TINGGALKAN LINK ANDA DI SINI (",)

Jumaat, 28 Januari 2011

3 hari 2 malam di Gunung Jerai (Part 1)


PERKHEMAHAN KEPIMPINAN DI GUNUNG JERAI Anjuran Unit Biimbingan & Kaunseling SMK Sultan Badlishah

27 Januari 2011
Seramai 30 orang pelajar yang terdiri daripada 21 perempuan dan 9 lelaki mengikuti program ini. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Sultan Badlishah untuk memupuk semangat kepimpinan khususnya untuk pengawas sekolah, pengawas asrama dan pengawas pusat sumber. Program ini diiring oleh 5 guru perempuan dan 2 guru lelaki.

Kami bertolak dari sekolah pada jam 12.45 tengah hari dengan menaiki bas sekolah. Kami tiba di kaki Gunung Jerai pada jam 2.15 petang. Semua pelajar dan guru menunaikan solat Zohor terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke tapak perkhemahan. 4 orang guru menaiki van untuk menuju ke tapak perkhemahan. Manakala semua pelajar diiring oleh 2 guru lelaki dan seorang guru perempuan berjalan kaki sejauh lebih 10 km menuju ke tapak perkhemahan tersebut. Barang-barang seperti beg pakaian dan juga makanan dibawa oleh sebuah lagi van yang disewa khas.

Dengan cuaca yang dingin, mengurangkan rasa penat yang melancarkan perjalanan untuk mendaki gunung tersebut. Pada mulanya pelajar berjalan dalam satu kumpulan yang besar. Namun, setelah suku perjalanan, terdapat sekolompok pelajar yang kepenatan. Oleh itu, kumpulan yang besar itu berpecah untuk meneruskan perjalanan. Guru perempuan mengiringi kelompok pertama meneruskan perjalanan. Kelompok di belakang dikawal oleh guru lelaki.

Hujan yang turun tidak mematahkan semangat kami untuk terus menyahut cabaran pendakian itu. Alhamdulillah, kelompok pertama tiba di tapak perkhemahan awal dari masa yang dijangkakan. Kami mengambil masa 2 jam 15 minit untuk tiba di tapak perkhemahan.

Kami membersihkan diri dan menunaikan solat Asar sebelum diberi arahan untuk mendirikan khemah. Guru-guru yang tiba lebih awal menyiapkan makanan untuk para pelajar.

Segala aktiviti untuk pelajar diserahkan sepenuhnya kepada pihak PERHILITAN untuk menguruskan dan melaksanakan aktiviti bagi memupuk semangat kepimpinan dalam diri pelajar.

Malam pertama sangat sejuk dengan angin yang sesekali menyapa dan hujan yang turun mencurah bumi. Sarung kaki dan pakaian tebal tidak memberi kesan untuk memanaskan badan. 

Tiada ulasan: