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan ialah taklimat kepada pelajar-pelajar tingkatan satu mengenai pusat sumber dan kemudahan-kemudahan yang disediakan

Cikgu Elhidayah sedang memberi taklimat penggunaan PSS kepada pelajar Tingkatan 1

Tayangan montaj PSS

Pelajar mendengar taklimat penggunaan PSS

Sesi soal jawab

KURSUS PENGURUSAN PRA PUSAT SUMBER FASA 1 DAN BENGKEL RAKAN PEMBACA


 

Anjuran: Pusat Sumber Al-Hikmah
Tempat: Perpustakaan Al-Hikmah
Tarikh: 31 Januari 2011
Masa: 8.00 pagi – 4.30 petang




PENGENALAN
Program ini merupakan kursus fasa pertama bagi tahun 2011. Program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan awal tentang pengurusan Pusat Sumber kepada Pengawas Pusat Sumber. Selain itu, program ini memberi pendedahan kepada Rakan Pembaca tentang aktiviti ahli Rakan Pembaca.

OBJEKTIF
1.        Memberi pendedahan awal kepada pengawas pusat sumber yang baru dilantik
2.        Mendedahkan  bidang tugas dan peranan pengawas PSS
3.        Mewujudkan semangat kerjasama di antara Pengawas Pusat Sumber yang baru dilantik dengan pengawas yang lama.
4.        Memberi pendedahan kepada peserta Rakan Pembaca.

KUMPULAN SASARAN
1.      Pengawas Pusat Sumber 
2.      Ahli Rakan Pembaca 

TARIKH/TEMPAT
Tarikh: 31 Januari 2011
Tempat: Perpustakaan Al-Hikmah

FASILITATOR
1.      En. Abdul Rahim bin Ali
2.      Cik Noor Elhidayah bt Elias
3.      Cik Nordiana bt Che Daud
4.      Pn.Intan Suria bt Mohd Khalil
5.      Pn.Raziah bt Abd Aziz
6.      Cik Rohaida bt Ariffin

TENTATIF PROGRAM

TARIKH/MASA
8.00-8.30
8.30-9.00
9.00-9.30
9.30-10.00
10.00-12.30
1.00-2.00
2:00-4:30 ptg

31 Jan 2011



Pendaftaran



TAKLIMAT KURSUS
(En.Abdul Rahim b Ali)

Minum Pagi



TAKLIMAT TATACARA PSS
(En.Abdul Rahim b Ali)

AMALI PENGURUSAN SUMBER
(Cik Noor Elhidayah Elias)

MAKAN TENGAH HARI/SOLAT ZOHOR
(Cik Rohaida bt Ariffin)


AMALI PENGURUSAN SUMBER
(Cik Noor Elhidayah Elias)

TAKLIMAT RAKAN PEMBACA
(Pn. Raziah bt Abd Aziz)

BENGKEL RAKAN PEMBACA
(Pn. Intan Suria bt Mohd Khalil & Cik Nordiana bt Che Daud)

TAKLIMAT PERATURAN PERTANDINGAN & PEMARKAHAN
(En. Abdul Rahim b Ali)

BENGKEL RAKAN PEMBACA
(Pn. Intan Suria bt Mohd Khalil & Cik Nordiana bt Che Daud)



PENUTUP
Program ini telah berjalan dengan lancar dan mengikut waktu yang telah dijadualkan. Pengawas Pusat Sumber telah diberi taklimat tentang maklumat dan kemahiran yang berkaitan dengan pengurusan pusat sumber sekolah. Seterusnya, Pengawas Pusat Sumber telah diberi bengkel atau amali pengurusan Pusat Sumber di mana mereka telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi tugasan. Kursus ini telah mencapai objektif yang digariskan dan diharapkan semoga Pengawas Pusat Sumber dapat melaksanakan tugas dengan komited dan professional pada masa akan datang. Selain itu, Bengkel Rakan Pembaca telah memberi pendedahan awal kepada peserta dan menyuntik keyakinan dalam diri setiap peserta. Secara keseluruhannya, program ini telah memberi input yang berguna kepada semua peserta kursus ini.


Pendaftaran

Cikgu Abdul Rahim bin Ali memberi taklimat kepada pengawas PSS

Cikgu Abdul Rahim bin Ali memperkenalkan pengawas PSS yang baru dilantik


Amali pengurusan PSS

Bengkel Rakan Pembaca

Cikgu Abdul Rahim bin Ali memberi taklimat kepada Rakan Pembaca

Selasa, 1 Februari 2011

Krisis Mesir - Teruskan Berdoa

Assalamualaikum



Kejadian rusuhan di Mesir bukan lagi masanya untuk kita menuding jari menyalahkan pihak itu ini. Inilah masanya untuk kita bersatu dalam menyelesaikan permasalahan ini. Kira-kira 11 ribu rakyat kita di sana walaupun pengkhabarannya sedikit jelas dan tak jelas untuk diterima. Semua kena peka dan berusahalah untuk mendoakan keselamatan mereka. Kepada pihak yang suka mengkritik itu ini, hentikan kritikan anda.

Pastinya pihak yang berkuasa sedang melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya. Jadi, isu seperti ini menjadikan kita untuk lebih peka dengan dunia luar dan bukannya menuding jari tak sudah-sudah. Pengkhabaran dari Facebook kisah di Mesir sedikit melegakan namun teruskan berdoa dan memberikan keyakinan keselamatan kepada mereka di sana.

Mereka perlukan sokongan kita untuk terus berusaha menyelamatkan diri dari kekecohan. Sumber-sumber berita atau info semasa diharap memberikan maklumat yang sahih agar tak wujud spekulasi buruk melampau kepada rakyat di sana mahupun di sini. Sama-samalah kita mendoakan keselamatan mereka. Apa yang penting, sokongan moral anda lebih berguna daripada kritikan. Teruskan mendoakan mereka.

Entry tentang krisis Mesir ini klik sini untuk paparan bergambar.

Dibawah ni satu seruan untuk anda dan bersama-samalah kita menyebarkannya dengan tujuan kesedaran serta perhatian kita kepada mereka di sana. Paling penting doakan keselamatan mereka. Sumber dari kisah di Egypt

Minta jasa baik semua yang berada di Malaysia,Tolong, tolong, tolong, sebarkan pada semua.
Tingkatkan kesedaran.
Rakyat Malaysia di Egypt perlukan bantuan kerajaan.
Secepat mungkin.
Keadaan di Egypt adalah lebih buruk dari yg anda semua tahu.

Kami lihat, media utama di Malaysia tidak ketengahkan langsung hal Egypt.
Kata TPM, "Pelajar Malaysia selamat, tidak perlu dibawa pulang."

Please, jangan bergantung pada media tempatan dah.
Go online, bukak BBC, Al-Jazeera.
BUKA MATA, banyak lagi penting dari hal pilihanraya Tenang tu.

Kenapa, kenapa, student abroad je yg banyak sebarkan hal ni???
Lepas tu, keluarga pelajar Egypt yg kt Malaysia je risau.
Korang tak risau ke?
Tolong la, aku merayu ni.

Okay, wanna know the truth???

Airport di Alexandria dah tak boleh pakai.
Balai polis di sekitar Mansoura dan Alexandria dah dipecah.
Angkatan polis diarahkan untuk tidak mengawal, kononnya untuk susahkan lagi protes.
Penjara-penjara, yes, PLURAL, di sekitar Egypt dah dipecah masuk; lebih 6000 banduan terlepas di jalan-jalan Egypt.
Pelajar2 perempuan terpaksa bergantung dengan pelajar2 lelaki untuk mengawal rumah mereka.
picture credit to krisis mesir

Aduh, tak boleh tidur aku malam ni, menunggu updates dari Egypt.
Korang, please. Aku merayu ni. Sama2 kita tolong. InshaAllah, semua akan selamat.



post credit to umek.thanks for posting this babe. i wouldnt understand unless you post it. and im praying that my aunty and all malaysian at egypt is alright. amin.

and you. yang sedang membaca. please copy and paste entry ini di blog, di facebook, di twitter in everywhere social network you have. spread it please.
thank you. :'(

Friendship Award


Salam sejahtera.. Aku nak kasi award ni kat Cikgu Hakim sebab dia dah tolong aku memperbaharui blog aku ni. Dia telah memberi komen yang membina dan berkorban masa untuk melayan kerenah aku ni. Hehehe.. thanks ye dik.. Nah amik award ni. Thanks you so much (",)