TINGGALKAN LINK ANDA DI SINI (",)

Ahad, 27 November 2011

Best ke merajuk?

Best ke merajuk??

Bila merajuk, tarik muncung pajangggg..

Yang bestnya kalau merajuk dengan pasangan.. Sebab apa? Saja nak uji pasangan tu.. Pastu pasangan pujuk.. Hehe.. Yang menjadi masalahnya kalau merajuk, tapi pasangan tak faham yang kita ni tengah merajuk... Aduhai... Sampai kena bagitau "Saya tengah merajuk ni".. Isk2.. 

Khamis, 24 November 2011

Miss My Mum

Petang tadi aku cuba buat hantaran untuk majlis pertunangan yang tak lama lagi.. Susah jugak nak dapatkan coklat yang nak digubah tu.. Memang nak sangat cari coklat tu.. Sebab...aku nak buat hantaran macam arwah mak pernah buat.. Masa buat hantaran tu, teringat sangat kat arwah mak.. Dulu pernah tolong arwah buat hantaran... 

Acik: Mak, nanti acik kawin mak buat hantaran macam ni jugak na... (sambil tangan dok belek2 hantaran yang mak buat)
Mak: Ishh..nanti kakcik kawin mana ada dah hantaran macam ni.. waktu tu macam2 bentuk hantaran ada..

Huhu... I miss u so much mum... Kalau la mak ada, mesti mak yang buatkan semua hantaran untuk acik kan..
Al-fatihah buat arwah mak.. Semoga tenang di sana... T_T

Isnin, 21 November 2011

Raja Udara & Raja Rimba

megah garuda terbang di angkasa,
garang rimau penghulu rimba,
siapa pun menang siapa pun juara,
kita bangsa berkongsi budaya.

anak rimau mengaum ganas,
garuda muda menerkam pantas,
kalah bukan beerti tewas,
menang bangga berkalung emas.

raja udara dan raja rimba,
berjuang berentap sesama saudara,
sama hebat sama satria,
sedikit keringat penentu juara...



Hasil Nukilan: Elridzuan Elias

Sabtu, 19 November 2011

Counting... (",)

Alhamdulillah sesi persekolahan 2011 telah berakhir pada 17 November 2011 (negeri Kedah)..
Tapi ada lagi tugas aku yang belum selesai.. Borang SKT tak hantar lagi.. Buku Koku budak2 tak serah lagi.. Bajet dan perancangan PSS tak buat lagi.. Isnin ni la nak pi settle semua tu..


Erm..pejam celik pejam celik..ada lagi 2 minggu hari bersejarah untuk aku. Setelah lebih setahun menyulam kasih, akhirnya insyaAllah akan mengikat tali pertunangan dengan insan yang sangat aku sayang..
Bermula dengan suka dalam diam sejak semester 1 semasa menuntut di UiTM Shah Alam tahun 2003.. Kemudian terputus hubungan dan mukabuku menyatukan kami.. (lagu cinta mukabuku terngiang2).. Pelbagai rintangan dan halangan dilalui.. Pelbagai cerita suka duka ditempuhi.. Setelah 8 tahun, insyaAllah andainya memang jodoh antara kami, kami akan mengikat tali pertunangan dan seterusnya merancang untuk langkah seterusnya.


From the bottom of my heart, I LOVE U... ArsNee

Ahad, 13 November 2011

Good Luck ^^,

Good Luck untuk pelajar-pelajar cikgu..Buat yang terbaekkk..

4PA & 4PD SMK Panchor, Seremban (Mac 2010)


Sabtu, 12 November 2011

Twinkle Twinkle Little Star

Assalammualaikum.. Salam 1 Malaysia..
Erm.. La ni cheq dok sibuk ngan program Bintang Kecil 2011 yang akan berlangsung 13 November (esok).
Sesudah berakhirnya peperiksaan akhir tahun, cikgu2 dok sibuk buat odisyen (audition) untuk pilih student yang berbakat. Tujuan Bintang Kecil ni untuk mencungkil bakat pelajar di kalangan tingkatan 1 dan tingkatan 2.
Banyak acara yang dipertandingkan antaranya pidato, pantun, nasyid, nyanyian dan tarian. Cheq diberi amanah mencungkil bakat student menari. Cheq ngan cikgu Nad pun mengerah keringat selama beberapa hari latih budak2 menari pastu adakan pertandingan untuk pilih kumpulan yang boleh buat persembahan untuk Ahad ni.
Pada 9 November maka berlangsunglah pertandingan Tarian Tradisional 1 Malaysia. 3 orang juri jemputan yang terdiri daripada cikgu2 yang berpengalaman menghakimi tarian student.. Setelah mendapat kata sepakat dari pihak juri dan guru pembimbing, beberapa kumpulan telah terpilih untuk membuat persembahan. Yang buat cheq terharunya ada 1 kumpulan ni pernah mai mengadu kat cheq kata depa nak tarik diri. Cheq bagi semangat kat depa dan cuba bantu depa apa yang termampu.. Akhirnya depa dapat tempat kedua.. Tahniah kepada yang menang.
Selepas dari pertandingan tu, cheq ngan cikgu Nad sibuk dok gilap lagi persembahan budak2 tu. Budak2 ni bagus2 semua.. Komitmen yang tinggi.. Semangat yang membara.. Memang cheq puji la depa semua ni..
Walaupun tugas cheq untuk uruskan tarian saja, tapi dok tolong2 jugak cikgu cikgi lain. Memang penat tapi ni la masa cheq nak belajaq uruskan program yang besar macam ni. 
Owh ya.. Karnival Bintang Kecil ni pun ada buka gerai untuk cungkil bakat student menguruskan perniagaan. Kelas 1A2 iaitu kelas cheq akan jual puding trifle, dadih, ais krim Malaysia ngan ayaq gas.. Good Luck untuk student cikgu.. :-)

P/S: Dek kerana kesibukan menguruskan Bintang Kecil ni, masa untuk cheq dengan buah hati agak terganggu. I'm sorry..