Tersebutlah kisah... Suatu ketika dahulu aku menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Aku ni amik DPLI.. tau tak apa dia DPLI?? hehe.. Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah.. Budak-budak DPLI UPSI tak belajar kat main campus Tanjung Malim.. Disebabkan kami ni terlalu ramai, kami belajar kat Proton City.. Yang aku nak cerita bukan pasal belajar tu.. tapi... pasal apa yang ada bersebelahan ngan tempat kuliah aku.. KILANG PROTON! Hari-hari dok tengok kereta baru keluar dari 'oven'.. Perghhhh... Dalam hati, bila aku boleh beli kereta ni?? Mula la pasang angan-angan a.k.a IMPIAN...
Masa dok pasang IMPIAN tu.. aku teringin sangat nak Proton Persona color merah.. Uishhh... geram ja tengok Persona yang hangat kuar dari 'oven' tu lalu depan mata... Kiranya time tu, kereta IDAMAN aku Proton Persona la..
Bila dah kerja, dok berangan nak beli Vios.. Tapi mampu ka?? huhu.. Vios ka Persona? Persona ka Vios? Survey sana.. Survey sini.. Last2 dua2 pun tak jadi sebab macam dah ramai membe2 pakai.. Bila Proton bawak kuar Saga FL 1.6, hati mula melonjak-lonjak nak Saga baru ni.. Try survey kat blog orang lain.. Wah! Macam best jugak..
Suatu hari, aku terasa sangat bosan di rumah. Saja la ajak abah pi tengok kereta kat Proton Centre. Bila tengok depan mata... Wahhhh! Best2.. Cantik2.. Dok bajet bulan 10 nanti baru nak beli. Saja la nak tengok dulu.. Pandai pulak kakak yang jual kereta tu bodek aku. Dia kata takmau booking siap2 ka? Sebulan boleh dapat.. Bulan depan plate KDA dah nak kuar.. Arggghhh.. Aku apa lagi.. Terus terpengaruh ngan bodekan kakak tu.. Terus bayar duit booking..
Harga Proton Saga FL 1.6 dalam RM46,549 saja.. Mahal sikit ja dari Persona yang basic tu.. Rekabentuk sama macam Proton Saga FL 1.3. Dari segi harga aku rasa cukup murah kalau dibandingkan dengan kapasiti enjin 1.6. Masa aku booking kakak tu cakap 1.6 ni ada color putih dan auto saja.. Auto pun ok la.. Hehe.. Tak sabar nak bawak adik-adik naik kereta baru.. Kini Proton Saga FL menjadi IGAUANku.. Menanti penuh sabar untuk menyambutnya bulan depan berplatekan KDA (Kedah Darul Aman) (",)