TINGGALKAN LINK ANDA DI SINI (",)

Isnin, 7 Februari 2011

Sayang kamu, kamu dan kamu semua (",)

Rindu bertandang lagi.. Tadi student aku masa praktikal (SMK Panchor Seremban) yang bernama Amirul Faiz bin Zulfakar tag aku kat status dia berbunyi 
"tadi kan tadi kan . kan ada guru pelatih baru baru kan . ade 4 orang POMPUAN (bulehlah . tak comel cam thon sblom-sblom nih) n 2 LELAKI (buleh lah . tak hot cam thon sblom-sblom nih) . HAHA . thenn , time cg kenal kenal kan diorang kt pelajar sume ! ak teringt cikgu Elhidayah Elias & cikgu prac yang lain . hurmm .rindu sama korang maaaaa . =.= ♥♥♥"


Klik untuk tumbesaran

Terharu sangat bila student masih ingat kat kita kan.. Padahal aku ajaq depa 3 bulan ja (Mac 2010-Mei 2010).. Bawah ni gambar kenangan terakhir aku dengan student SMK Panchor.. Depa yang belanja cikgu makan KFC..bukan cikgu belanja depa.. Cikgu melangkah turun ja dari kereta, dua pelajar laki buka pintu KFC tu.. Layan cikgu ni baikkk punya. Most sweet memory in my life.. Siap ada kek lagi.. Nanti aku nak godek balik hard disk aku nak cari gambar kek tu.. hehe..

Yang tengah pakai tudung pink tu cikgu eL ye..Bukan budak kecik..hehe

Kalo nak baca blog student aku, bleh klik link² di bawah..Ni antara yang aku dapat cari balik dari blog diorang.. (jenuh nak godek)

Cikgu sayang sangat ngan kamu semua.. Thanks sebab banyak bagi semangat kat cikgu sepanjang cikgu praktikal. Good Luck untuk SPM tahun ni.. Ingat pesan cikgu, Letakkan impian setinggi gunung, Timbalah ilmu seluas lautan, Always think positive (",) U can do it..

1 ulasan:

rahman berkata...

terharunya....