TINGGALKAN LINK ANDA DI SINI (",)

Khamis, 11 Ogos 2011

Sabar Itu Indah


Ketika sedang asyik menyiapkan rancangan pengajaran harian (RPH), aku menerima SMS daripada xxx (agen Proton). Panjang berjela SMS darinya. Aku dapat merasakan darahku menyirap membaca SMS itu. Sesudah membacanya aku menarik nafas dan beristighfar.. Astaghfirullahalazim.. Aku mengambil masa untuk meredakan kemarahanku. Kemudian, aku menghantar SMS yang diterima itu kepada ayahku tanpa mengubah walau satu perkataan. Malas aku nak melayan orang macam tu. Sepatutnya dia sebagai penjual, tidak boleh mengeluarkan kata-kata begitu. Dia sebagai penjual harus tahu kehendak pelanggan. Bukannya memutar belit dan melewat-lewatkan pesanan pelanggan. Sepatutnya dia memuaskan kehendak pelanggan. Mungkin dia masih baru mengendalikan jual beli ini. Mungkin dia baru berurusan dengan pelanggan. Sudah sebulan lebih tempahan yang aku buat. Sepatutnya aku dah dapat apa yang aku minta. Ini tidak.. Aku pula yang disalahkan.. Aku pula yang dimarah. Ya Allah... Ada jugak orang macam ni. SMS yang dihantar, tidak aku balas. Malas aku nak melayan dan panjang-panjang cerita.

Marah itu mudah! Kita mudah naik marah tanpa memikirkan akibatnya. Kita marah sehingga boleh mengguris hati orang lain, kehilangan kawan, dibenci oleh kawan sehingga dipinggirkan. Lebih teruk lagi apabila kita marah dengan musibah yang menimpa diri sehingga kadang-kala mempersoalkan qadar dan qada’ ALLAH sehingga akhirnya menjadi hamba yang derhaka, nauzubiLLAH

Sabar itu terlalu indah! Selain mendapat kelebihan yang dijanjikan ALLAH, hati kita akan lebih tenang, jiwa akan tenteram.Sesungguhnya mengingati ALLAH dalam setiap keadaan akan memberikan ketenangan jiwa.

Tiada ulasan: