TINGGALKAN LINK ANDA DI SINI (",)

Rabu, 2 Februari 2011

Bengkel Pengurusan Pusat Sumber (GSTT 2011)

Pada 1 Februari 2011, seramai 6 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) telah melapor diri di SMK Sultan Badlishah. Bahagian Pusat Sumber Al-Hikmah diberi amanah oleh pihak pentadbiran untuk membuat kursus untuk semua GSTT yang baru melapor diri. 

Oleh itu, pada 2 Februari 2011, Guru Pusat Sumber & Media (Cg Rahim) dan juga Guru Perpustakaan (Cg Elhidayah) telah membuat satu kursus untuk mereka. Kursus bermula pada jam 8.00 pagi. Sesi pertama, kami berkenalan antara satu sama lain. Kemudian, Cg Rahim memberi sedikit taklimat mengenai sekolah, budaya sekolah dan beberapa perkara tentang sekolah. Cg Elhidayah pula memberi sedikit taklimat mengenai pengurusan pusat sumber sekolah. 

Seterusnya, selepas minum pagi, semua GSTT membuat beberapa kerja pengurusan pusat sumber dengan dibantu oleh Cg Rahim dan Cg Elhidayah. Kursus ini tamat pada jam 3.00 petang.

Pengurusan buku pusat sumber 
Pengurusan dokumentasi pusat sumber

Tekun menjalankan tugasan

Orientasi Penggunaan Pusat Sumber Sekolah

         Anjuran: Pusat Sumber Al-Hikmah
Tempat: Perpustakaan Al-Hikmah
Tarikh: 9 Januari 2011
         Masa: 3.30 petang - 6.30 petang
  
 1.0              Pengenalan

Pusat sumber merupakan pemangkin pembudayaan ilmu yang menawarkan pelbagai perkhidmatan berbentuk pendidikan untuk warga sekolah. Matlamat Pusat  Sumber Al-Hikmah adalah untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek dan sahsiah. Fokus utama Pusat Sumber Al-Hikmah adalah kepada budaya ilmu iaitu pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu, taklimat ini membolehkan pelajar-pelajar mengenali dengan lebih dekat pusat sumber di sekolah ini.

2.0               Objektif

a.       Memperkenalkan pusat sumber kepada pelajar-pelajar baru tingkatan satu.
b.      Menggalakkan pelajar menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran dan tidak bergantung kepada buku teks semata-mata.
c.       Membantu pelajar-pelajar mencapai kecemerlangan pendidikan dengan menggunakan segala sumber dan teknologi yang terdapat di pusat sumber secara berkesan.
d.      Memupuk tabiat belajar secara sendiri dan berkumpulan dengan cara membaca, menyelidik, mengulangkaji pelajaran melalui pencarian maklumat secara sistematik.

3.0               Sasaran

Sasaran taklimat ini adalah kepada peserta daripada kalangan pelajar Tingkatan Satu yang masih baru dengan sistem pusat sumber di sekolah ini.

4.0               Penceramah

En. Abdul Rahim B. Ali    ( Guru Perpustakaan dan Media )
Cik Noor Elhidayah Bt. Elias ( Guru Perpustakaan )

5.0               Pelaksanaan
Tarikh         : 9 Januari 2011
Hari            : Ahad
Masa          : 3.30-4.30 petang ( 1A1, 1A2, 1A3, dan 1A4 )
                    4.30-5.30 petang ( 1A5, 1A6, 1A7, dan 1A8 )
                    5.30-6.30 petang ( 1A9, 1A10, 1A11, 1A12 )
Tempat       : Perpusatakaan Al-Hikmah

    Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan ialah taklimat kepada pelajar-pelajar tingkatan satu mengenai pusat sumber dan kemudahan-kemudahan yang disediakan

Cikgu Elhidayah sedang memberi taklimat penggunaan PSS kepada pelajar Tingkatan 1

Tayangan montaj PSS

Pelajar mendengar taklimat penggunaan PSS

Sesi soal jawab

KURSUS PENGURUSAN PRA PUSAT SUMBER FASA 1 DAN BENGKEL RAKAN PEMBACA


 

Anjuran: Pusat Sumber Al-Hikmah
Tempat: Perpustakaan Al-Hikmah
Tarikh: 31 Januari 2011
Masa: 8.00 pagi – 4.30 petang




PENGENALAN
Program ini merupakan kursus fasa pertama bagi tahun 2011. Program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan awal tentang pengurusan Pusat Sumber kepada Pengawas Pusat Sumber. Selain itu, program ini memberi pendedahan kepada Rakan Pembaca tentang aktiviti ahli Rakan Pembaca.

OBJEKTIF
1.        Memberi pendedahan awal kepada pengawas pusat sumber yang baru dilantik
2.        Mendedahkan  bidang tugas dan peranan pengawas PSS
3.        Mewujudkan semangat kerjasama di antara Pengawas Pusat Sumber yang baru dilantik dengan pengawas yang lama.
4.        Memberi pendedahan kepada peserta Rakan Pembaca.

KUMPULAN SASARAN
1.      Pengawas Pusat Sumber 
2.      Ahli Rakan Pembaca 

TARIKH/TEMPAT
Tarikh: 31 Januari 2011
Tempat: Perpustakaan Al-Hikmah

FASILITATOR
1.      En. Abdul Rahim bin Ali
2.      Cik Noor Elhidayah bt Elias
3.      Cik Nordiana bt Che Daud
4.      Pn.Intan Suria bt Mohd Khalil
5.      Pn.Raziah bt Abd Aziz
6.      Cik Rohaida bt Ariffin

TENTATIF PROGRAM

TARIKH/MASA
8.00-8.30
8.30-9.00
9.00-9.30
9.30-10.00
10.00-12.30
1.00-2.00
2:00-4:30 ptg

31 Jan 2011



Pendaftaran



TAKLIMAT KURSUS
(En.Abdul Rahim b Ali)

Minum Pagi



TAKLIMAT TATACARA PSS
(En.Abdul Rahim b Ali)

AMALI PENGURUSAN SUMBER
(Cik Noor Elhidayah Elias)

MAKAN TENGAH HARI/SOLAT ZOHOR
(Cik Rohaida bt Ariffin)


AMALI PENGURUSAN SUMBER
(Cik Noor Elhidayah Elias)

TAKLIMAT RAKAN PEMBACA
(Pn. Raziah bt Abd Aziz)

BENGKEL RAKAN PEMBACA
(Pn. Intan Suria bt Mohd Khalil & Cik Nordiana bt Che Daud)

TAKLIMAT PERATURAN PERTANDINGAN & PEMARKAHAN
(En. Abdul Rahim b Ali)

BENGKEL RAKAN PEMBACA
(Pn. Intan Suria bt Mohd Khalil & Cik Nordiana bt Che Daud)



PENUTUP
Program ini telah berjalan dengan lancar dan mengikut waktu yang telah dijadualkan. Pengawas Pusat Sumber telah diberi taklimat tentang maklumat dan kemahiran yang berkaitan dengan pengurusan pusat sumber sekolah. Seterusnya, Pengawas Pusat Sumber telah diberi bengkel atau amali pengurusan Pusat Sumber di mana mereka telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi tugasan. Kursus ini telah mencapai objektif yang digariskan dan diharapkan semoga Pengawas Pusat Sumber dapat melaksanakan tugas dengan komited dan professional pada masa akan datang. Selain itu, Bengkel Rakan Pembaca telah memberi pendedahan awal kepada peserta dan menyuntik keyakinan dalam diri setiap peserta. Secara keseluruhannya, program ini telah memberi input yang berguna kepada semua peserta kursus ini.


Pendaftaran

Cikgu Abdul Rahim bin Ali memberi taklimat kepada pengawas PSS

Cikgu Abdul Rahim bin Ali memperkenalkan pengawas PSS yang baru dilantik


Amali pengurusan PSS

Bengkel Rakan Pembaca

Cikgu Abdul Rahim bin Ali memberi taklimat kepada Rakan Pembaca

Selasa, 1 Februari 2011

Krisis Mesir - Teruskan Berdoa

Assalamualaikum



Kejadian rusuhan di Mesir bukan lagi masanya untuk kita menuding jari menyalahkan pihak itu ini. Inilah masanya untuk kita bersatu dalam menyelesaikan permasalahan ini. Kira-kira 11 ribu rakyat kita di sana walaupun pengkhabarannya sedikit jelas dan tak jelas untuk diterima. Semua kena peka dan berusahalah untuk mendoakan keselamatan mereka. Kepada pihak yang suka mengkritik itu ini, hentikan kritikan anda.

Pastinya pihak yang berkuasa sedang melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya. Jadi, isu seperti ini menjadikan kita untuk lebih peka dengan dunia luar dan bukannya menuding jari tak sudah-sudah. Pengkhabaran dari Facebook kisah di Mesir sedikit melegakan namun teruskan berdoa dan memberikan keyakinan keselamatan kepada mereka di sana.

Mereka perlukan sokongan kita untuk terus berusaha menyelamatkan diri dari kekecohan. Sumber-sumber berita atau info semasa diharap memberikan maklumat yang sahih agar tak wujud spekulasi buruk melampau kepada rakyat di sana mahupun di sini. Sama-samalah kita mendoakan keselamatan mereka. Apa yang penting, sokongan moral anda lebih berguna daripada kritikan. Teruskan mendoakan mereka.

Entry tentang krisis Mesir ini klik sini untuk paparan bergambar.

Dibawah ni satu seruan untuk anda dan bersama-samalah kita menyebarkannya dengan tujuan kesedaran serta perhatian kita kepada mereka di sana. Paling penting doakan keselamatan mereka. Sumber dari kisah di Egypt

Minta jasa baik semua yang berada di Malaysia,Tolong, tolong, tolong, sebarkan pada semua.
Tingkatkan kesedaran.
Rakyat Malaysia di Egypt perlukan bantuan kerajaan.
Secepat mungkin.
Keadaan di Egypt adalah lebih buruk dari yg anda semua tahu.

Kami lihat, media utama di Malaysia tidak ketengahkan langsung hal Egypt.
Kata TPM, "Pelajar Malaysia selamat, tidak perlu dibawa pulang."

Please, jangan bergantung pada media tempatan dah.
Go online, bukak BBC, Al-Jazeera.
BUKA MATA, banyak lagi penting dari hal pilihanraya Tenang tu.

Kenapa, kenapa, student abroad je yg banyak sebarkan hal ni???
Lepas tu, keluarga pelajar Egypt yg kt Malaysia je risau.
Korang tak risau ke?
Tolong la, aku merayu ni.

Okay, wanna know the truth???

Airport di Alexandria dah tak boleh pakai.
Balai polis di sekitar Mansoura dan Alexandria dah dipecah.
Angkatan polis diarahkan untuk tidak mengawal, kononnya untuk susahkan lagi protes.
Penjara-penjara, yes, PLURAL, di sekitar Egypt dah dipecah masuk; lebih 6000 banduan terlepas di jalan-jalan Egypt.
Pelajar2 perempuan terpaksa bergantung dengan pelajar2 lelaki untuk mengawal rumah mereka.
picture credit to krisis mesir

Aduh, tak boleh tidur aku malam ni, menunggu updates dari Egypt.
Korang, please. Aku merayu ni. Sama2 kita tolong. InshaAllah, semua akan selamat.



post credit to umek.thanks for posting this babe. i wouldnt understand unless you post it. and im praying that my aunty and all malaysian at egypt is alright. amin.

and you. yang sedang membaca. please copy and paste entry ini di blog, di facebook, di twitter in everywhere social network you have. spread it please.
thank you. :'(

Friendship Award


Salam sejahtera.. Aku nak kasi award ni kat Cikgu Hakim sebab dia dah tolong aku memperbaharui blog aku ni. Dia telah memberi komen yang membina dan berkorban masa untuk melayan kerenah aku ni. Hehehe.. thanks ye dik.. Nah amik award ni. Thanks you so much (",)

Isnin, 31 Januari 2011

Follower ke-50


Award ini aku anugerahkan kepada Madam Lala kerana telah menjadi follower ke-50.. Madam Lala, sila amik award anda ya.. Terima kasih kepada semua follower.. (",)

Sabtu, 29 Januari 2011

3 hari 2 malam di Gunung Jerai (Part 2)


PERKHEMAHAN KEPIMPINAN DI GUNUNG JERAI Anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Sultan Badlishah

28 JANUARI 2011
Para pelajar bangun seawal 5 pagi untuk bersiap menunaikan solat Subuh secara berjemaah dengan para fasilitator. Guru-guru menyediakan sarapan untuk para pelajar. Menu sarapan pada pagi ini adalah nasi lemak. Berselera para pelajar menjamu selera sehingga nasi lemak tidak mencukupi. Guru-guru terpaksa memasak nasi goreng untuk para fasilitator. Selesai makan pagi, para pelajar dibawa oleh pihak Perhutanan untuk jungle tracking. Mereka diperkenalkan dengan pelbagai tumbuhan dalam hutan sepanjang aktiviti ini.

Setelah selesai aktiviti jungle tracking, para pelajar menjamah makan tengah hari. Pada jam 1 petang, semua pelajar lelaki dibawa turun dengan menaiki van untuk menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan. Pelajar perempuan pula berkumpul dengan fasilitator untuk tazkirah sebelum menunaikan solat Zohor.

Selesai solat Zohor, para pelajar berkumpul untuk aktiviti yang seterusnya yang telah dirancang oleh pihak PERHILITAN. Selepas aktiviti itu, para pelajar diberi masa untuk berehat sebelum meneruskan aktiviti seterusnya. Pelajar diberi makan cucur jagung untuk makan petang. Selesai solat Asar, para pelajar berkumpul untuk aktiviti yang diberi nama 'Gua'. Semua pelajar perlu menutup mata dan mengikut arahan para fasilitator. Para pelajar tidak tahu ke mana mereka dibawa. Fasilitator memberitahu para pelajar bahawa mereka akan dibawa ke sebuah gua. Para pelajar perlu berpandukan tali yang telah diikat sehingga sampai ke destinasi. Aktiviti ini memupuk semangat keberanian dalam diri setiap pelajar. Mereka perlu meredah hutan dengan mata yang tertutup, menyusur di bawah titi dan merangkak di dalam 'gua jadian'.

Selepas solat Maghrib, para pelajar seperti biasa diberi tazkirah oleh pihak PERHILITAN sementara menunggu waktu Isyak. Selepas solat Isyak, para pelajar diberi masa untuk makan malam. Kemudian, pihak PERHILITAN memberi ceramah mengenai jabatan PERHILITAN. Tepat jam 11 malam, aktiviti 'Jasa Bonda' iaitu aktiviti untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang besarnya jasa ibu bapa. Alunan muzik dan video yang dipaparkan bukan sahaja menyentuh perasaan pelajar malahan para guru turut menitiskan air mata. Apabila muzik ditamatkan, guru-guru memeluk para pelajar untuk menenangkan mereka. Aktiviti malam ini berakhir pada jam 12.15 malam. Sebelum pelajar masuk tidur ke khemah masing-masing, pelajar diberi minum malam.

Jumaat, 28 Januari 2011

3 hari 2 malam di Gunung Jerai (Part 1)


PERKHEMAHAN KEPIMPINAN DI GUNUNG JERAI Anjuran Unit Biimbingan & Kaunseling SMK Sultan Badlishah

27 Januari 2011
Seramai 30 orang pelajar yang terdiri daripada 21 perempuan dan 9 lelaki mengikuti program ini. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Sultan Badlishah untuk memupuk semangat kepimpinan khususnya untuk pengawas sekolah, pengawas asrama dan pengawas pusat sumber. Program ini diiring oleh 5 guru perempuan dan 2 guru lelaki.

Kami bertolak dari sekolah pada jam 12.45 tengah hari dengan menaiki bas sekolah. Kami tiba di kaki Gunung Jerai pada jam 2.15 petang. Semua pelajar dan guru menunaikan solat Zohor terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke tapak perkhemahan. 4 orang guru menaiki van untuk menuju ke tapak perkhemahan. Manakala semua pelajar diiring oleh 2 guru lelaki dan seorang guru perempuan berjalan kaki sejauh lebih 10 km menuju ke tapak perkhemahan tersebut. Barang-barang seperti beg pakaian dan juga makanan dibawa oleh sebuah lagi van yang disewa khas.

Dengan cuaca yang dingin, mengurangkan rasa penat yang melancarkan perjalanan untuk mendaki gunung tersebut. Pada mulanya pelajar berjalan dalam satu kumpulan yang besar. Namun, setelah suku perjalanan, terdapat sekolompok pelajar yang kepenatan. Oleh itu, kumpulan yang besar itu berpecah untuk meneruskan perjalanan. Guru perempuan mengiringi kelompok pertama meneruskan perjalanan. Kelompok di belakang dikawal oleh guru lelaki.

Hujan yang turun tidak mematahkan semangat kami untuk terus menyahut cabaran pendakian itu. Alhamdulillah, kelompok pertama tiba di tapak perkhemahan awal dari masa yang dijangkakan. Kami mengambil masa 2 jam 15 minit untuk tiba di tapak perkhemahan.

Kami membersihkan diri dan menunaikan solat Asar sebelum diberi arahan untuk mendirikan khemah. Guru-guru yang tiba lebih awal menyiapkan makanan untuk para pelajar.

Segala aktiviti untuk pelajar diserahkan sepenuhnya kepada pihak PERHILITAN untuk menguruskan dan melaksanakan aktiviti bagi memupuk semangat kepimpinan dalam diri pelajar.

Malam pertama sangat sejuk dengan angin yang sesekali menyapa dan hujan yang turun mencurah bumi. Sarung kaki dan pakaian tebal tidak memberi kesan untuk memanaskan badan. 

Khamis, 27 Januari 2011

I'm So Tired

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kpd semua blogger.. Fuhhh.. dah bersawang eLLe PunYe BLoG ni.. Maaf la memang tak sempat nak buat entri baru sebab banyak komitmen lain lagi..

Semalam (26 Jan 2011) hari yang sangat memenatkan.. Dari pukul 8 pagi sampai 6.30 petang.. 8 pagi dah bergegas ke sekolah untuk perjumpaan Kelab Badminton.. Abis ja perjumpaan, berbincang pulak ngan Cikgu Rahim berkenaan Pusat Sumber.. Balik dari sekolah, dalam kul 11 camtu baru nak mencari sarapan.. Sampai ja umah, buka FB dulu.. Pastu terus bersiap untuk ke sekolah balik.. Kul 12 mesyuarat cikgu-cikgu petang.. Abih ja mesyuarat cikgu petang, kul 1.10 bergegas pulak ke mesyuarat Panitia Math.. Ingatkan sekejap ja mesyuarat tu, rupanya ada 9 agenda.. Fuhh.. nasib baik dah tinggalkan kerja kat budak2 kelas 1A11 ngan 1A2.. 

Abis ja mesyuarat pukul 2.40 terus bergegas ke kelas 1A2 walaupun cuma ada 5 minit ja lagi sebelum abis waktu. Ajar sikit-sikit dan selesaikan urusan kelas yang belum selesai.. Hari ni budak2 1A2 agak diam.. Mungkin sebab sehari sebelum tu dah kena angin cikgu.. Haha.. Sori la, cikgu dah pesan kan, jangan buat cikgu marah.. Kan dah kena puting beliung.. keh3.. Abis ja urusan kat 1A2, berlari pulak ke library.. Bayangkan dari blok Gigih nak ke library aku dengan baju kebaya macam lipas kudung terkedek-kedek ke library.. Selesai urusan kat library terus bergegas ke kelas 1A12 pulak.. 

"Cikgu, cikgu lewat 5 minit"... Amboi.. aku kena balik.. Haha.. Masa 1st class aku dah warning budak2 jgn masuk lewat..kalo tak nanti depa hutang masa ngan aku.. Skng, aku pulak yang kena dengan depa.. Dushhh kena batang hidung.. Tapi aku bukan saja-saja nak masuk lewat.. Ada tugas yang perlu diselesaikan.. Semuanya kena selesai hari itu jugak sebab hari ni aku nak ke Gunung Jerai selama 3 hari 2 malam.. 

Abih kelas kul 4.45.. Amik nafas dulu.. duduk jap kat bilik guru.. tiba2 perut aku bernyanyi dondang sayang.. aduss.. aku tak makan lagi rupanya.. kalo abah tau, mesti kena berleter dah... "Keja tu keja jugak tapi jangan sampai tak makan. Hang tu dah la kurus.. Bertambah kurus pulak. Kalau sakit nanti cmna? Kena gastrik.. bla2".. macam tu la abah dok berleter.. Sayang jugak abah kat anak dia yang comel ni... hehe.. Nak pi kantin, dah malas nak jalan.. nasib ada buah oren atas meja.. Baru nak suap, ada beberapa student bertandang ke tempat aku.. Layan student dulu.. Itu la ini la.. pening aku ngan budak2 ni.. huhu.. Tengok2 jam dah kul 5.15.. Terus mencapai fail library dan terus terkedek-kedek cari calon pengawas pusat sumber sbb nak serah surat panggilan kursus.. Selesai ja pasal surat tu..kembali ke bilik guru.. 

Baru je duduk, budak kelas 1A4 datang hantar buku.. Huhu.. makin bertimbun buku nak kena semak.. Sedang membelek-belek buku budak, baru teringat yang laporan kehadiran pelajar aku tak buat lagi.. Dengan keayuan  kelayuan aku mencapai register dan menyiapkan laporan tersebut.. sedang mengisi borang laporan tu tiba-tiba lampu terpadam.. aikkk.. apesal gelap ni?? "Eh ada orang ka?" rupanya Cikgu Non a.k.a PK Petang yang tutup suis.. Cikgu Non ingat dah takda orang.. Aku tengok jam rupanya dah pukul 6.45.. patut la sunyi ja.. Semua orang dah balik..

Huhu.. sangat keletihan.. ingat nak terus tido ja tapi ada barang nak kena beli.. Lepas isyak je terus keluar gi Giant.. Dengan malasnya menolak troli ke sana ke sini mencari barang dapur.. Selepas bayar kat kaunter aku tolak ja troli tu.. Tiba-tiba "Adik! Ni barang adik kan?" Ya Allah camna aku bleh tertinggal pulak barang kat kaunter ni? Nampak sangat badan ni dah teramat letih.. Balik umah terus memengsankan diri... Kroooohhhh...

Sabtu, 8 Januari 2011

Sudah Berpunya ke Belum?


Assalammualaikum.. Fuhh.. Ari ni baru ada masa nak buat entri.. Sejak seminggu sebelum buka sekolah sehingga hari ni, kehidupan harian agak sibuk. Banyak benda nak kena buat.. Walaupun keja bertimbun, tapi aku sangat suka.. Menjadi seorang guru sangat best.. Very enjoy & love my job compared dengan keja aku sebelum ni..

Okay².. teruskan kepada tajuk entri kali ni.. Aku dah bosan dengan soalan ni.
- Dah ada pakwe?
- Bila nak kawin?
- Dah berpunya belum?

Pelbagai lagi soalan yang seangkatannya sering ditanya. Secara jujurnya aku pernah berpunya.. Tapi itu dulu.. masa zaman belajar kat uitm dulu.. Selepas dikecewakan, aku serik untuk bercinta. Kalau boleh dah takmau couple² ni.. buang masa. Cinta bagai nak rak, tapi belum tentu dia jodoh kita. Jadi, bagi aku kalau ada jejaka yang betul² ikhlas ngan aku ni, terus ja jumpa ayah aku. Ikat dengan ikatan yang sah.

Aku tak suka dengan perkataan 'pakwe' 'boyfriend' dan sebagainya. Ya.. memang aku ada kawan lelaki. Tapi biarlah sekadar kawan dan tak lebih dari itu. Honestly sapa yang takmau couple kan.. Biasa la dalam usia skrg ni dan bila tengok kawan² lain dah bahagia dengan pasangan masing².

Mungkin ada kenalan yang anggap aku ni 'playgirl'.. kawan ngan orang tu, kawan dengan orang ni. Tak salahkan aku nak berkawan. Baru-baru ni aku dah kecewakan seseorang.. Im so sorry.. I have no intention.. Aku dah terus terang yang aku tak boleh nak bagi komitmen dan aku tak suka nak bagi komitmen kepada hubungan yang tak diiktiraf itu yang belum pasti bagaimana kesudahannya.

Jadi, jelaslah jawapan aku untuk persoalan itu.. Aku single.. Sekian, terima kasih ^_^

p/s: hati ini terpikat dengan seseorang.. aku tak bertepuk sebelah tangan.. tapi, antara kami hanya kawan.. diulangi.. hanya kawan...