TINGGALKAN LINK ANDA DI SINI (",)

Khamis, 15 Mac 2012

Sahabat Selamanya ^_^

Selamat Pengantin Baru buat sahabatku Amezah bt Ahamed

Seorang lagi sahabatku bergelar isteri.. Amezah telah selamat diijab kabulkan pada 13 Mac 2012 dan majlis persandingan adalah pada 15 Mac 2012. Hampir 10 tahun tidak bersua, akhirnya dengan izin Allah kami dipertemukan pada majlis perkahwinannya. Amezah adalah sahabat baikku semasa di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 di SMK Sultan Badlishah. Kami sama-sama belajar di kelas 1A6-3A6. Suka duka dikongsi bersama. Adat dalam perhubungan, semestinya ada asam garamnya. Sejak aku keluar ke MRSM PDRM dan Amezah pula ke MRSM Transkrian, memang tidak pernah bersua melainkan di laman sosial. 

Teringat kembali kenangan lalu. Kami rapat 4 orang sejak di Tingkatan 1.. Aku, Amezah, Shida dan Yati. Selalunya Amezah akan menjadi ketua dalam apa-apa hal. Banyak perkara yang kami lakukan bersama. Suka duka dikongsi bersama. Pernah suatu ketika aku dilantik menjadi Pengawas sekolah. Dengan keadaan ekonomi keluarga yang tidak seberapa, aku tidak mampu membeli kasut hitam sehingga aku membuat keputusan untuk meletakkan kiwi pada kasut sekolah yang lama. Kasut yang putih bertukar menjadi hitam. Apabila sahabat-sahabat aku tahu, mereka bertiga mengumpul duit untuk aku beli kasut yang baru. Aku tidak gamak untuk menerima kerana kami masing-masing berlatar belakangkan dari keluarga yang susah. Setelah bercerita kepada arwah emak, petang itu emak belikan kasut hitam kepadaku. Itulah antara kenangan yang tidak pernah aku lupa. Erti persahabatan di mana susah dan senang bersama. 

Pulang dari majlis kenduri, aku bersama-sama Yati dan Shaiba keluar bersama-sama. Menyingkap kembali memori lama zaman persekolahan. Seronok apabila terkenangkan kembali ragam masing-masing dulu. Aku yang terlalu sensitif dan mudah merajuk. Yati yang kasar dan outspoken. Shida yang tegas tetapi lembut. Amezah pula banyak bercakap dan penyayang.

Terima kasih sahabat-sahabatku yang banyak membantu dan sentiasa ada dalam waktu susah dan senangku. Sahabat yang mengenaliku dari zaman persekolahan lebih memahami kerana kami sama-sama melalui susah suatu ketika dahulu. Terharu dengan semangat dan nasihat diberi. Aku sayang hampa semua ^_^

Rabu, 14 Mac 2012

Deactivated

 
Facebook atau lebih dikenali dengan singkatan FB merupakan laman sosial yang banyak memberi kebaikan dan tidak kurang juga keburukan.. FB sering menjadi medan untuk meluahkan perasaan.. Suka duka dikongsi di FB.. Namun, kadang kala apa yang orang baca dan tafsirkan tidak sama dengan apa yang kita hendak sampaikan.. Pengajarannya, andainya ingin meluahkan perasaan, yang paling dekat dengan kita ialah Allah.. Dia Maha Mendengar dan Maha Memahami.. Jadi, mulai hari ini saya deactivate akaun FB saya.. Harap maklum..